Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Rabu, 13 November 2013

Beberapa Kisah Tauladan 25

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?::


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam
tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara
terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah
bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu
sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap
sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanyakamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
" Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke
tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan
bola la melalui tv tu.."

"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku
tengok dalam tv
tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada
banyak wayar, tapi tv tu menayangkan
gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi
tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk
menyembah Allah
swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."


============================================

Setelah Peluk Islam, Muhammad Ali Sedar Ia Bukan “The Greatest”

Tahun berapapun anda lahir, jika anda menggemari tinju, nama Muhammad Ali tak akan menjadi asing. Ali, dalam dunia tinju dianggap sebagai sosok besar kerana sikap dan prestasinya di atas gelanggang. Namun yang paling membuat ia sangat terkenal adalah kerana ia
seorang Muslim. Atau tepatnya ketika ia
memutuskan untuk menjadi seorang Muslim.

Sebelum masuk Islam, Ali menjuluki
dirinya sendiri dengan “The Greatest” kerana dia adalah petinju terbaik pada masanya. Bahkan para pengamat olahraga
mengakuinya sebagai petinju terbaik abad itu. Sejarah tinju belum pernah mengenal petinju sehebatnya. Dia berlaga
dengan tangkas di gelanggang dan memukul KO lawannya, lalu berseru dengan bangga,
“I Am The Greatest”.

Akan tetapi setelah masuk Islam, dia membuang julukan ini, kerana tidak sadar bahawa hanya ada satu yang
Maha Besar di alam semesta ini.

Terlahir dengan nama Casius Mercelus Clay, setelah masuk Islam, ia mengganti namanya menjadi Muhammad Ali Clay.

Berikut adalah paparannya ketika masuk Islam.

“Aku dilahirkan di Kentucky, Amerika Syarikat. Daerah yang dikenal dengan ayam goreng khas yang memakai namanya, yang juga terkenal dengan perbezaan etnik yang kental.

Sejak kecil aku
sudah merasakan perbezaan perlakuan ini kerana aku berkulit coklat. Barangkali hal inilah
yang mendorongku untuk belajar tinju agar boleh membalas perlakuan jahat teman-temanku yang berkulit putih. Dan kerana aku
mempunyai bakat serta otot yang kuat sehingga memudahkan jalanku.

Ketika belum genap berusia 20 tahun, aku sudah
menang di pertandingan heavyweight di Sukan Olimpik Rom tahun 1960.

Hanya
beberapa tahun kemudian aku berhasil merebut juara dunia heavyweight dari Sony Le Stone dalam pertarungan paling pendek, kerana hanya beberapa
minit aku berhasil menjadi juara dunia. Dan di antara tepuk riuh para pendukung dan kilatan-kilatan alat kamera, aku berdiri didepan jutaan penonton yang mengelilingi ring dan kamera TV Islam, mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengganti namaku menjadi Muhammad Ali Clay. Untuk memulai sebuah peperangan baru melawan kebatilan yang menghalangiku mengumumkan ke-Islaman-ku semudah ini.


Perpindahanku ke agama Islam adalah hal yang wajar dan selaras dengan fitrah-fitrah yang
Allah ciptakan untuk manusia. Kembaliku ke fitrah kebenaran memerlukan waktu bertahun-tahun untuk berfikir, ini dimulai tahun
1960, ketika seorang teman muslim menemaniku pergi ke masjid untuk mendengarkan pengajian tentang Islam. Ketika mendengarkan
ceramah, aku merasakan panggilan kebenaran memancar dari dalam jiwaku, menyeruku
untuk menggapainya, yaitu kebenaran hakikat Allah, agama dan makhluk.

Perjalanan keimananku berlangsung bertahun-tahun dalam bentuk
perbandingan antara Islam dan Masehi, satu perjalanan yang amat berat, kerana orang-orang disekitarku menghalangiku, keadaan masyarakatku rusak, kebenaran dan kebatilan bercampur aduk, ditambah lagi dengan doktrin gereja yang menggambarkan keadaan orang-orang muslim yang lemah dan terbelakang yang diakibatkan oleh ajaran Islam itu sendiri.

Tapi Allah memberiku
petunjuk, dan menerangi jalan pilihanku sehingga aku dapat membezakan antara realiti umat Islam sekarang
dengan hakikat Islam yang abadi. Aku meyakini bahwa Islam membawa kebahagiaan untuk semua orang. Tidak membeza-bezakan warna kulit,
etnik dan ras, semuanya sama dihadapan Allah azza wa jalla. Yang paling utama di sisi Tuhan mereka adalah yang paling bertakwa. Aku
meyakini sedang berada didepan sebuah kebenaran yang tak mungkin berasal dari
manusia.

Aku membandingkan ajaran Triniti dengan ajaran Tauhid dalam Islam. Aku merasa bahwa Islam lebih rasional. kerana tidak mungkin tiga
Tuhan mengatur satu alam dengan rapi seperti ini. Ini suatu hal yang mustahil terjadi dan tak akan memuaskan orang yang berakal dan mahu berfikir. Aku merasakan betapa orang-orang Islam menghormati Isa A.S. dan ibunya. Menempatkan mereka pada kedudukan yang sama. Ini hanya ada dalam Islam atau ajaran Nasrani yang masih murni. Aku membaca terjemahan
Al-Qur’an dan akupun bertambah yakin bahwa Islam adalah agama yang hak yang tidak mungkin dibuat oleh
manusia. Aku cuba menggabungkan diri dengan komuniti muslim dan aku mendapati mereka dengan perangai yang baik, toleransi dan saling
membimbing. Hal ini tidak aku dapatkan selama bergaul dengan orang-orang Nasrani yang hanya melihat warna kulitku dan bukan keperibadianku.”
-adaptasi dari islampos


============================================



Telah diceritakan oleh Habib Ali Zainal Abidin,
Tsauban ra merupakan seorang hamba
sahaya dan dibeli Rasulullah saw lalu dimerdekakan oleh Baginda Saw.
Tsauban telah tinggal bersama Rasulullah Saw sehingga kewafatan Baginda Saw.
Beliau sering dilihatnya dalam keadaan kesedihan, tetapi bukan disebabkan kemiskinan, penyakit, hutang atau masaalah yg
berkaitan keduniaan.
Suatu ketika, Tsauban datang kepada Rasulullah saw dengan wajah yang jelas dalam keadaan kesedihan pada wajahnya, lalu Rasulullah bertanya: "Wahai Tsauban kenapakah warna kulitmu berubah?" lalu Jawab Tsauban.. " Ya Rasulullah, bukanlah sakit atau ditimpa penyakit akan
tetapi
jika aku tidak melihat engkau, aku akan rindu kepadamu. aku berasa kesunyian yang dasyat sehinggalah aku
bertemu denganmu, kemudian aku teringat diakhirat nanti, lalu aku bimbang tidak akan melihat engkau disana kerana aku mengetahui sesungguhnya
kedudukan,u akan diangkat bersama-sama para Nabi dandiriku jika dimasukkan yg lebih rendah daripada kedudukanmu. Sekiranya aku tidak masuk syurga. Ketika
itu akau tidak akan melihat engkau selama-lamanya. "

Nabi tidak menjawab apa apa pun sehingga Jibril as turunkan ayat.. ย "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Para Nabi dan
orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah baiknya mereka itu menjadi
teman rakan (kepada orang-orang yang taat)" (Surah
An Nisa' ayat 69)



============================================


Subject: Forced to withdraw money from an ATM - What to do?

When a robber forces you to take money from the ATM, do not argue or
resist. You might not know what he or she might do to you. What you
should do is to punch your PIN in the
reverse
mode.
i.e. if your PIN # is 1254, you punch 4521.

The moment you punch in the reverse mode, the money will come out, but
will be stuck into the machine
half way out and it will alert the
Police (security) without the
notice of the robber.

Every ATM has it; it is specially made to signify danger and help. Not
everyone is aware of this.

Forward this to all your loved ones, friends and those you care about

============================================

Selain
itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara
sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.


Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari
surat Ar-Rahman ayat
22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" Ertinya "Dari keduanya keluar mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemui mutiara.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.


Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman semasa belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman lautan.
Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr.
Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.
Dengan seketika dia pun memeluk Islam.


Subhanallah... Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha
Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.



============================================


Dia seorang pendakwah yang versatil. Kuliah dan tazkirahnya bersepadu antara ilmu, kisah, madah dan gurauan yang
berhikmah. Mendengar kata-katanya
membuat kita berfikir, ketawa dan menangis.
Paling saya ingat, kuliahnya tentang
mati. Saya tidak pernah jemu walaupun telah mendengarnya berkali-kali. Peristiwa yang paling saya ingati ialah apabila kami sama-sama mengendalikan satu program latihan di Janda Baik, Pahang.
“Ustaz, tolong sambung ceramah saya. Tangan saya menggeletar, fikiran saya melayang, hati berdebar-debar,” ujarnya sebaik memberi salam dan menerpa ke bilik penginapan saya yang hanya bersebelahan dewan kuliah.
Saya yang sedang tidur terjaga dan terus menyambung kuliahnya. Seingat saya tentang ‘Bahaya Dosa’. Sejak itu dia sering
uzur. Ajakan saya untuk dia dan keluarga menetap di KL ditolak dengan baik. Dia memilih untuk
tinggal di kampung halamannya, satu daerah terpencil di negeri Pahang. Saya memahami tindakannya. Sebagai anak yang sangat taat, dia memilih untuk
tinggal berdekatan dengan ibu-bapanya.
Sejak itu dia sekali-skala sahaja bersama saya menjalankan program latihan. Kebanyakan masanya dihabiskan berdakwah di Pahang. Paling saya terhibur apabila mendengar kuliahnya dalam radio Malaysia Pahang. Intonasi suara, lenggang lenggok bahasanya serta butiran fakta ceramah semakin meningkat. Dalam hati, saya bangga punya sahabat sepertinya.
Namun, suatu yang saya tidak pernah lupa, dia akan mengirim ikan patin masak tempoyak setiap kali berkesempatan. Sungguh lazat ditambah dengan sambal kering hitam belimbing. Semua masakan cara kampung. Bukan sedikit, kadangkala sampai penuh bekas
besar yang dikirimnya.
“Ustaz Rujhan, buat susah-susah sahaja, “ begitu kata saya apabila menelefonnya semula sebaik kirimannya
sampai.
“Ana tahu, ustaz dan isteri ustaz tentu suka…” jawabnya pendek.
Beberapa bulan berlalu… kami sibuk dengan tugas masing-masing. Tugas kami menyebabkan jarang-jarang kami berada di rumah. Apatah lagi sahabat, isteri dan anak-anak sendiri pun sering berenggang. Dia sering bergerak sendirian. Secara solo dia berdakwah ke sana ke mari. Pergi sebelum Subuh, pulang jauh-jauh malam.


Paling saya inginkan dia menjadi seorang penulis. Dia punya bakat yang besar. Hafalannya mantap. Cuma, mungkin kerana kekangan masa dan tenaga, dia
terpaksa memilih untuk berceramah berbanding menulis.
“Dah ada rangkanya.
Banyak sudah poin-poin penting, “katanya.
“Apa lagi… tulislah. Jangan tunggu masa lapang ustaz, lapangkan masa,” nasihat saya sebagai seorang abang.
Tiba-tiba saya mendengar dia diserang ‘serangan jantung’ kali pertama. Saya terkejut. Rupa-rupanya rasa gementar, tangan yang menggeletar tahun-tahun yang lalu itu mungkin simptom awal pada serangan jantung. Ah, sayang sungguh, saya tidak sempat meluang masa untuk kembara menziarahinya kerana
saya sendiri mengalami sakit akibat koyaknya otok dua belah bahu, kiri dan kanan. Saya tidak dapat
memandu kerana otot leher selalu diserang ‘frozen shoulder’. Ayah pula sakit-sakit ditambah kerja menulis dan mengendalikan latihan.


“Dia diserang strok kali pertama di bulan Ramadan ketika membaca Al Quran,” begitu yang saya dengar daripada rakan-rakan yang berulang menziarahi. Saya terkilan. Terasa ‘berhutang’ kepadanya. Saya tidak mahu menelefonnya, saya ingin menziarahnya. Bila? Nantilah… bisik hati memberi alasan. Kali kedua dia diserang strok, waktu itu saya sedang bersedia untuk membuat pembedahan (ditangguhkan sementara hingga kini atas sebab-sebab teknikal). Namun kali ini saya bertuah…
“Ustaz, apa khabar… rindu sangat dengan ustaz,” ujarnya beberapa lama selepas ‘kebah’ daripada serangan strok yang
kedua.
“Ya Allah, ana pun rindu,” ujar saya. Mudah-mudahan rindu kami kerana Allah.
“Ana nak bersama ustaz semula. Sudah rindu untuk ikut modul dan berkongsi ilmu serta pengalaman,” katanya.
“Ustaz datanglah. Ana sering uzur,” balas saya.
Kami berbual agak lama. Terlalu lama, ulas isteri saya. Kami sama-sama keberatan untuk menamatkan panggilan. Dia bertanya pelbagai perkara. Berkongsi bermacam-macam rasa.
“Bagaimana ustaz membahagikan
masa?”
Itulah antara soalan yang masih saya ingat. Walaupun dia selalu bertanya, tetapi diam-diam saya akui bahawa
sayalah hakikatnya banyak belajar daripadanya. Belajar bersantai dalam memberi kuliah. Belajar mengadun antara fakta, cerita dan gurauan dalam batas dakwah dan tarbiah.
Tengah Jumaat itu, saya di utara. Selepas memberi kuliah secara ‘maraton’ seawal jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari, saya kembali ke dalam kereta dengan kepala yang berdenyut-denyut. Bagi meredakannya saya bawa berselawat setelah menelan ubat.
“Ustaz, tahu tentang strok?” kata sahabat di sebelah yang membantu saya memandu kereta.
“Tahu kenapa?” saya menjawab biasa-biasa.
“Ustaz Rujhan, sahabat ustaz telah meninggal sebentar tadi akibat serangan strok,” katanya perlahan.
Innalillah wa inna ilaihi rajiun… saya terkejut. Saya terdiam seketika. Setelah membaca surah Al-Fatehah saya buka kembali SMS terakhir yang dikirimnya 3 minggu yang lalu. Menerusi SMS itu memohon maaf dan menyatakan keuzuran kerana belum dapat bertemu. Jika tidak jadual kuliah dan kursus yang telah siap diatur, mahu sahaja saya memecut ke Pahang untuk menziarahi jenazahnya. Namun apakan daya, masih dua program yang perlu diisi di utara dan tiga program lagi menanti di bahagian tengah dan selatan.
Akhirnya, setelah kira-kira dua minggu
selepas dikebumikan saya di sini… di bawah pohon rendang di sisi pusaranya yang masih merah dan basah. Bersama-sama beberapa orang sahabat terapat, saya bertahlil. Walaupun bumi
berbahang dipanah mentari, namun hati menjadi dingin dibelai kenangan-kenangan indah yang mengiringi pemergiannya.
“Detik pemergiannya pada penghulu segala hari, hari Jumaat.”
“Jemaah masjid penuh berganda ketika solat jenazahnya.”
“Allahyarham masih memberi kuliah Subuh di masjid berhampiran pada hari diserang
strok.”
“Ketika pusaranya digali, tercium bau yang wangi.”
“Sebaik jenazah dikebumikan, hujan turun dengan lebatnya!”
“Dia sangat suka bersedekah walaupun ketika susah.”
“Di akhir-akhir hayatnya dia banyak berzikir, bertahajud dan duha.”
Begitulah yang saya dengar berita-berita dan kisah yang melingkari detik kematiannya. Orang yang telah mati akan disebut namanya mengikut amalannya ketika
hidup. Sungguh penceramah yang hebat apabila menyentuh tentang kematian itu pun telah mati… Terbayang anak isteri yang menangis kesedihan dengan pemergian suami seperti yang sering
dibayangkannya… Terbayang detik-detik dahsyat ‘Sakaratul Maut’ yang sentiasa diperingatkannya. Kini segala-galanya telah dialaminya sendiri.
“Ustaz semua, makanlah… sengaja saya masak ikan patin gulai tempoyak pada tengah hari ini. Ustaz Rujhan dulu selalu menghidangkan ustaz-ustaz masakan ini. Sekarang saya sebagai isteri nak menyambung amalan arwah suami saya…” kata isterinya menjemput kami makan. Selepas makan, kami kumpulkan semua anak Allahyarham. Tazkirah, kata semangat dan kisah-kisah kebaikan ayah mereka kami imbau satu persatu. Mudah-mudahan anak-anak yatim ini menjadi ‘orang besar’ mengikut jejak anak-anak yatim yang
hebat seperti Rasulullah SAW, Imam
Safie, Imam Bukhari, Imam Hanbali dan lain-lain.
Sungguh saya benar-benar terharu. Allah Maha Mengetahui hikmah di sebalik
kesedihan ini. Dia yang jarang ada di rumah itu akhirnya telah tiada buat selama-lamanya.
“Ustaz, tunjuk ajar saya untuk menulis…”
Masih terngiang-ngiang permintaan terakhirnya. Begitu tawaduknya, pada hal dia telah pun menulis dengan begitu baik dalam sebuah majalah yang semakin meningkat edarannya. Apalah ertinya keindahan sebuah tulisan dibandingkan dengan keindahan sebuah kematian? Saya cemburu, terlalu cemburu… mengenangkan bagaimana dia melakarkan sebuah kehidupan yang penuh perjuangan. Dia
berdakwah, sehingga Subuh yang terakhir.
Benarlah seperti yang sering diungkapkan… cara mati seseorang akan ditentukan bagaimana cara hidupnya. Semoga Allahyarham Ustaz Rujhan bin Hj Razali, anak kepada seorang Tok Imam,
adik kepada seorang murabbi, suami kepada seorang isteri yang tabah itu… di tempatkan di kalangan para solehin, diampunkan, dikasihani dan diredai Allah! Amin.
Pergilah dulu sahabat ku, aku dan kami semua, pasti menyusul mu nanti.
Al Fatehah…


============================================


Pautan FB | Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
(Official)
Alkisah berbual dengan mak
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapkan kerja rumah.
“Mi, sekolah macam mana hari ini? Mengapa lambat?” tanya mak sejurus saya tiba di rumah.
“Bagus. Cuma Ustaz Ismail minta bantu di surau susun buku,” saya menipu kerana tidak
mahukan mak terasa sedih, hampa, sakit hati, bimbang dan pelbagai alasan.
Mak tidak berkata apa-apa.
Seminggu berlalu, saya sekali lagi didenda untuk tinggal selepas waktu sekolah dan membersihkan tandas surau. Kali ini atas sebab yang agak memalukan, saya bergaduh dengan kawan saya yang mengejek saya didenda berdiri di luar kelas.
Hari itu, saya pulang ke rumah. Mak bertanya seperti biasa apa keadaan di sekolah dan mengapa saya lambat balik.
Saya menjawab terlewat dan menggunakan alasan yang sama bahawa Ustaz Ismail minta
membantu kerja di surau kali ini mencuci tandas surau.
Mak tidak berkata apa-apa.
Kali ketiga, saya cuba ponteng kelas dan apabila memanjat dinding, saya terjatuh dan terseliuh kaki. Ustaz Ismail yang datang membantu, tapi dalam keadaan nak melenting kerana saya tidak pernah nak belajar jadi baik.
Ustaz Ismail memanggil mak saya datang menjemput saya balik ke rumah. Tapi mak saya tidak tahu memandu, dan bapa pula sudah tiada, maka
Ustaz Ismail akhirnya membawa saya balik ke rumah.
Saya gementar setibanya di rumah. Apakah rahsia saya akan terbongkar?
Selepas menghantar saya ke bilik, mak saya ke pintu pagar berbincang sesuatu dengan Ustaz Ismail.
30 minit mereka berbual. Saya bertambah gementar kerana saya yakin Ustaz Ismail telah menceritakan segala kejahatan saya pada mak saya.
Selesai perbualan, mak saya datang ke bilik saya. Tangan saya terketar-ketar terasa mak akan menampar saya kerana
menipunya.
“Tiga minggu lepas hari Selasa, Mi balik lewat sebab apa? Dan minggu lepas, Mi balik pun sebab apa?” tanya mak saya.
Saya ternganga dengan soalan itu. Apakah saya harus meneruskan kata-kata bohong saya? Apakah mak sudah tahu segalanya sekarang datang ‘test’ saya? Apakah Ustaz Ismail dah memberitahu segalanya?
“Saya tak ingat mak, rasanya kerana Ustaz Ismail,” jawab saya mengambil jalan yang selamat dengan
menipu sekali lagi.


Mak melihat saya.
“Tadi Ustaz Ismail memberitahu mak sesuatu,” kata mak. Berdebar-debar hati saya mendengarnya… habislah kali ini.
“Ustaz Ismail suruh mak sampaikan ini pada Mi:
Orang yang menipu selalu sakitkan otak dan minda dia. Sebab dia kena ingat pada kata bohong dia sampai bila-bila; kerana jika dia terlupa segalanya akan terbongkar.
Orang yang berkata benar otak dan mindanya ringan. Sebab dia tak perlu ingat kerana apa
yang diceritakannya cerita benar yang tidak berubah mengikut masa,” kata mak.
Mendengar kata-kata itu, saya tersentak dan tersentuh seketika.
“Itu saja Ustaz Ismail bagitahu?” tanya saya.
“Ya. Dia pesan Mi jangan berbohong dengan mak kerana nanti rosak otak. Kata Mi ok, cuma nakal sikit. Dan cara hilang nakal mudah, Mi jangan berbohong pada mak, kata Ustaz Ismail,” tambah mak.
Sejak hari itu, saya berubah baik. Hubungan dengan Ustaz Ismail semakin rapat, daripada
seorang guru kepada ayah angkat saya.
Wahai anakku,
Janganlah beratkan mindamu dengan kata-kata bohongmu. Kerana setiap kata tipumu kamu akan terpaksa ingat supaya tembelang kamu tidak pecah. Bercakap benarlah sentiasa, kerana ia mudah dan tidak perlu diingat. Apa yang dicerita ialah kebenaran yang tidak diubah masa.

Rabu, 24 Julai 2013

Dosa yg lebih besar drpd berzina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata 

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” 
(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan: 

“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”


Sujudlah kepadaNya tanpa alasan

Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Selasa, 4 Jun 2013

Kisah Pengantin Meninggal Ketika Sujud Dalam Solat


Kisah Benar Pengantin Meninggal Ketika Sujud Dalam Solat | Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”


Gambar Hiasan

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!

Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Kisah Benar ini Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

Sabtu, 7 Julai 2012

MENYINGKAP RAHSIA DOA

“Doa itu adalah otak ibadah” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Doa bukanlah sekadar ibadah sahaja, malah ia juga menjadi otak mahupun inti ibadah. Imam Syaukani di dalam bukunya, kitab Tuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh manusia. Maka, setiap amalan tanpa doa adalah seperti pokok tanpa buahnya. Hal ini adalah kerana doa adalah inti bagi setiap amal ibadah.

Doa dapat didefinisikan sebagai permintaan atau permohonan daripada pihak yang berkedudukan rendah kepada pihak yang berkedudukan lebih tinggi. Pihak yang berkedudukan rendah yang dimaksudkan disini ialah manusia dan pihak yang berkedudukan tinggi itu adalah Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna.

Doa juga adalah manifestasi tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan bantuan Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan. Hal ini turut diperjelasakan dalam surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksud: Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”

Dewasa ini, ramai yang menganggap doa itu perkara remeh. Hakikatnya, doa itu mampu mengubah sesuatu yang tidak mungkin kepada mungkin terjadi. Berdoa kepada Allah bererti meminta sesuatu daripada-Nya kerana Dialah pemilik segala-galanya. Allah Maha Berkuasa mengabulkan doa sesiapa sahaja yang memohon daripada-Nya, di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan syarat Allah berkenan mengabulkan sesuatu doa.

Antara keistimewaan doa ialah doa adalah senjata yang ampuh ataupun mujarab bagi orang yang beriman. Dengan doa, Nabi Nuh terselamat dan kaumnya yang kafir tenggelam dalam taufan. Dengan doa jugalah Allah mengabulkan permintaan Hannah binti Faqud, ibu Maryam yang mahukan anak yang di kandung menjadi anak solehah. Malah Maryam menjadi contoh wanita terbaik pada zamannya.Ini turut di perkuatkan dengan hadis Rasullah, “Doa adalah senjata mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” ( Hadis riwayat al-Hakim dan al-Mustadrak)

Sejarah mencatatkan kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku dengan doa. Hamba-hamba Allah yang tersepit oleh kesusahan hidup mampu melepaskan diri daripada kesukaran dan bahaya selepas mereka berdoa dan memohon jalan keluar daripada Allah. Semuanya menjadi mungkin dengan rahmat Allah yang dapat kita peroleh dengan senjata pusaka iaitu doa.

Melalui kisah Nabi Daud, Allah memberikan pertolongan setelah Nabi Daud berdoa semasa berperang melawan tentera raja Jalut. Allah menurunkan pasukan malaikat hingga tentera Nabi Daud berjaya menewaskan tentera raja Jalut yang jauh lebih ramai.

Ditambah pula apabila doa itu diucapkan oleh orang tertentu yang menjadikan doa itu cepat termakbul. Doa seperti itu terus menembus langit dan sampai ke Arasy yang bererti Allah akan segera mengabulkan permintaannya. Antara doa yang dimakbulkan Allah ialah doa para nabi dan orang yang soleh, doa orang tua untuk anaknya dan doa orang yang teraniaya. Hal ini turut di perjelaskan lagi dengan sabda Rasullah yang bermaksud, “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalaimi”. (Riwayat Abu Daud).

Berdoa bukanlah sekadar penyudah kepada solat tetapi doa itu adalah ibadah. Ini bererti doa menjadi ibadah apabila kita melakukannya semata-mata kerana memenuhi perintah Allah. Sebaliknya, apabila kita berdoa bukan kerana melaksanakan perintah Allah, doa itu bukanlah ibadah. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad menegaskan, berdoa itu nilainya sama dengan ibadah. Nu’man bin Basyir melaporkan, nabi bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya doa itu adalah ibadah.”(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)

Daripada keterangan di atas, kedudukan doa adalah sangat tinggi disisi Allah. Sewaktu kita berdoa, kita menghadapkan hati yang tulus, rendah diri dan tawaduk kepada Allah mengharapkan sesuatu daripada-Nya. Kita mengagungkan zat Allah dengan ikhlas. Sesungguhnya, tiada Tuhan yang Maha Tinggi, Maha Agung dan Maha Sempurna selain Allah. Seperti yang di jelaskan dalam surah al-Fatihah ayat 5 yang bermaksud, “Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya daripada-Mu kami memohon pertolongan.

Oleh itu, tidak ada yang lebih mulia kedudukannya di sisi Allah selain doa. Abu Hurairah ada menyebut, Nabi Muhammad berkata, “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa.” (Riwaya Ibnu al-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Doa juga berfungsi sebagai penolak takdir sesuai dengan izin Allah. Melalui doa hamba-Nya, Allah memberi kebahagiaan dan keselamatan hamba-Nya di dunia mahupun di akhirat. Seperti sabda Rasullah yang bermaksud, “Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali dengan doa dan tidak ada orang yang dapat memanjangkan umur kecuali bagi melakukan kebaikan.” (Hadis Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi).

Hadis di atas menerangkan tentang bagaimana Allah boleh merubah ketentuannya melalui doa hamba-Nya. Akan tetapi ketentuan Allah terbahagi kepada dua iaitu, takdir maa fil lauhil mahfuzh yang bererti takdir yang menjadi ketentuan Allah yang tertulis dalam daftar takdir di lohmahfuz dan takdir maa fil ilmillah yang bererti ketentuan yang ada pada ilmu Allah yang qadim. Allah dapat memadamkan ataupun menetapkan sesuatu yang termasuk dalam kategori maa fil ilmillah berada di lohmahfuz. Hal ini selari dengan firman Allah dalam surah ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud, “Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab (Lohmahfuzh).

Justeru itu, ringan-ringkanlah diri kita untuk berdoa kepada-Nya. Banyak faedah daripada berdoa. Antaranya ialah Allah meningkatkan darjat hamba-Nya yang berdoa. Selain itu, doa turut menjamin keselamatan seseorang apabila ada keburukan yang bakal menimpanya.

Sebagai hamba Allah yang patuh akan perintah-Nya, kita seharusnya sentiasa memanjatkan doa pada Yang Esa kerana doa itu adalah zikir dan dengan berzikir, hati akan menjadi tenang dan tenteram.

Renungan

Bukan semua yang kita mahukan akan kita dapat.

Dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara, dalam pelbagai situasi, kita tidak mendapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala telah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap tidak berjaya kita mendapatkannya.
Hakikatnya itulah lumrah.
Persoalannya, bagaimanakah kita merasionalkan diri kita dalam menerimanya?

Kita tidak tahu

Pertama sekali, kita perlu melihat kembali betapa hakikatnya kita tidak mengetahui apakah pilihan yang baik atau pilihan yang buruk pada kita.
Tetapi Allah mengetahui.
“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.
Boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita mahu, bakal memberikan keburukan kepada kita. Apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh Allah SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.
Perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH.
Dan hikmah tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi.
“Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa”

Belum bersedia

Ada kemungkinan juga, kita belum bersedia atas apa yang kita hajati itu. Kemungkinan apa yang kita hajati itu datangnya ia bersama tanggungjawab yang besar. Contohnya, hajat hendak berkahwin, tetapi Allah tidak izinkan pada waktu yang kita hajati. Ada kemungkinan Allah tidak izin itu kerana kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Begitulah juga dengan kejayaan-kejayaan dalam kehidupan. Biasanya, kejayaan akan datang bersama tanggungjawab.
Kemungkinan besar, Allah tidak mengizinkan kita mencapai kejayaan itu, kerana diri kita masih tidak mampu memikul tanggungjawab yang hadir bersamanya.

Dosa

Kadangkala, hajat kita tidak tercapai adalah kerana kita ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita kerananya.
Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya.

Berusaha untuk positif dengan Allah

Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kita siapa. Dia yang paling kenal kita. Dia yang paling mencintai kita. Justeru sekiranya ada perkara-perkara yang kita rasakan buruk menimpa kita, sepatutnya kita perlu kembali memuhasabah diri.
Mengapakah kita tidak dapat apa yang kita hajati? Jangan sekadar memandang secara teknikal. Ada kemungkinan lain selain hal teknikal yang menyebabkan hajat kita itu tidak tercapai, usaha kita itu tidak berhasil.
Dan sepatutnya, perkara ini kita patut pandang pada sudut kasih sayang Allah.
Ada kemungkinan Allah hendak menyelamatkan kita dari sesuatu yang kita tidak tahu, sebab itu Dia menghalang dari hajat kita tercapai. Ada kemungkinan kita masih belum mampu, lantas Allah tahan dahulu kita dari mendapat apa yang kita hajati, agar kita tidak terkapai-kapai di kemudian hari. Ada kemungkinan Allah hendak mendidik kita, agar lebih dekat denganNya, sebab itu kerana dosa kita Dia tidak membenarkan kita mendapat apa yang kita hajati.

Allah itu Maha Penyayang.

Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagian dari kasih sayangNya.
“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Penutup: Memang dalam hidup, bukan semua benda kita mahukan akan kita dapat

Dan sentiasalah memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai.

Jangan kecewa apabila tidak mendapat apa yang dihajatkan. Pandang dari sudut yang positif. Fikir jauh ke hadapan. Jika kita manusia yang punya penuh rasa sifat kebergantungan pada Allah SWT, maka kita akan bersyukur dan berlapang dada, bersangka baik dengan setiap ujian dan cubaan, mudah menghadapi kesukaran dan tentangan hidup kerana di hati kita telah tertanam bahawa semua yang terjadi melingkari hidup kita akan berjalan dan bergulir dengan aturan-aturan-Nya sesuai dengan kehendak-Nya kepada kita.
Sekiranya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, insyaAllah jiwa itu akan tidak terbeban. Hal ini kerana, kita sentiasa positif.
Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain, InsyaAllah semuanya akan dirasakan Indah, Tenang, Tenteram dan Menyenangkan.
Semoga ketenangan akan dapat kita kecapi.
Mudah-mudahan bermanfaat

Jumaat, 6 Julai 2012

Kata Mutiara Pengorbanan

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.

Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.

Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.

Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.

Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.

Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.

Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.

Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.

Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.

Sabtu, 28 April 2012

Balasan bagi golongan yang tidak tahu bersyukur


ADA empat kategori manusia di akhirat iaitu orang yang berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat, orang yang tidak berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat, orang yang tidak berjaya di dunia dan berjaya di akhirat dan orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Mungkin ramai yang terpedaya dan hanyut ketika hidup di dunia. Hanyut dalam kelalaian dan kemewahan. Itu yang ditakuti Rasulullah SAW iaitu Baginda Rasul takut umatnya diuji dengan kemewahan. Sebab itu dalam apa juga keadaan, sama ada mewah atau susah kita hendaklah bersyukur kepada Allah.

Negara kita diizinkan Allah untuk menikmati keamanan, keharmonian, hasil ekonomi dan kestabilan politik yang begitu lama. Tidak ada lafaz yang mengesankan melainkan rasa syukur dan terus bersyukur atas nikmat yang diberikan-Nya.

Persoalannya, adakah kita benar-benar bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah? Malah kita perlu merasa bimbang dan takut, setelah sekian banyak menikmati rezeki kurniaan Allah yang kita gunakan sekiranya kita tidak tergolong di kalangan hamba-hamba yang bersyukur.

Allah memberi amaran keras terhadap mereka yang tidak tahu bersyukur atau tidak mahu bersyukur, dengan amaran azab yang dijanjikan. Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kaum terdahulu supaya menjadi pengajaran kepada kita.

Kaum Ad, umat Nabi Hud diberi tanah yang subur untuk dijadikan ladang pertanian. Rezeki mereka melimpah ruah, tetapi kerana tidak bersyukur dan bertindak melampaui batas, Allah menurunkan angin puting beliung yang memusnahkan kampung dan harta benda mereka. Kaum Thamud, umat Nabi Saleh dianugerahkan kekayaan dan kemewahan hidup, tetapi kekayaan menjadikan mereka bangga dan menyombong diri. Mereka tetap tidak bersyukur dan tidak beriman kepada Allah. Akhirnya Allah menurunkan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat menyebabkan kaum itu mati bergelimpangan.

Kaum Lut di Sodom pula diberikan Allah kehidupan yang sangat mewah. Kemewahan ini juga menyebabkan mereka lupa peringatan Allah dengan bertindak keterlaluan iaitu melakukan hubungan sejenis. Bumi kaum Nabi Lut diterbalikkan dan penempatan mereka musnah ditimpa hujan batu berapi.

Begitu juga dengan kisah kaum Nabi Syuib dikenali sebagai Madyan. Mereka bermewah hasil daripada perniagaan yang menjadi budaya hidup tetapi terkenal dengan sikap menipu dalam timbangan dan sukatan. Mereka ingkar amaran Allah dan akhirnya mati dalam gempa bumi yang dahsyat. Kaum Nabi Nuh juga tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Sebaliknya segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Nuh menjadi ejekan mereka. Mereka ingkar dan enggan menurut apa yang diajarkan oleh Nabi Nuh, termasuk anak dan isterinya. Akhirnya Allah menurunkan banjir besar dan kaum itu lenyap dari muka bumi.

Sesungguhnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia tidak terhitung banyaknya termasuk nikmat kesihatan. Apabila badan dan akal fikiran seseorang mukmin sihat, maka kehidupan mereka akan bahagia dan sejahtera. Mereka akan bekerja dan berusaha dengan penuh semangat, lebih berdaya saing serta hasilnya akan terus meningkat. Pembinaan sahsiah, pengukuhan kualiti insan dan kerohanian, perlu ditunjangi dengan akidah dan keimanan kepada Allah SWT.

Selain daripada keimanan yang boleh menjadi benteng kukuh, pembinaan sahsiah atau peribadi seseorang itu, perlu dihiasi dengan akhlak atau sifat terpuji seperti sabar, reda, merendah diri dan sebagainya.

Namun hakikatnya manusia mudah lupa dan senang alpa dengan nikmat yang diberikan Allah untuk menguji sejauh mana keimanan manusia. Sejarah Bani Israel boleh dijadikan bandingan walaupun pernah menjadi bangsa yang dimuliakan Allah. Namun kerana terlalu leka dan lalai dengan nikmat yang Allah kurniakan, mereka bertindak melampaui batas yang Allah tetapkan.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat. (Surah Al-Baqarah, ayat 47).

Mereka, yakni puak Yahudi dan Nasrani ini telah hanyut dengan nikmat Allah sehingga mereka lupa diri dan menjadi sombong dan angkuh. Daripada Abu Sa’id Al-Khudri berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi SAW menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sepatutnya kita menerima nikmat dan pemberian Allah dengan penuh syukur di sebalik kegembiraan yang terpancar itu. Allah mengurniakan nikmat keamanan, nikmat kesenangan, nikmat ekonomi yang melimpah, terhindar daripada bala bencana gempa bumi, banjir, puting beliung dan kemarau dan banyak lagi. Sedangkan Allah tidak pernah lalai daripada mengingati kita. Allah sering memperingati kita atas kelalaian kita mengingati limpah kurnia-Nya. Allah teramat mengasihi dan menyayangi kita lalu diberikan peringatan sebelum terlambat.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?” (Surah Fathir, ayat 3)

Antara wasiat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Muadz bin Jabal: “Aku berwasiat kepadamu wahai Muaz, janganlah engkau meninggalkan doa setelah solat dengan doa: “Ya Allah berilah pertolongan kepadaku untuk sentiasa mengingatimu (zikir), dan mensyukurimu (syukur), serta beribadah dengan baik kepadamu.”( Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan An-Nasai’e)

Syukur kepada Allah bererti kita mengingat segala nikmat yang telah kita terima daripada Allah SWT dan menampakkan-Nya (tidak melupakan-Nya), manakala lawan bagi syukur ialah kufur, yakni melupakan nikmat Allah dengan menutup akan nikmat itu. Syukur sangatlah mudah untuk diucapkan tetapi berat untuk diamalkan. Begitulah apa yang berlaku kepada kaum Saba yang pernah mencapai puncak kegemilangannya.

Firman Allah Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’, ayat 13).

Selasa, 24 April 2012

Rahsia Mukmin Sejati


Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat Allah kepadanya, maka bertambahlah imannya, sedang mereka itu bertawakal kepada Tuhannya.” (Surah Al-Anfal, ayat 2)

Ayat ini sudah terang lagi bersuluh buat renungan  kita bersama, betapa besarnya kegerunan yang ada dalam diri orang beriman apabila dibacakan ayat Allah kepada mereka. Mukmin sebenar apabila disebut nama Allah gementar hatinya kerana takutkan kebesaran Allah.
Bertambah keimanan mereka apabila membaca ayat al-Quran dan mereka juga sentiasa bertawakal kepada Allah dengan segala daya upaya. Kemanisan melakukan ibadah seperti solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas terhadap Allah SWT.

Dosa kecil dilakukan bagi mereka seperti gunung besar menunggu masa dan tikanya untuk menghempap. Manakala bagi orang yang tidak beriman, mereka tiada gentar dan takut dengan azab Allah serta beranggapan dosa dilakukan seperti berlalunya seekor lalat menghinggapi pipi.

Begitu enteng sekali persoalan dosa pada pandangan mereka padahal dosa dilakukan mereka akan dihumbankan ke neraka Allah SWT. Berlainan pula dengan sikap orang beriman, mereka terlalu takut berbuat dosa kepada Allah walaupun kecil.

Firman Allah bermaksud: “Mereka (para penjual jiwa raga dan harta) adalah orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, rukuk dan sujud, menyuruh melakukan makruf dan melarang melakukan kemungkaran dan memelihara hukum Allah, dan sampaikan berita gembira kepada orang beriman.” (Surah at-Taubah, ayat 112)

Allah SWT memuji hamba-Nya yang rela menjual jiwa dan raganya serta hartanya kepada Allah SWT dengan balasan syurga. Orang yang melakukan jualan dan mengadakan urus niaga ini ialah golongan manusia terpilih yang mempunyai sifat istimewa.

Antaranya, sifat berkaitan diri sendiri dalam hubungan secara langsung dengan Allah SWT. Mereka ini disifatkan orang bertaubat dari dosanya, beribadat kepada tuhannya dalam kata-kata dan perbuatan. Allah SWT memberikan khabar gembira bagi orang mukmin kerana iman itu menjangkau semua sifat baik.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, – Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka mereka orang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang yang berhak mewarisi – Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

Kesempurnaan iman seseorang itu akan mewariskan dia syurga Allah SWT yang tertinggi. Mendapat kedudukan mulia bukan saja di dunia tetapi di akhirat. Kehidupannya dimuliakan bukan saja makhluk dunia, malah dihormati di kalangan makhluk di langit. Bahkan kematiannya diratapi makhluk dunia serta ditunggu- tunggu makhluk langit lantaran keimanannya itu membuatkan makhluk langit tidak sabar-sabar mahu melihat roh mulianya.

Khamis, 12 April 2012

Terima suratan takdir dengan hati lapang, penuh keredaan

Tindakan mudarat diri kerana putus cinta ditegah Islam

DALAM kehidupan di dunia ini, cinta dan kasih sayang adalah lumrah manusia kerana perasaan itu suatu anugerah Allah. Bagi yang dapat meneruskan impian hingga ke jenjang pelamin, syukur Alhamdulillah kerana segala hajat dan niat akhirnya tercapai juga dengan izin Allah dan tidak kurang juga ada segelintir pasangan yang terkandas di pertengahan jalan.

Bagi yang kecewa dalam alam percintaan, sedih sudah pasti menyelubungi jiwa dan hati. Tidak kurang juga kita mendengar kisah orang kecewa bercinta membawa diri yang terlalu sedih dan mengambil keputusan nekad untuk berbuat sesuatu tindakan negatif seperti membunuh diri misalnya. Inilah fenomena alam percintaan.

Sesungguhnya perasaan kecewa sehingga mendorong manusia melakukan tindakan memudaratkan diri sendiri sangat ditegah dalam Islam

Sesungguhnya perasaan kecewa sehingga mendorong manusia melakukan tindakan memudaratkan diri sendiri sangat ditegah Islam. Kita seharusnya menerima segala kemungkinan sebagai suratan takdir Allah dengan hati yang lapang dan penuh reda.

Mungkin kisah berikut mampu menjadi terapi kepada kita berkenaan putus cinta ini. Kisah pertama ialah peristiwa terjadi di antara Salman al-Farisi bersama sahabat karibnya, Abu Darda’.

Dilaporkan bahawa Salman al-Farisi mengenali seorang Muslimah solehah daripada kaum Ansar dan berhajat untuk memperisterikannya. Sahsiah peribadi wanita itu begitu memikat hatinya, namun jauh di lubuk hatinya timbul rasa was-was apakah dia layak untuk meminang wanita itu.

Ini memandangkan yang dia bukanlah penduduk asal Madinah. Dia sedar akan hakikat itu, namun hatinya begitu berkeinginan untuk menikahi wanita Ansar itu lalu dia berfikir panjang bagaimana untuk merealisasikan hasrat hatinya itu.

Lalu timbul di benak kotak fikirannya yang dia memerlukan orang lain sebagai jurubicara yang mempunyai latar belakang dan memahami dengan selok-belok adat tradisi penduduk Madinah. Akhirnya Salman al-Farisi memilih sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai orang pengantara. Lagipun, Abu Darda’ adalah sahabat Ansar yang dipersaudarakan dengannya.

Salman tanpa segan-silu kemudian meluahkan hasrat yang terpendam selama ini kepada sahabatnya itu dan disambut dengan gembira apabila Abu Darda’ mendengarnya.

Selepas itu, segala persiapan pun dilakukan dan mereka berdua berangkat ke rumah gadis yang ingin dipinang oleh Salman. Sampai di rumah gadis itu, berkatalah Abu Darda’ selaku jurubicara Salman: “Saya Abu Darda’ dan ini adalah saudaraku, Salman al-Farisi yang berasal dari Parsi. Allah memuliakannya dengan Islam dan dia juga memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW sehingga Baginda menganggapnya sebagai sebahagian daripada ahli keluarga Baginda. Saya datang ini adalah untuk mewakili saudaraku ini untuk melamar anak gadis tuan bagi pihaknya.”

Begitulah teratur dan beradabnya Abu Darda’ mengatur tutur bicara. Kemudian bapa gadis itu pula membalas bicara kata dalam pertemuan itu: “Kami sangat berbesar hati menerima anak berdua, sahabat Rasulullah SAW yang mulia. Kami juga berasa begitu bertuah jika bermenantukan seorang sahabat Rasulullah SAW yang utama. Akan tetapi jawapannya saya serahkan sepenuhnya kepada anak gadis kami.”

Selepas mereka berbincang anak beranak di sebalik tirai, maka si ibu gadis itu mengatakan keputusan anaknya. Kata ibu gadis itu: “Maafkan kami kerana terpaksa berterus-terang. Tetapi kerana anak berdua yang datang, maka dengan mengharapkan reda Allah, saya menjawab bahawa anak gadis kami menolak pinangan Salman. Namun jika yang melamar anak gadis kami ialah Abu Darda’ maka anak gadis kami tidak menolaknya.”

Dalam situasi beginilah kita kita akan dapat satu gambaran budi sahsiah terpuji yang cukup luhur pada diri Salman. Meskipun dia sangat terkejut dengan jawapan berterus terang itu, tetapi sikap berlapang dada nyata begitu tinggi dimiliki oleh sahabat Rasulullah SAW ini.

Isnin, 9 April 2012

Tazkirah - PERKATAAN "SALAM"

Untuk renungan..

Tazkirah  - PERKATAAN "SALAM"??  apa maksudnya??

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat
tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim
yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang
> bab cara memberi salam.
>
> Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz
> “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim
salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat
dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan
“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di
Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang”
dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka
Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”
Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada
membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Sabtu, 7 April 2012

Jenazah Imam Tidak Reput (Kisah Benar)

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.

Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.

Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan l ain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.

Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah merupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.

Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.

Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.

"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.

"Hello, ustaz M ye?"… satu suara bertanya.

"Ya, ustaz M bercakap".

"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.

"Imam…imam. …yanng mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.

"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.

"Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",

balas ustaz M.

Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi l ain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..

Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?

Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.

Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"!

Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan l ain yang keluar dari mulut mereka mel ain kan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?….

Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.

Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah sel ain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan l ain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

'JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN'

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" tanya anak itu.
Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia.Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya.Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

Isnin, 27 Februari 2012

12 kelompok di Padang Mahsyar

Diceritakan pada satu hari, Mu’adz bin Jabal bertanyakan Rasulallah SAW mengenai maksud firman Allah SWT dalam surah An-Naba’ ayat 18, bermaksud; “Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

Mendengar saja soalan itu, lantas baginda menangis dan bersabda: “Wahai Mu’adz, sesungguhnya engakau bertanyakan sesuatu perkara yang amat besar. Adanya 12 macam umatku nanti yang akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya Allah tukarkan, tidak seperti hidup mereka semasadi dunia. Golongan itu adalah seperti berikut;

·         Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka menganggu jira tetangga.
·         Dibangkitkan dalam keadaan berbentuk babi ialah mereka yangmalas dan lalai dalam solatnya.
·         Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar seperti gunung, dengan di dalamnya penuh ular dan kala jengking kerana di dunia merekatidak membayar zakat.
·         Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka berdusta.
·         Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dari bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
·         Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
·         Dibangkitkan dengan keadaan tidak berlidah kerana suka berdusta semasa hayatnya.
·         Dibangkitkan dari dalam kubur dengan keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua-dua kakinya diatas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah sewpertiair kerana ketika hidupnya, golongan ini gemar berzina dan mati tanpa sempat  bertaubat.
·         Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketiak diduni, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
·         Dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak kerana ketika hidup menderhaka kepada orang tua.
·         Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perutnya, pula menjulur sampai ke paha dengan perutnya penuh dengan kotoran kerana ketika hidupnya mereka gemar minum arak.

Bagaimanapun, bagi kelompok ke-12, mereka dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti purnama dan melewati titian sirat seperti kilat yang menyambar kerana golongan ini ketika hidupya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat, dan menjaga solat lima waktu dengan berjemaah.

Rasulallah SAW turut bersabda; “Jaminlah untukku enam perkara, maka aku akan menjamin untukmu syurga.”
·         Kalau berbicara, bicaralah yang benar.
·         Kalau berjanji, tepatilah.
·         Kalau diberi amanat, tunaikanlah dengan baik.
·         Pejamkan matamu daripada yang diharamkan.
·         Peliharalah farajmu daripada hubungan seksual yang diharamkan.
·         Peliharalah sepak terajangmu daripada tindakan yang diharamkan.

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dan sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita (saya sekali) ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pula segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”   Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali;
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Rabu, 25 Januari 2012

Kewujudan Alam Semesta

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)


Edwin Hubble
Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.

"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.

ORBIT

Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

BENTUK SFERA BUMI

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam... (Surah Az-Zumar:5)

Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai 'membalut' dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud 'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.

Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur'an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.

Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam smesta.

BUMBUNG PROTEKTIF.

Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit;

Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. (Surah al-Anbiya; 32)

Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.

Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.

Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang paling penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah permukaan bumi.

Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.

Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.

Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;

Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.

Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.

Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.

PENGITARAN DI ATAS LANGIT.

Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan' langit;

Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. Surat at-Tariq;11.

Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penerjemahan Al-Qur'an juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian'.

Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.

Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai titisan hujan.

Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali ke luar.

Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.

Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.

Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an, sekali lagi menunjukan bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.

LAPISAN ATMOSFERA

Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;

Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)

Perkatan 'langit-langit', yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.

Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;

Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an.

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.

Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.