Huraian Hadith:
1) Islam menggalakkan umatnya berbelanja pada jalan yang diharuskan sahaja.
2) Wang yang dibelanjakan oleh seseorang dengan ikhlas akan diambil kira dan diberi pembalasan mengikut keutamaannya.
3) Antara perbelanjaan yang paling baik disisi islam ialah perbelanjaan untuk menyara keluarga kecuali zakat yang wajib.
4) Umat Islam hendaklah mengutamakan kaum keluarganya dalam berbelanja daripada orang lain.
5) Kaum keluarga merupakan tanggungjawab utama yang mesti diselesaikan oleh suami atau penyara.