Rabu, 13 November 2013

Beberapa Kisah Tauladan 25

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?::


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam
tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara
terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah
bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu
sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap
sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanyakamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
" Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke
tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan
bola la melalui tv tu.."

"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku
tengok dalam tv
tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada
banyak wayar, tapi tv tu menayangkan
gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi
tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk
menyembah Allah
swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."


============================================

Setelah Peluk Islam, Muhammad Ali Sedar Ia Bukan “The Greatest”

Tahun berapapun anda lahir, jika anda menggemari tinju, nama Muhammad Ali tak akan menjadi asing. Ali, dalam dunia tinju dianggap sebagai sosok besar kerana sikap dan prestasinya di atas gelanggang. Namun yang paling membuat ia sangat terkenal adalah kerana ia
seorang Muslim. Atau tepatnya ketika ia
memutuskan untuk menjadi seorang Muslim.

Sebelum masuk Islam, Ali menjuluki
dirinya sendiri dengan “The Greatest” kerana dia adalah petinju terbaik pada masanya. Bahkan para pengamat olahraga
mengakuinya sebagai petinju terbaik abad itu. Sejarah tinju belum pernah mengenal petinju sehebatnya. Dia berlaga
dengan tangkas di gelanggang dan memukul KO lawannya, lalu berseru dengan bangga,
“I Am The Greatest”.

Akan tetapi setelah masuk Islam, dia membuang julukan ini, kerana tidak sadar bahawa hanya ada satu yang
Maha Besar di alam semesta ini.

Terlahir dengan nama Casius Mercelus Clay, setelah masuk Islam, ia mengganti namanya menjadi Muhammad Ali Clay.

Berikut adalah paparannya ketika masuk Islam.

“Aku dilahirkan di Kentucky, Amerika Syarikat. Daerah yang dikenal dengan ayam goreng khas yang memakai namanya, yang juga terkenal dengan perbezaan etnik yang kental.

Sejak kecil aku
sudah merasakan perbezaan perlakuan ini kerana aku berkulit coklat. Barangkali hal inilah
yang mendorongku untuk belajar tinju agar boleh membalas perlakuan jahat teman-temanku yang berkulit putih. Dan kerana aku
mempunyai bakat serta otot yang kuat sehingga memudahkan jalanku.

Ketika belum genap berusia 20 tahun, aku sudah
menang di pertandingan heavyweight di Sukan Olimpik Rom tahun 1960.

Hanya
beberapa tahun kemudian aku berhasil merebut juara dunia heavyweight dari Sony Le Stone dalam pertarungan paling pendek, kerana hanya beberapa
minit aku berhasil menjadi juara dunia. Dan di antara tepuk riuh para pendukung dan kilatan-kilatan alat kamera, aku berdiri didepan jutaan penonton yang mengelilingi ring dan kamera TV Islam, mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengganti namaku menjadi Muhammad Ali Clay. Untuk memulai sebuah peperangan baru melawan kebatilan yang menghalangiku mengumumkan ke-Islaman-ku semudah ini.


Perpindahanku ke agama Islam adalah hal yang wajar dan selaras dengan fitrah-fitrah yang
Allah ciptakan untuk manusia. Kembaliku ke fitrah kebenaran memerlukan waktu bertahun-tahun untuk berfikir, ini dimulai tahun
1960, ketika seorang teman muslim menemaniku pergi ke masjid untuk mendengarkan pengajian tentang Islam. Ketika mendengarkan
ceramah, aku merasakan panggilan kebenaran memancar dari dalam jiwaku, menyeruku
untuk menggapainya, yaitu kebenaran hakikat Allah, agama dan makhluk.

Perjalanan keimananku berlangsung bertahun-tahun dalam bentuk
perbandingan antara Islam dan Masehi, satu perjalanan yang amat berat, kerana orang-orang disekitarku menghalangiku, keadaan masyarakatku rusak, kebenaran dan kebatilan bercampur aduk, ditambah lagi dengan doktrin gereja yang menggambarkan keadaan orang-orang muslim yang lemah dan terbelakang yang diakibatkan oleh ajaran Islam itu sendiri.

Tapi Allah memberiku
petunjuk, dan menerangi jalan pilihanku sehingga aku dapat membezakan antara realiti umat Islam sekarang
dengan hakikat Islam yang abadi. Aku meyakini bahwa Islam membawa kebahagiaan untuk semua orang. Tidak membeza-bezakan warna kulit,
etnik dan ras, semuanya sama dihadapan Allah azza wa jalla. Yang paling utama di sisi Tuhan mereka adalah yang paling bertakwa. Aku
meyakini sedang berada didepan sebuah kebenaran yang tak mungkin berasal dari
manusia.

Aku membandingkan ajaran Triniti dengan ajaran Tauhid dalam Islam. Aku merasa bahwa Islam lebih rasional. kerana tidak mungkin tiga
Tuhan mengatur satu alam dengan rapi seperti ini. Ini suatu hal yang mustahil terjadi dan tak akan memuaskan orang yang berakal dan mahu berfikir. Aku merasakan betapa orang-orang Islam menghormati Isa A.S. dan ibunya. Menempatkan mereka pada kedudukan yang sama. Ini hanya ada dalam Islam atau ajaran Nasrani yang masih murni. Aku membaca terjemahan
Al-Qur’an dan akupun bertambah yakin bahwa Islam adalah agama yang hak yang tidak mungkin dibuat oleh
manusia. Aku cuba menggabungkan diri dengan komuniti muslim dan aku mendapati mereka dengan perangai yang baik, toleransi dan saling
membimbing. Hal ini tidak aku dapatkan selama bergaul dengan orang-orang Nasrani yang hanya melihat warna kulitku dan bukan keperibadianku.”
-adaptasi dari islampos


============================================



Telah diceritakan oleh Habib Ali Zainal Abidin,
Tsauban ra merupakan seorang hamba
sahaya dan dibeli Rasulullah saw lalu dimerdekakan oleh Baginda Saw.
Tsauban telah tinggal bersama Rasulullah Saw sehingga kewafatan Baginda Saw.
Beliau sering dilihatnya dalam keadaan kesedihan, tetapi bukan disebabkan kemiskinan, penyakit, hutang atau masaalah yg
berkaitan keduniaan.
Suatu ketika, Tsauban datang kepada Rasulullah saw dengan wajah yang jelas dalam keadaan kesedihan pada wajahnya, lalu Rasulullah bertanya: "Wahai Tsauban kenapakah warna kulitmu berubah?" lalu Jawab Tsauban.. " Ya Rasulullah, bukanlah sakit atau ditimpa penyakit akan
tetapi
jika aku tidak melihat engkau, aku akan rindu kepadamu. aku berasa kesunyian yang dasyat sehinggalah aku
bertemu denganmu, kemudian aku teringat diakhirat nanti, lalu aku bimbang tidak akan melihat engkau disana kerana aku mengetahui sesungguhnya
kedudukan,u akan diangkat bersama-sama para Nabi dandiriku jika dimasukkan yg lebih rendah daripada kedudukanmu. Sekiranya aku tidak masuk syurga. Ketika
itu akau tidak akan melihat engkau selama-lamanya. "

Nabi tidak menjawab apa apa pun sehingga Jibril as turunkan ayat.. ย "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Para Nabi dan
orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah baiknya mereka itu menjadi
teman rakan (kepada orang-orang yang taat)" (Surah
An Nisa' ayat 69)



============================================


Subject: Forced to withdraw money from an ATM - What to do?

When a robber forces you to take money from the ATM, do not argue or
resist. You might not know what he or she might do to you. What you
should do is to punch your PIN in the
reverse
mode.
i.e. if your PIN # is 1254, you punch 4521.

The moment you punch in the reverse mode, the money will come out, but
will be stuck into the machine
half way out and it will alert the
Police (security) without the
notice of the robber.

Every ATM has it; it is specially made to signify danger and help. Not
everyone is aware of this.

Forward this to all your loved ones, friends and those you care about

============================================

Selain
itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara
sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.


Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari
surat Ar-Rahman ayat
22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" Ertinya "Dari keduanya keluar mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemui mutiara.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.


Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman semasa belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman lautan.
Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr.
Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.
Dengan seketika dia pun memeluk Islam.


Subhanallah... Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha
Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.



============================================


Dia seorang pendakwah yang versatil. Kuliah dan tazkirahnya bersepadu antara ilmu, kisah, madah dan gurauan yang
berhikmah. Mendengar kata-katanya
membuat kita berfikir, ketawa dan menangis.
Paling saya ingat, kuliahnya tentang
mati. Saya tidak pernah jemu walaupun telah mendengarnya berkali-kali. Peristiwa yang paling saya ingati ialah apabila kami sama-sama mengendalikan satu program latihan di Janda Baik, Pahang.
“Ustaz, tolong sambung ceramah saya. Tangan saya menggeletar, fikiran saya melayang, hati berdebar-debar,” ujarnya sebaik memberi salam dan menerpa ke bilik penginapan saya yang hanya bersebelahan dewan kuliah.
Saya yang sedang tidur terjaga dan terus menyambung kuliahnya. Seingat saya tentang ‘Bahaya Dosa’. Sejak itu dia sering
uzur. Ajakan saya untuk dia dan keluarga menetap di KL ditolak dengan baik. Dia memilih untuk
tinggal di kampung halamannya, satu daerah terpencil di negeri Pahang. Saya memahami tindakannya. Sebagai anak yang sangat taat, dia memilih untuk
tinggal berdekatan dengan ibu-bapanya.
Sejak itu dia sekali-skala sahaja bersama saya menjalankan program latihan. Kebanyakan masanya dihabiskan berdakwah di Pahang. Paling saya terhibur apabila mendengar kuliahnya dalam radio Malaysia Pahang. Intonasi suara, lenggang lenggok bahasanya serta butiran fakta ceramah semakin meningkat. Dalam hati, saya bangga punya sahabat sepertinya.
Namun, suatu yang saya tidak pernah lupa, dia akan mengirim ikan patin masak tempoyak setiap kali berkesempatan. Sungguh lazat ditambah dengan sambal kering hitam belimbing. Semua masakan cara kampung. Bukan sedikit, kadangkala sampai penuh bekas
besar yang dikirimnya.
“Ustaz Rujhan, buat susah-susah sahaja, “ begitu kata saya apabila menelefonnya semula sebaik kirimannya
sampai.
“Ana tahu, ustaz dan isteri ustaz tentu suka…” jawabnya pendek.
Beberapa bulan berlalu… kami sibuk dengan tugas masing-masing. Tugas kami menyebabkan jarang-jarang kami berada di rumah. Apatah lagi sahabat, isteri dan anak-anak sendiri pun sering berenggang. Dia sering bergerak sendirian. Secara solo dia berdakwah ke sana ke mari. Pergi sebelum Subuh, pulang jauh-jauh malam.


Paling saya inginkan dia menjadi seorang penulis. Dia punya bakat yang besar. Hafalannya mantap. Cuma, mungkin kerana kekangan masa dan tenaga, dia
terpaksa memilih untuk berceramah berbanding menulis.
“Dah ada rangkanya.
Banyak sudah poin-poin penting, “katanya.
“Apa lagi… tulislah. Jangan tunggu masa lapang ustaz, lapangkan masa,” nasihat saya sebagai seorang abang.
Tiba-tiba saya mendengar dia diserang ‘serangan jantung’ kali pertama. Saya terkejut. Rupa-rupanya rasa gementar, tangan yang menggeletar tahun-tahun yang lalu itu mungkin simptom awal pada serangan jantung. Ah, sayang sungguh, saya tidak sempat meluang masa untuk kembara menziarahinya kerana
saya sendiri mengalami sakit akibat koyaknya otok dua belah bahu, kiri dan kanan. Saya tidak dapat
memandu kerana otot leher selalu diserang ‘frozen shoulder’. Ayah pula sakit-sakit ditambah kerja menulis dan mengendalikan latihan.


“Dia diserang strok kali pertama di bulan Ramadan ketika membaca Al Quran,” begitu yang saya dengar daripada rakan-rakan yang berulang menziarahi. Saya terkilan. Terasa ‘berhutang’ kepadanya. Saya tidak mahu menelefonnya, saya ingin menziarahnya. Bila? Nantilah… bisik hati memberi alasan. Kali kedua dia diserang strok, waktu itu saya sedang bersedia untuk membuat pembedahan (ditangguhkan sementara hingga kini atas sebab-sebab teknikal). Namun kali ini saya bertuah…
“Ustaz, apa khabar… rindu sangat dengan ustaz,” ujarnya beberapa lama selepas ‘kebah’ daripada serangan strok yang
kedua.
“Ya Allah, ana pun rindu,” ujar saya. Mudah-mudahan rindu kami kerana Allah.
“Ana nak bersama ustaz semula. Sudah rindu untuk ikut modul dan berkongsi ilmu serta pengalaman,” katanya.
“Ustaz datanglah. Ana sering uzur,” balas saya.
Kami berbual agak lama. Terlalu lama, ulas isteri saya. Kami sama-sama keberatan untuk menamatkan panggilan. Dia bertanya pelbagai perkara. Berkongsi bermacam-macam rasa.
“Bagaimana ustaz membahagikan
masa?”
Itulah antara soalan yang masih saya ingat. Walaupun dia selalu bertanya, tetapi diam-diam saya akui bahawa
sayalah hakikatnya banyak belajar daripadanya. Belajar bersantai dalam memberi kuliah. Belajar mengadun antara fakta, cerita dan gurauan dalam batas dakwah dan tarbiah.
Tengah Jumaat itu, saya di utara. Selepas memberi kuliah secara ‘maraton’ seawal jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari, saya kembali ke dalam kereta dengan kepala yang berdenyut-denyut. Bagi meredakannya saya bawa berselawat setelah menelan ubat.
“Ustaz, tahu tentang strok?” kata sahabat di sebelah yang membantu saya memandu kereta.
“Tahu kenapa?” saya menjawab biasa-biasa.
“Ustaz Rujhan, sahabat ustaz telah meninggal sebentar tadi akibat serangan strok,” katanya perlahan.
Innalillah wa inna ilaihi rajiun… saya terkejut. Saya terdiam seketika. Setelah membaca surah Al-Fatehah saya buka kembali SMS terakhir yang dikirimnya 3 minggu yang lalu. Menerusi SMS itu memohon maaf dan menyatakan keuzuran kerana belum dapat bertemu. Jika tidak jadual kuliah dan kursus yang telah siap diatur, mahu sahaja saya memecut ke Pahang untuk menziarahi jenazahnya. Namun apakan daya, masih dua program yang perlu diisi di utara dan tiga program lagi menanti di bahagian tengah dan selatan.
Akhirnya, setelah kira-kira dua minggu
selepas dikebumikan saya di sini… di bawah pohon rendang di sisi pusaranya yang masih merah dan basah. Bersama-sama beberapa orang sahabat terapat, saya bertahlil. Walaupun bumi
berbahang dipanah mentari, namun hati menjadi dingin dibelai kenangan-kenangan indah yang mengiringi pemergiannya.
“Detik pemergiannya pada penghulu segala hari, hari Jumaat.”
“Jemaah masjid penuh berganda ketika solat jenazahnya.”
“Allahyarham masih memberi kuliah Subuh di masjid berhampiran pada hari diserang
strok.”
“Ketika pusaranya digali, tercium bau yang wangi.”
“Sebaik jenazah dikebumikan, hujan turun dengan lebatnya!”
“Dia sangat suka bersedekah walaupun ketika susah.”
“Di akhir-akhir hayatnya dia banyak berzikir, bertahajud dan duha.”
Begitulah yang saya dengar berita-berita dan kisah yang melingkari detik kematiannya. Orang yang telah mati akan disebut namanya mengikut amalannya ketika
hidup. Sungguh penceramah yang hebat apabila menyentuh tentang kematian itu pun telah mati… Terbayang anak isteri yang menangis kesedihan dengan pemergian suami seperti yang sering
dibayangkannya… Terbayang detik-detik dahsyat ‘Sakaratul Maut’ yang sentiasa diperingatkannya. Kini segala-galanya telah dialaminya sendiri.
“Ustaz semua, makanlah… sengaja saya masak ikan patin gulai tempoyak pada tengah hari ini. Ustaz Rujhan dulu selalu menghidangkan ustaz-ustaz masakan ini. Sekarang saya sebagai isteri nak menyambung amalan arwah suami saya…” kata isterinya menjemput kami makan. Selepas makan, kami kumpulkan semua anak Allahyarham. Tazkirah, kata semangat dan kisah-kisah kebaikan ayah mereka kami imbau satu persatu. Mudah-mudahan anak-anak yatim ini menjadi ‘orang besar’ mengikut jejak anak-anak yatim yang
hebat seperti Rasulullah SAW, Imam
Safie, Imam Bukhari, Imam Hanbali dan lain-lain.
Sungguh saya benar-benar terharu. Allah Maha Mengetahui hikmah di sebalik
kesedihan ini. Dia yang jarang ada di rumah itu akhirnya telah tiada buat selama-lamanya.
“Ustaz, tunjuk ajar saya untuk menulis…”
Masih terngiang-ngiang permintaan terakhirnya. Begitu tawaduknya, pada hal dia telah pun menulis dengan begitu baik dalam sebuah majalah yang semakin meningkat edarannya. Apalah ertinya keindahan sebuah tulisan dibandingkan dengan keindahan sebuah kematian? Saya cemburu, terlalu cemburu… mengenangkan bagaimana dia melakarkan sebuah kehidupan yang penuh perjuangan. Dia
berdakwah, sehingga Subuh yang terakhir.
Benarlah seperti yang sering diungkapkan… cara mati seseorang akan ditentukan bagaimana cara hidupnya. Semoga Allahyarham Ustaz Rujhan bin Hj Razali, anak kepada seorang Tok Imam,
adik kepada seorang murabbi, suami kepada seorang isteri yang tabah itu… di tempatkan di kalangan para solehin, diampunkan, dikasihani dan diredai Allah! Amin.
Pergilah dulu sahabat ku, aku dan kami semua, pasti menyusul mu nanti.
Al Fatehah…


============================================


Pautan FB | Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
(Official)
Alkisah berbual dengan mak
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapkan kerja rumah.
“Mi, sekolah macam mana hari ini? Mengapa lambat?” tanya mak sejurus saya tiba di rumah.
“Bagus. Cuma Ustaz Ismail minta bantu di surau susun buku,” saya menipu kerana tidak
mahukan mak terasa sedih, hampa, sakit hati, bimbang dan pelbagai alasan.
Mak tidak berkata apa-apa.
Seminggu berlalu, saya sekali lagi didenda untuk tinggal selepas waktu sekolah dan membersihkan tandas surau. Kali ini atas sebab yang agak memalukan, saya bergaduh dengan kawan saya yang mengejek saya didenda berdiri di luar kelas.
Hari itu, saya pulang ke rumah. Mak bertanya seperti biasa apa keadaan di sekolah dan mengapa saya lambat balik.
Saya menjawab terlewat dan menggunakan alasan yang sama bahawa Ustaz Ismail minta
membantu kerja di surau kali ini mencuci tandas surau.
Mak tidak berkata apa-apa.
Kali ketiga, saya cuba ponteng kelas dan apabila memanjat dinding, saya terjatuh dan terseliuh kaki. Ustaz Ismail yang datang membantu, tapi dalam keadaan nak melenting kerana saya tidak pernah nak belajar jadi baik.
Ustaz Ismail memanggil mak saya datang menjemput saya balik ke rumah. Tapi mak saya tidak tahu memandu, dan bapa pula sudah tiada, maka
Ustaz Ismail akhirnya membawa saya balik ke rumah.
Saya gementar setibanya di rumah. Apakah rahsia saya akan terbongkar?
Selepas menghantar saya ke bilik, mak saya ke pintu pagar berbincang sesuatu dengan Ustaz Ismail.
30 minit mereka berbual. Saya bertambah gementar kerana saya yakin Ustaz Ismail telah menceritakan segala kejahatan saya pada mak saya.
Selesai perbualan, mak saya datang ke bilik saya. Tangan saya terketar-ketar terasa mak akan menampar saya kerana
menipunya.
“Tiga minggu lepas hari Selasa, Mi balik lewat sebab apa? Dan minggu lepas, Mi balik pun sebab apa?” tanya mak saya.
Saya ternganga dengan soalan itu. Apakah saya harus meneruskan kata-kata bohong saya? Apakah mak sudah tahu segalanya sekarang datang ‘test’ saya? Apakah Ustaz Ismail dah memberitahu segalanya?
“Saya tak ingat mak, rasanya kerana Ustaz Ismail,” jawab saya mengambil jalan yang selamat dengan
menipu sekali lagi.


Mak melihat saya.
“Tadi Ustaz Ismail memberitahu mak sesuatu,” kata mak. Berdebar-debar hati saya mendengarnya… habislah kali ini.
“Ustaz Ismail suruh mak sampaikan ini pada Mi:
Orang yang menipu selalu sakitkan otak dan minda dia. Sebab dia kena ingat pada kata bohong dia sampai bila-bila; kerana jika dia terlupa segalanya akan terbongkar.
Orang yang berkata benar otak dan mindanya ringan. Sebab dia tak perlu ingat kerana apa
yang diceritakannya cerita benar yang tidak berubah mengikut masa,” kata mak.
Mendengar kata-kata itu, saya tersentak dan tersentuh seketika.
“Itu saja Ustaz Ismail bagitahu?” tanya saya.
“Ya. Dia pesan Mi jangan berbohong dengan mak kerana nanti rosak otak. Kata Mi ok, cuma nakal sikit. Dan cara hilang nakal mudah, Mi jangan berbohong pada mak, kata Ustaz Ismail,” tambah mak.
Sejak hari itu, saya berubah baik. Hubungan dengan Ustaz Ismail semakin rapat, daripada
seorang guru kepada ayah angkat saya.
Wahai anakku,
Janganlah beratkan mindamu dengan kata-kata bohongmu. Kerana setiap kata tipumu kamu akan terpaksa ingat supaya tembelang kamu tidak pecah. Bercakap benarlah sentiasa, kerana ia mudah dan tidak perlu diingat. Apa yang dicerita ialah kebenaran yang tidak diubah masa.

AL HAQQUL HAQ: KISAH PERDANA MENTERI DENGAN 3 SOALAN MAUT

Kisah ini saya huraikan kepada 4 bahagian.

(1) Muqoddimah (2) Pertemuan (3) Jawapan (4) Kesudahan

Boleh share tanpa minta izin.

1. Versi Blog:http://al-faedah.blogspot.com/2013/11/al-haqqul-haq-kisah-perdana-menteri.html

2. Versi Google:https://docs.google.com/document/d/1Mpb0YTOC31KFj7GO0RGS_QqSjhJjUtIk_qWUP6Y79ZA/edit?usp=sharing

1. MUQODDIMAH:

Adalah kisah ini pada jalan menceritakan dan memperjelas akan isi dan maksud tersirat dari hadith RasuluLlah (صلى الله عليه و سلم) yang berikut tentang hubbud dunya dan al wahn yang padanya menjadi penyebab utama akan kegagalan Ummah beroleh kemuliaan dan kejayaan. Malah buat sekian lama Ummah telah terjerumus ke lembah kehinaan yang nyata. Namun, ilmu itu masih bukan semata-mata pada pengetahuan akan jawapan kepada soalan.

Yang dimaksudkan dengan ilmu ialah apabila kamu bermujahadah dan bersusah payah pada jalan untuk mendapat akannya atau kamu bermujahadah dalam menghayati akan maknanya. Kemudian kamu bermujahadah dan bersusah payah pada jalan beramal dengannya. Dan pada masa yang sama kamu bermujahadah dan bersusah payah pada jalan menyampaikannya.

Pada tiap jalan kesusahan yang kamu tempuhi itu maka terjadilah pembukaan pada pintu-pintu hatimu akan yang dikatakan ‘ilmu itu. Selagi tiada pembukaan selagi itulah bukan ilmu yang kamu miliki melainkan hanya gambaran pengetahuan semata-mata. Demikian yang dimaklumkan pada kami oleh para ‘ulama yang benar.

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:﴿يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا
رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْت

Dari Tsauban (رضي الله عنه) berkata, “Telah bersabda Rasulullah (صلى الله عليه و سلم),

“Hampir saja bangsa-bangsa berkumpul menyerang kalian sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan pada talam. Salah seorang sahabat (رضي الله عنه) bertanya, “Apakah karena sedikitnya jumlah kami pada saat itu?”

Beliau (صلى الله عليه و سلم) menjawab, “Bahkan pada saat itu jumlah kalian banyak, tetapi kalian seperti buih, buih di atas lautan. Sungguh Allah benar-benar akan mencabut rasa takut pada hati musuh kalian dan sungguh Allah benar-benar akan menghujamkan pada hati kalian rasa wahn.”

Kemudian seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah (صلى الله عليه و سلم), apakah wahn itu?” Beliau (صلى الله عليه و سلم) menjawab, “Cinta kepada dunia dan takut mati”.

Kedudukan Hadis: Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya pada bab Fi Tada’al Umam alal Islam juz XI halaman 371 hadis nombor 3745.

Dalam Musnadnya, Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini dalam bab Wa min Haditsi Tsauban  (رضي الله عنه)  juz 45 halaman 378 hadis nombor 21363. Hadits ini adalah hadis sahih, marfu dari Rasulullah (صلى الله عليه و سلم).

يوشك أن تداعى عليكم الأمم من كل أفق كما تداعى الأكلة إلى قصعتها. قيل يا رسول الله أمن قلة يومئذ ؟ قال لا ولكنكم غثاء كغثاء السيل يجعل الوهن في قلوبكم و ينزع الرعب من قلوب عدوكم لحبكم الدنيا وكراهيتكم الموت). رواه أبو داود و احمد وصححه الألباني في صحيح الجامع الصغير 2/1359 ح 8183 و سلسلة الأحاديث الصحيحة ح 956.

Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas bekas.”

Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air.

Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)

AL HAQQUL HAQ: KISAH PERDANA MENTERI DENGAN 3 SOALAN

Di sebuah negara yang aku namakan Isketamguli, pada suatu ketika dalam perjalanan masa, maka hiduplah seorang Raja yang kejam dan tiada berlaku adil pada rakyat jelatanya dengan negaranya diberi tanggungjawab pentadbiran kepada seorang Perdana Menteri.

Selanjutnya pada suatu hari sang Raja memanggil Perdana Menteri untuk datang mengadap.  Maka berkata Raja, “Wahai Perdana Menteri sudah sampai masanya bagi kamu untuk meletakkan jawatanmu secara terhormat, kerana beta tiada berpuashati dengan perkhidmatanmu. Maka janganlah kamu mengundang kemurkaan beta selanjutnya, melainkan kamu berundur diri secara terhormat”

Berkata Perdana Menteri, “Berikan penjelasan kepada kegagalan patik, ampun Tuanku..” Jawab Sang Raja, “Bukan menjadi hak kamu untuk menerima penjelasan maupun tanggungjawab beta bagi menjelaskannya..”

Berkata Perdana Menteri, “Ampun Tuanku, mohon berikan peluang terakhir bagi patik untuk meneruskan khidmat patik pada kerajaan Tuanku. Patik sanggup menurut apa sahaja permintaan Tuanku.”

Berkata Sang Raja. “Baik. Namun tiada peluang yang aku berikan tanpa persyaratan yang keras. Beta kurnia perkenan bagi perlanjutan watikah dengan syarat kamu menjawab 3 soalan yang beta berikan dengan betul. Pada soalan pertama yang kamu gagal, maka kepalamu akan dipenggal.

Sekiranya ketiga-tiga soalan telah kamu jawab dengan betul, maka bolehlah kamu meneruskan perkhidmatanmu. Kamu beta beri 3 hari untuk mengemukakan jawapan yang benar.  Namun beta harapkan agar kamu terus berpergian dan tiada kembalinya pada istana beta dalam masa 3 hari ini kerana sesungguhnya tiada sesiapapun yang telah menempuh jalan soalan ini melainkan telah gagal dan daku hukum bunuh akannya.”

Perdana Menteri menjadi pucat lesi, lalu memberanikan diri.  “Ampun Tuanku, apakah soalannya?”

Berkata Sang Raja,  yang demikian adalah soalannya,

1. Maa huwa maksudul-hayat? ( ما هو مقصود الحياة )
Apakah maksud hidup kamu?

2. Maa abthalul-bathil? ( ما ابطل باطل )
Apakah kebathilan yang paling bathil?

3. Maa ahaqqul-haq? ( ما أ حق حق )
Apakah kebenaran yang paling benar?

2. PERTEMUAN

Maka berpergianlah akan Perdana Menteri dengan nyawanya dihujung pedang menjelang luputnya tiga hari dengan tanpa sebarang kepastian kepada tiga soalan yang diberi padanya.

Setelah tiga hari hidup melarat berjalan ke sana sini tanpa sebarang halatuju, maka sampailah beliau kepada sebuah padang, di hujung-hujung dunia.. Sedang beliau termenung datang seorang gembala kambing menegur sapa, “Wahai tuan hamba, apakah gerangan ku lihat dikau dalam kebimbangan yang amat sangat. Lalu diceritakan oleh Perdana Menteri.

“Apakah soalannya?” tanya Sang Gembala. Lalu dijawab Perdana Menteri;

1. Maa huwa maksudul-hayat? ( ما هو مقصود الحياة )
Apakah maksud hidup kamu?

2. Maa abthalul-bathil? ( ما ابطل باطل )
Apakah kebathilan yang paling bathil?

3. Maa ahaqqul-haq? ( ما أ حق حق )
Apakah kebenaran yang paling benar?

“Tahukah jawapan kepadanya?” tanya Perdana Menteri dengan penuh sangsi dan keraguan.

Berkata Sang Gembala. “Ya hamba tahu akan jawapannya..”

“Berikan padaku jawapannya wahai sang gembala. Nyawaku sedang ku pertaruhkan..” kata Perdana Menteri dengan gopoh.

“Tiada ku berikan jawapannya melainkan ku tunaikan hak kamu terlebih dahulu sebagai tetamu. Ayuh ke kemah daku dan kamu menjamah santapan terlebih dahulu. Kemudian kamu boleh berpergian ke istana mengadap raja.” kata Sang Gembala.

Perdana Menteri masih sangsi, “Sekiranya jawapanmu salah, bermakna matilah aku wahai sang Gembala!”. Sang Gembala tersenyum lalu berkata, “Pada ketika kamu dihukum mati,  sampaikan salamku padanya dan katakan padanya supaya mengambil nyawaku sebagai ganti, nescaya tiadalah ia berbuat kepadamu melainkan dilepaskan bebas buat selamanya.”

Lalu sampailah mereka berdua ke perkhemahan Sang Gembala lalu disiapkan jamuan untuk Sang Perdana Menteri. Arakian setelah siap segalanya maka dijemputnya duduk akan Perdana Menteri lalu dihidangkan makanan.

“Berdoalah lalu bersantaplah akan kamu jamuan hamba yang tiada seberapa ini wahai Perdana Menteri. Tiadalah beza darjat permakananmu yang semewah-mewahnya dengan jamuan daku yang tak seberapa ini, melainkanlah rizqi dan kurniaan dari ALLAH SWT jua..” kata Sang Gembala.

Lalu sedang Perdana Menteri hendak mengambil suapannya, dipanggil pula oleh Sang Gembala akan anjing gembalaannya. Datanglah anjingnya lalu duduk bersebelahan pada Perdana Menteri.

“Apakah ini?” tanya Perdana Menteri kehairanan dalam menahan kemarahannya. Kata Sang Gembala, “Tafaddhol Tuan Perdana Menteri, makanlah tapi asingkan sebahagian makananmu pada bekas makanmu dan benarkan anjingku yang kelaparan untuk turut makan bersamamu. Sesungguhnya ia juga dalam kelaparan yang amat sangat…”

Walau keberatan terpaksalah Perdana Menteri menurut permintaan Sang Gembala. Sesuap demi suapan dimakannya jamuan sambil anjing gembala turut menjamah selera sehingga kehabisan semuanya.

Seusai sudah maka berkatalah Perdana Menteri, “Sudahku tunaikan permintaanmu wahai Sang Gembala, maka berilah akan ku jawapannya agar aku dapat kembali pada Raja dengan jayanya.”

Berkata Sang Gembala, “Sebenarnya sudah ku berikan jawapannya kepadamu wahai Perdana Menteri, maka segeralah kamu kembali pada tempatmu..”

Perdana Menteri terpinga-pinga. “Mohon pencerahan wahai Sang Gembala dan janganlah kamu memperolok-olokkan diriku yang teraniaya..” kata Perdana Menteri.

3. JAWAPAN

Berkata Sang Gembala,

1. “Sesungguhnya tiada sesiapa melainkan kamu yang telah menzhalimi akan dirimu sendiri. Sepanjang hayatmu kamu telah mensesia-siakan kehidupanmu di dunia yang sementara ini dengan kamu jadikan al maksudul hayat, maksud hidupmu untuk berebutan kuasa sebagai seorang pemerintah dan pentadbir yang menzhalimi rakyat jelata negaramu, sedang amalan kamu sangat banyaknya yang tidak bersesuaian dengan kehendak Syari’e.

Dalam memburu maksudul-hayatmu kamu telah melalaikan tugas dan tanggungjawabmu kepada ALLAH SWT lalu kamu hidup bersenang lenang dan berpoya--poya dalam kemewahan dan pembaziran yang melata. Bukan saja kamu telah menzhalimi rakyat jelatamu, malah kamu menzhalimi dirimu sendiri sekembalinya kamu kelak dan dihadapkan di hadapanNYA untuk dihisab akan setiap perlakuanmu.

Itulah jawapan kepada persoalan, Maa huwa maksudul-hayat? ( ما هو مقصود الحياة ). Apakahmaksud hidup kamu? Kuasa, harta serta pangkat dan kedudukan di dunia yang sementara.

Untuk mendapatkannya kamu telah sanggup mempertaruhkan nyawamu semata-mata kerana takut kehilangan akannya. Apabila beroleh akan kamu padanya, tiada kamu lakukan melainkan menyalahgunakan kuasa yang ada padamu wahai Perdana Menteri. Maka bertaubatlah kamu segera dari setiap ketelanjuranmu.

2. Pada persoalan keduanya, telah berfirman akan ALLAH SWT wahai Perdana Menteri,

وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ
(wa maal hayaatud dunyaa illaa mata`ul ghuruuri)

dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (bagi orang-orang yang terpedaya). (185)

Kamu dilanda oleh penyakit Hubbud Dunya yang teramat sangat, sehingga kecintaanmu pada pangkat kebesaran, harta dan kedudukan di dunia yang melalaikan itu menjadikan sangat panjang akan angan-anganmu sehingga kamu menggadaikan kehidupan akhirat yang sebenar-benarnya kekal abadi selamanya.

Dan demikian itulah jawapan kepada, Maa abthalul-bathil? ( ما ابطل باطل ). Apakah kebathilan yang paling bathil? AD DUNYA. Kehidupan dunia yang menipudaya akan dirimu wahai Perdana Menteri. Maka bersegeralah kamu melutut memohon pengampunan dari ALLAH SWT akan kelalaian kamu sekian lama ini. Sesungguhnya aku sendiri memohon keampunan setiap hari dari hayatku yang sementara ini.

3. Pada persoalan ketiganya, telah berfirman ALLAH SWT wahai Perdana Menteri,

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ
(Kullun nafsin dzaa`iqatul maut)

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.

Darihal kerakusan kamu memburu maksud hidup kamu di dunia yang sementara ini wahai Perdana Menteri, kamu telah diburu pula pada setiap penjuru kehidupanmu dengan penyakit Al Wahn.

Kamu sangat mentakuti akan mati kerana ketamakkanmu pada habuan dunia ini. Sedang kamu sangat meyaqini bahawa kamu tetap akan mati, namun kamu bersungguh-sungguh mengelakkan akannya. Anehnya, keyaqinanmu pada Al Maut, tiada sedikit pun menambahkan pada keimanan dan amalan ibadah mu terhadap ALLAH SWT, sebaliknya semakin menjauhkan kamu dariNYA.

Seorang atheis boleh saja menafikan kewujudan ALLAH SWT walaupun ALLAH SWT itulah yang HAQ, namun masih boleh seorang manusia menafi akanNYA. Seorang musyrik boleh saja ia menafikan kebenaran ALLAH SWT secara ia mensyirikkan ALLAH SWT pada pelbagai tuhan-tuhan yang sesuai dengan nafsu dan kehendaknya.

Kamu memiliki keyakinan yang benar padanya, sedangkan pada masa yang sama kamu sangat dihantui akan AL WAHN sehingga kamu sanggup menggadaikan segala-galanya, hatta kamu telah pun sanggup makan sedulang dengan seekor anjing darihal keyakinan kamu terhadap Al Haqqul Haq! Yaqni itulah AL MAUT.

Namun Sang Perdana Menteri tiada seseorang pun yang mampu menafikan AL MAUT bila ia sudah tiba pada pintu ajalmu. Maka ketahuilah bahawa jawapan kepada, Maa ahaqqul-haq? ( ما أ حق حق ) Apakah kebenaran yang paling benar?, tiada lainlah melainkan AL MAUT.

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ (١٨٥)

(Surah Ali Imraan : 185)
“Kullun nafsin dzaa`iqatul maut, wa innama tuwaffauna ujuurakum yaumal qiyaamati, faman zuhziha `anin nari wa udkhilal jannata faqad faaz, wa maal hayaatud dunyaa illaa mata`ul ghuruuri”.

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah di sempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”

Lalu tumbanglah Sang Perdana Menteri seraya meraung-raung darihal kehancuran dan terbukanya hijab pada hatinya selama ini.

“Ketahuilah tiada sesiapa yang mampu mengharungi persoalan ini tanpa diiringi sekurang-kurangnya setitis airmata melainkan sudah terjebak akannya dalam permasalahan yang telah dibicarakan. Bangunlah wahai Perdana Menteri. Kembalilah pada kerajaanmu dan jawablah dengan penuh keyaqinan sepertimana telah aku nasihatkan padamu,” kata Sang Gembala.

Jawab Perdana Menteri, “Tidak mungkin wahai Sang Gembala. Sudah tiada kemahuan dan kehendak dalam diriku melainkan keredhoaan ALLAH SWT bermula pada hari ini. Aku tiada akan kembali ke istana maupun tampuk pemerintahan buat selamanya.”

Jawab Sang Gembala, “Kembalilah dan sekurang-kurangnya maklumkan kepada Raja kamu akan niatmu. Mudah-mudahan ALLAH SWT bukakan lebih banyak ‘ilmu penghayatan atas dirimu dan sesungguhnya tiada yang aku ketahui dari hikmah dan susunan perencanaan ALLAH SWT melainkan aku berjalan dengan penuh adab.

Kembalilah dengan sebaiknya dan berlakulah sopan kepadanya.  Bukanlah maksud dari penyampaian daku bagi kamu tinggalkan keduniaanmu, melainkan yang melalaikan dari haqiqat kebenaran itulah yang dimaksudkan sebagai Ad Dunya”

4. KESUDAHAN

Make genap 3 hari sudah berlalu. Maka kembalilah Sang Perdana Menteri keesokan harinya pada Istana DiRaja lalu mengadap.

Sudahkah kamu bersedia dengan jawapanmu? tanya Raja.

Jawab Perdana Menteri, “Ampun Tuanku, sesungguhnya aku tiada lagi keinginan pada jawatanku selama ini. Maka patik mohon ampun atas segala kesilapan patik selama ini dan enggan meneruskan dengan permintaan patik yang terdahulu. Ampun Tuanku.”

Raja berasa sangat aneh lalu menyindir,  “Apakah kamu takut dihukum pancung darihal jawapanmu yang bakal tersasar?”

Jawab Perdana Menteri, “Tiada lagi apa ketakutan dalam diri patik Tuanku melainkan pada ALLAH SWT dan sesungguhnya patik amat mengetahui akan jawapan pada persoalan itu.”

“Jika benar bagai dikata maka ceritakan pada beta akan jawapanmu sebelum kamu beredar pergi, nescaya sudahpun kamu beroleh izin dari beta untuk berpergian. Namun beta musykil, lalu sampaikanlah jawapanmu walaupun kamu tiada mengingini akan jawatanmu lagi.

Lalu dicerita dan disampaikanlah akan Perdana Menteri sepertimana yang telah diajarkan olehnya akan Sang Gembala Kambing.

Maka setelah mendengar akan pencerahan dari Sang Perdana Menteri maka pengsanlah Sang Raja sepertimana telah tumbangnya akan Perdana Menteri dihadapan Sang Gembala.

Apabila kembali kewarasan beliau, maka berkatalah Sang Raja. Sesungguhnya kamu telah berkata benar. Setelah sekian lama, aku sekadar memiliki soalan & jawapan kepada 3 soalan ini. Tiada aku menghayati akan maknanya melainkan sekadar aku gunakannya pada jalan menguji dengan niat menzhalimi mereka yang di bawah penguasaanku.

Maka ayuhlah Sang Perdana Menteri bersamaku agar kita berjalan seiringan sambil memohon keampunan atas ketelanjuran kita yang terdahulu, maka kita kembalikan kepimpinan negara ini secara penuh keadilan sepertimana yang dituntut akan ALLAH SWT dan Rasulullah  (صلى الله عليه و سلم) dan para Sohabahnya (رضي الله عنه), lalu kita bersama-sama rakyat marhaen dalam menyampaikan dan saling berpesanan pada jalan kebajikan.

Semoga ALLAH SWT melimpahkan rahmat dan hidayahNYA keatas Ummah.

Demikian telah dibukakan penceritaan kepada kami oleh para guru yang benar dan dipimpini ALLAH SWT agar lebih banyak pembukaan dan kefahaman dikurniakan atas hati-hati yang ingin menghayati perbicaraan darihal maksud hidup, hubbud dunya, al wahn, dan aliran jalan khilafat yang benar sehinggalah dikembalikan pada Ummah akan kemuliaan dan darjat yang sesuai bagi mereka sebagai Khairan Ummah, sebaik-baiknya Ummah yang dikeluarkan untuk makhluq sekian alam

Rabu, 24 Julai 2013

Ramadan lahirkan jiwa muttaqeen

Kedatangan Ramadan untuk kesekian kalinya membawa risalah ketakwaan supaya hubungan manusia dengan Pencipta menjadi hampir dan dekat. Al-Quran menyatakan dengan jelas keperluan berpuasa seperti yang diamalkan oleh orang terdahulu dengan harapan jiwa muttaqeen terbina.

Membina jiwa muttaqeen adalah keperluan kerana ia menjadi ukuran terbaik Allah terhadap insan (inna aqramakum ‘indallah hi atqa qum (Al-Hujurat :13) – karamah insan terhubung dengan orang yang bertakwa).
Orang yang bertakwa mengalami perubahan ke jalan ihsan. Ihsan digambarkan Rasulullah SAW dalam hadisnya – dalam melakukan amal meskipun kita tidak melihat Allah tetapi yakin Allah melihat kita. Ramadan ialah satu madrasah yang mendidik manusia dengan agendanya yang lengkap. Ramadan tidak sekadar puasa iaitu mengekang lapar dan dahaga tetapi ia memberi pengalaman manusiawi mengawal hawa nafsu supaya wujud perasaan sabar yang tinggi dan kawalan diri yang terbaik.

Rasa lapar menginsafkan manusia makna kemiskinan dan nasib orang yang daif. Ia mendorong jiwa sadaqah yang tinggi supaya jiwa kemanusiaan yang tercetus daripadanya menghakis mereka yang bersifat bakhil dan haloba.

Agenda rohaniah seperti solat Tarawih membangun jiwa rukuk dan sujud. Ia mencetuskan jiwa kehambaan yang mendidik abid (ahli ibadah) mengenai makna kepatuhan, keakuran, ketaatan dan ketundukan terhadap perintah Allah SWT. Manusia selalu ingkar terhadap suruhan Allah, sering tidak taat akan kewajipan sebagai orang Islam, kerap tidak tunduk dengan hukum Allah dan selalu tidak akur hikmah daripada syariat Allah. Akibatnya jiwa ingkar ini jauh daripada takwa dan kefasadan terjadi.

Ikhlas melakukan siyam

Keikhlasan melakukan siyam harus dilihat dalam konteks rohaniah dan jasmaniah yang membimbing perubahan diri terhadap amal. Tentu ada sebab siyam itu diwajibkan Allah kepada manusia dan tentu ada natijah akhir yang diharapkan terjadi. Binaan jiwa muttaqeen yang memperlihatkan kehambaan insan terhadap Penciptanya menjadi ukuran terbaik terhadap amalan siyam.

Kalau siyam hanya setakat berlapar dan dahaga saja tidak memadai. Yang menjadi fokus utama proses tazqiah an nafs atau penyucian diri ini ialah hati. Hati manusia sering dihinggap penyakit. Manusia menjadi tamak kerana harta dan kekayaan. Manusia membangun nafsu amarah atau nafsu haiwani kerana angkuh dan sombong. Manusia sering memuji diri dan suka dipuji kerana rasa riak dan takbur. Lalu nafsul mutmainnah atau nafsu manusiawi tidak kelihatan. Manusia melakukan rasuah dan salahguna amanah kerana jiwa takwanya kosong. Faktor duniawi dilihat sebagai segala-galanya. Faktor ukhrawi tidak dirasakan sama sekali, lalu kemungkaran terjadi.

Penyakit hati perlu diubati melalui proses tarbiah atau pendidikan. Arkan al Islam atau Rukun Islam menjadikan siyam salah satu yang penting dilalui dengan rasa insaf oleh manusia. Seperti juga solat, ia terkandung roh yang menghidupkan hati-hati yang mati dan keji supaya jiwa rukuk dan sujud membawa kembali manusia kepada fitrah dirinya.

Inilah asas penting apabila kita melakukan siyam supaya jiwa perjuangan terhadap hawa nafsu yang memurnikan kembali peranan hati demi memiliki rasa tunduk, akur dan taat terhadap suruhan dan larangan Allah SWT. Tanpa asas ini, jiwa muttaqeen tidak akan lahir. Sekolah Ramadan yang dilalui, siyam yang dijalani adalah agenda terbaik untuk membentuk dan membangun hati.

Dekatkan diri kepada al-Quran

Aspek lain dalam melalui Ramadan ialah kedekatan kita pada al-Quran yang terkandung hikmah dan petunjuk. Tanpa hikmah, manusia kehilangan arah dalam memahami apa yang dicipta dan dikurniakan kepada manusia dan hikmah di sebaliknya. Tanpa petunjuk, manusia dikatakan berpengetahuan dan berilmu boleh hilang kebijaksanaan untuk mencari arah tuju kehidupan yang sebenar.

Al-Quran sumber ilmu menjadikan manusia tahu sesuatu yang nyata dan kaitannya dengan yang ghaib, serta menjadi penyuluh mengatasi manusia daripada kesesatan. Fokus pemahaman al-Quran tidak saja sifatnya tekstual tetapi juga kontekstual iaitu hubungan al-Quran dengan alam dan persekitaran, peristiwa yang terjadi, cabaran yang ada supaya ia dijadikan pedoman dan sumber teladan.

Lailatulqadar adalah puncak pengharapan abid atau ahli ibadah terhadap natijah akhir perjalanan rohaniah supaya ibadah diterima, keampunan dianugerah dan abid menjadi insan fitrah semula dan sifat diri berubah dan kembali sebagai penyumbang kepada kesejahteraan diri dan orang lain.

Kalau ini terjadi, bayangkan kehebatan warga umat yang sifatnya sabar, penuh kasih sayang, bukan dendam kesumat, saling memaafkan, memiliki keupayaan merenung ke dalam diri, menghakis sifat hasad dan ego yang dilalui sehingga sesama warga umat dijadikan musuh, musuh sebenar sebagai sahabat dan akhirnya memimpin umat ke arah perpecahan dan kehancuran.

Penulis ialah Profesor Pendidikan di UIAM

Dosa yg lebih besar drpd berzina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata 

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” 
(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan: 

“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”


Sujudlah kepadaNya tanpa alasan

Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Selasa, 25 Jun 2013

SIFAT NERAKA


اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).


SIFAT NERAKA.

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’

Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
dari padanya…’

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarumnescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’

Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?’ Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’

Jawab Jibril :

Pintu pertama yakni ’Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang- orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’

Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’

Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosabesar dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat.’

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

‘Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’

Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalamrumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan
Bagi Yg Lalai’)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Tahukah kamu bahawa neraka jahanam-Ku itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.

Wallahua’ lam.

Keajaiban Saintifik Al-Quran

Pengenalan

14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur’an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.
Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terdapat di dalam kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah kalam suci Tuhan. Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Tuhan. Satu dari ciri-ciri ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur’an 1400 tahun dahulu.
Sudah tentu Al-Qur’an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi, banyak fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan teknologi abad ke 20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini juga adalah bukti bahwa Al-Qur’an adalah kalam Tuhan.
Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur’an, pertamanya kita akan melihat tahap kemajuan sains ketika mana kitab suci ini diturunkan.
Pada abad ke 7, ketika Al-Qur’an diwahyukan. Masyarakat arab telah pun memiliki kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan dengan isu-isu saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada legenda-legenda yang diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh, bahawa gunung-ganang menongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya. Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan kubah langit di atas.
Tetapi, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh Al-Qur’an. Dalam surah Ar-Ra’d ayat ke 2 dinyatakan: Tuhanlah Dia yang meninggikan langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta penting telah dinyatakan ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya.
Al-Qur’an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi. Sekarang, mari kita lihat beberapa keajaiban saintifik yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Qur’an bersama-sama.

Kewujudan Alam Semesta

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur’an dalam ayat berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An’aam:101.
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur’an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur’an 1400 tahun lalu.

Pengembangan Alam Semesta

Dalam Al-Qur’an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)
Edwin Hubble
Perkataan ‘langit’ yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur’an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur’an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa ‘alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa’. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.
Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le’maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur’an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

Pemisahan Langit Dan Bumi

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.
“dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?”. (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah ‘ratq’ diertikan sebagai dijahit yang bermaksud ‘dikumpul bersama, dicampur’ dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa ‘Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur’an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.

Orbit

Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur’an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;
Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur’an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur’an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya ‘berenang’ melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur’an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit ‘dipenuhi dengan lintasan dan orbit’ seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur’an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur’an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

Bentuk Sfera Bumi

“Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam… (Surah Az-Zumar:5)
Dalam Al-Qur’an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai ‘membalut’ dalam ayat di atas adalah ‘takwir’, dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud ‘menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.
Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur’an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.
Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur’an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam smesta.

Sumber: http://www.darulkautsar.net

Selasa, 4 Jun 2013

Kisah Pengantin Meninggal Ketika Sujud Dalam Solat


Kisah Benar Pengantin Meninggal Ketika Sujud Dalam Solat | Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”


Gambar Hiasan

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!

Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Kisah Benar ini Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

Nama-Nama Yg Sering Diganggu Jin

Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin! Petikan ceramah ustaz Sharhan


Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-
1. Balqis
2. Kistina/Qistina
3. Najwa
4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda

Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.
Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam
P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.

Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis..

Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.
Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..
Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua’lam

Menyara KELUARGA Lebih AFDHAL

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskn dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu”.


Huraian Hadith:
1) Islam menggalakkan umatnya berbelanja pada jalan yang diharuskan sahaja.

2) Wang yang dibelanjakan oleh seseorang dengan ikhlas akan diambil kira dan diberi pembalasan mengikut keutamaannya.

3) Antara perbelanjaan yang paling baik disisi islam ialah perbelanjaan untuk menyara keluarga kecuali  zakat yang wajib.

4) Umat Islam hendaklah mengutamakan kaum keluarganya dalam berbelanja daripada orang lain.

5) Kaum keluarga merupakan tanggungjawab utama yang mesti diselesaikan oleh suami atau penyara.




Ikan Sebelah, Asalnya Lauk Nabi Sulaiman


Ikan Sebelah Laut atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi, nama saintifiknya Pseudorhombus spp. / Achiroides spp. adalah tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di MALAYSIA


Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman a.s. tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja dan bukti kewujudannya kekal sehingga kehari ini untuk menjadi iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam...
..Wallahualam..


Isnin, 3 Jun 2013

Mentol Lampu Telah Wujud Dizaman Mesir Purba

7:28 AM Marwan Hadid Tamadun Mesir Purba merupakan salah satu daripada tamadun yang paling dikagumi pernah dibangunkan oleh manusia. Masyarakat Mesir Purba memiliki pengalaman dan ilmu pengetahuan yang meluas dan kini menjadi salah satu daripada warisan masyarakat primitif. Di kalangan golongan masyarakat Mesir, terdapat cendikiawan yang memiliki kebijaksanaan yang datang dari zaman Nabi Nuh (as) dan Nabi Ibrahim (as). Golongan cerdik pandai Yahudi ini menggunakan ilmu yang diwarisi daripada para nabi terdahulu. Salah satu daripada ilmu pengetahuan tersebut adalah penggunakan tenaga elektrik bagi menghasilkan pencahayaan.

Penemuan pelbagai ukiran dan corak pada permukaan dinding Kuil Hathor di Kompleks Kuil Dendera Mesir, membongkar satu rahsia yang menarik mengenai masyarakat Mesir purba. Seperti gambar rajah yang dipaparkan di bawah, yang terdapat di Kompleks Kuil Dendera. Rekaan ukiran tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Mesir purba mendapatkan sumber pencahayaan melalui penggunaan mentol dan lampu arka.

Pemeriksaan teliti terhadap gambar-gambar yang terdapat di Kuil Hathor menunjukkan bahawa penebat bervoltan tinggi telah diguna pakai, sama seperti yang ada pada masa kini; struktur ini disokong oleh tiang yang berbentuk segi empat bujur yang menyerupai sebiji mentol (dipercayai telah digunakan sebagai penebat dan dikenali sebagai Djed Column). Ini merupakan penemuan yang menakjubkan kerana reka bentul mentol lampu yang kita gunakan pada hari ini mempunyai ciri yang serupa pada zaman Mesir purba.

Walter Garn, seorang jurutera elektrik berbangsa Austria telah mengkaji ukiran yang terdapat pada permukaan dinding secara terperinci, dan menghasilkan semula penebat Djed Column, mentol dan pintalan wayar dan hasilnya, model yang dibina oleh beliau berfungsi dan memancarkan cahaya.

Dalam satu saluran dokumentari pada September 1996 oleh Amerika ABC, sistem pencahayaan ini telah diuji semula oleh para saintis di hadapan kamera dan kejayaan sekali lagi dicapai dan cahaya diperolehi. Secara asasnya, ini hanyalah mentol dan ia berfungsi melalui teknik yang dipaparkan pada lukisan dinding masyarakat Mesir purba, sehingga menghasilkan cahaya. Di dalam video yang akan kami paparkan, anda akan dapat melihat sendiri bagaimana cahaya diperolehi melalui kaedah yang digunakan oleh masyarakat Mesir purba.

Dalam lukisan yang terdapat pada Kuil Dendera ini, kelihatan empat lampu filamen (komponen dalam lampu yang menghasilkan pemanasan) yang anda dapat lihat di sebelah kiri dan Seutas kabel yang bersambung dari satu bateri elektrik gergasi di sebelah kiri, ini menjanakan tenaga elektrik kepada lampu-lampu tersebut dan menhasilkan sumber pencahayaan.

Kajian dan pemerhatian yang mendalam pada gambar rajah di atas mendapati bahawa kabel elektrik yang menghubungkan bateri dengan lampu, diselaputi dengan manik-manik kecil yang sejajar. Manik-manik tersebut digunakan sebagai penebat bagi mengalirkan tenaga elektrik. Gambar rajah di sebelah menunjukkan salah satu daripada lampu arka yang pertama dihasilkan pada abad ke-19.

Sumber pencahayaan Tamadun Mesir purba dihasilkan melalui penggunaan mentol klasik yang diguna pakai pada hari ini. Pelbagai gambaran masyarakat Mesir yang menunjukkan penggunaan peranti seumpama mentol dengan wayar-wayar filamen, pemegang dan wayar arus elektrik. Dalam gambar rajah seterusnya, anda akan dapat melihat individu yang sedang membaca teks bergambar pada dinding dengan menggunakan lampu yang terdapat pada tangannya bagi menerangi kawasan disekilingnya.

Gambar rajah di atas jelas menunjukkan bahawa filamen yang menghasilkan aliran elektrik di dalam lampu yang dipegang oleh orang Mesir itu. Sama seperti mentol yang ada pada hari ini, filamen yang digunakan oleh penduduk Mesir purba adalah berbentuk lingkaran. Lingkaran filamen yang dipanaskan oleh arus elektrik ini akan menghasilkan sumber pencahayaan, sama seperti yang digunakan pada masa kini.

Ini merupakan lampu filamen pertama yang dicipta oleh Thomas Edison dan dapat dilihat bahawa lampu yang direka oleh beliau memiliki ciri dan rekabentuk yang menyerupai dengan lampu yang dipegang oleh orang Mesir seoerti gamabr rajah yang ditunjukkkan sebelum ini .

Gambar rajah Ini merupakan salah satu gambaran yang ditemui pada dinding sebuah makam di Kuil Dendera, Seutas kabel elektrik direntangkan dari sebuah lampu yang mempunyai tiga biji mentol

Hadis Mengenai Dajjal

Dajjal Pasti akan muncul dan menjadi Ujian yang besar untuk Umat Manusia. Jom kita bongkar Hadis Sahih Berkenaan Dajjal Si Pendusta .Ini

ك ف ر باَّﺬَﻜْﻟا َ َﻻَأ ﻪَّﻧِإ ُ رَﻮْﻋَأ ُ نِإَو َّ ﻢُﻜَّﺑَر ْ ﺲْﻴَﻟ َ رَﻮْﻋَﺄِﺑ َ بﻮُﺘْﻜَﻣَو ٌ ﻦْﻴَﺑ َ ِﻪْﻴَﻨْﻴَﻋ ﻦَﻋ ْ ةَدﺎَﺘَﻗ َ لﺎَﻗ َ ﺖْﻌِﻤَﺳ ُ ﺲَﻧَأ َ ﻦْﺑ َ ﻚِﻟﺎَﻣ ٍ لﺎَﻗ َ لﺎَﻗ َ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﺎَﻣ ﻦِﻣ ْ ﻲِﺒَﻧ ٍّ َّﻻِإ ﺪَﻗَو ْ رَﺬْﻧَأ َ ﻪَﺘَّﻣُأ ُ َرَﻮْﻋَْﻷا

Dari Qatadah, beliau mendengar daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ;Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis "kaaf", "faa", "raa". Hadis riwayat Muslim ﻪُﺘَّﻨَﺟَو ُ ٌرﺎَﻧ ﻦَﻋ ْ ﺔَﻔْﻳَﺬُﺣ َ لﺎَﻗ َ لﺎَﻗ َ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ لﺎَّﺟَّﺪﻟا ُ رَﻮْﻋَأ ُ ﻦْﻴَﻌْﻟا ِ ﻯَﺮْﺴُﻴْﻟا لﺎَﻔُﺟ ُ ﺮَﻌَّﺸﻟا ِ ﻪَﻌَﻣ ُ ﺔَّﻨَﺟ ٌ رﺎَﻧَو ٌ هُرﺎَﻨَﻓ ُ ٌﺔَّﻨَﺟ Dari Huzaifah, Rasulullah SAW telah bersabda ; Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka. Hadis riwayat Muslim ُﻪَﻣْﻮَﻗ ﻲِﺒَﻧ ٌّ ﻪَﻣْﻮَﻗ ُ ﻪَّﻧِإ ُ رَﻮْﻋَأ ُ ﻪَّﻧِإَو ُ ءﻲِﺠَﻳ ُ ﻪَﻌَﻣ ُ ﻞْﺜِﻣ ُ ﺔَّﻨَﺠْﻟا ِ رﺎَّﻨﻟاَو ِ ﻲِﺘَّﻟﺎَﻓ لﻮُﻘَﻳ ُ ﺎَﻬَّﻧِإ ﺔَّﻨَﺠْﻟا ُ ﻲِﻫ َ رﺎَّﻨﻟا ُ ﻲِّﻧِإَو ﻢُﻜُﺗْرَﺬْﻧَأ ْ ﻪِﺑ ِ ﺎَﻤَﻛ رَﺬْﻧَأ َ ﻪِﺑ ِ ٌحﻮُﻧ ﻦَﻋ ْ ﻲِﺑَأ ﺔَﻤَﻠَﺳ َ لﺎَﻗ َ ﺖْﻌِﻤَﺳ ُ ﺎَﺑَأ ةَﺮْﻳَﺮُﻫ َ َلﺎَﻗ لﺎَﻗ َ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ َﻻَأ ﻢُﻛُﺮِﺒْﺧُأ ْ ﻦَﻋ ْ لﺎَّﺟَّﺪﻟا ِ ﺎًﺜﻳِﺪَﺣ ﺎَﻣ ُﻪَﺛَّﺪَﺣ Dari Abu Salmah, beliau mendengar daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Mahukah kamu sekiranya aku menerangkan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti surga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya surga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya. Hadis riwayat Muslim ﻪَﻠُﺘْﻘَﻳ ُ َﻼَﻓ ﻂَّﻠَﺴُﻳ ُ ِﻪْﻴَﻠَﻋ نﻮُﻟﻮُﻘَﻴَﻓ َ َﻻ لﺎَﻗ َ ﻪُﻠُﺘْﻘَﻴَﻓ ُ ﻢُﺛ َّ ﻪﻴِﻴْﺤُﻳ ِ لﻮُﻘَﻴَﻓ ُ ﻦﻴِﺣ َ ﻪﻴِﻴْﺤُﻳ ِ ﻪَّﻠﻟاَو ِ ﺎَﻣ ﺖْﻨُﻛ ُ ﻚﻴِﻓ َ ﻂَﻗ ُّ ﺪَﺷَأ َّ ةَﺮﻴِﺼَﺑ ً ﻲِّﻨِﻣ نْﻵا َ لﺎَﻗ َ ﺪﻳِﺮُﻴَﻓ ُ لﺎَّﺟَّﺪﻟا ُ ْنَأ يِﺬَّﻟا ﺎَﻨَﺛَّﺪَﺣ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻪَﺜﻳِﺪَﺣ ُ لﻮُﻘَﻴَﻓ ُ لﺎَّﺟَّﺪﻟا ُ ﻢُﺘْﻳَأَرَأ ْ نِإ ْ ﺖْﻠَﺘَﻗ ُ اَﺬَﻫ ﻢُﺛ َّ ﻪُﺘْﻴَﻴْﺣَأ ُ نﻮُّﻜُﺸَﺗَأ َ ﻲِﻓ ِﺮْﻣَْﻷا ﺾْﻌَﺑ ِ خﺎَﺒِّﺴﻟا ِ ﻲِﺘَّﻟا ﻲِﻠَﺗ ﺔَﻨﻳِﺪَﻤْﻟا َ جُﺮْﺨَﻴَﻓ ُ ﻪْﻴَﻟِإ ِ ﺬِﺌَﻣْﻮَﻳ ٍ ﻞُﺟَر ٌ ﻮُﻫ َ ﺮْﻴَﺧ ُ سﺎَّﻨﻟا ِ وَأ ْ ﻦِﻣ ْ ﺮْﻴَﺧ ِ سﺎَّﻨﻟا ِ لﻮُﻘَﻴَﻓ ُ ﻪَﻟ ُ ﺪَﻬْﺷَأ ُ ﻚَّﻧَأ َ ُلﺎَّﺟَّﺪﻟا ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﺎًﻣْﻮَﻳ ﺎًﺜﻳِﺪَﺣ ًﻼﻳِﻮَﻃ ﻦَﻋ ْ لﺎَّﺟَّﺪﻟا ِ نﺎَﻜَﻓ َ ﺎَﻤﻴِﻓ ﺎَﻨَﺛَّﺪَﺣ لﺎَﻗ َ ﻲِﺗْﺄَﻳ ﻮُﻫَو َ مَّﺮَﺤُﻣ ٌ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ نَأ ْ ﻞُﺧْﺪَﻳ َ بﺎَﻘِﻧ َ ﺔَﻨﻳِﺪَﻤْﻟا ِ ﻲِﻬَﺘْﻨَﻴَﻓ ﻰَﻟِإ ﻦَﻋ ْ ﺢِﻟﺎَﺻ ٍ ﻦَﻋ ْ ﻦْﺑا ِ بﺎَﻬِﺷ ٍ ﻲِﻧَﺮَﺒْﺧَأ ﺪْﻴَﺒُﻋ ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻦْﺑ ُ ﺪْﺒَﻋ ِ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻦْﺑ ِ ﺔَﺒْﺘُﻋ َ نَأ َّ ﺎَﺑَأ ﺪﻴِﻌَﺳ ٍ يِرْﺪُﺨْﻟا َّ َلﺎَﻗ ﺎَﻨَﺛَّﺪَﺣ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ُﻪَّﻠﻟا Abu Said Al-Khudri RA, ia berkata: Suatu hari Rasulullah SAW pernah bercerita kepada kami suatu cerita panjang tentang Dajjal. Di antara yang beliau ceritakan kepada kami adalah: Ia akan datang tetapi ia diharamkan memasuki jalan-jalan Madinah, kemudian ia tiba di tanah lapang tandus yang berada di dekat Madinah. Lalu pada hari itu keluarlah seorang lelaki yang terbaik di antara manusia atau termasuk manusia terbaik menemuinya dan berkata: Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang telah diceritakan Rasulullah SAW kepada kami. Dajjal berkata: Bagaimana pendapat kalian jika aku membunuh orang ini lalu menghidupkannya lagi, apakah kamu masih meragukan perihalku? Mereka berkata: Tidak! Maka Dajjal membunuhnya lalu menghidupkannya kembali. Ketika telah dihidupkan, lelaki itu berkata: Demi Allah, aku sekarang lebih yakin tentang dirimu dari sebelumnya. Maka Dajjal itu hendak membunuhnya kembali, namun ia tidak kuasa melakukannya. Hadis riwayat Muslim َﻻ كُّﺮُﻀَﻳ َ لﺎَﻗ َ ﺖْﻠُﻗ ُ ﺎَﻳ لﻮُﺳَر َ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻢُﻬَّﻧِإ ْ نﻮُﻟﻮُﻘَﻳ َ نِإ َّ ﻪَﻌَﻣ ُ مﺎَﻌَّﻄﻟا َ رﺎَﻬْﻧَْﻷاَو َ لﺎَﻗ َ ﻮُﻫ َ نَﻮْﻫَأ ُ ﻰَﻠَﻋ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻦِﻣ ْ َﻚِﻟَذ ﻦَﻋ ْ ةَﺮﻴِﻐُﻤْﻟا ِ ﻦْﺑ ِ ﺔَﺒْﻌُﺷ َ َلﺎَﻗ ﺎَﻣ لَﺄَﺳ َ ﺪَﺣَأ ٌ ﻲِﺒَّﻨﻟا َّ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻦَﻋ ْ لﺎَّﺟَّﺪﻟا ِ ﺮَﺜْﻛَأ َ ﺎَّﻤِﻣ ﺖْﻟَﺄَﺳ ُ لﺎَﻗ َ ﺎَﻣَو ﻚُﺒِﺼْﻨُﻳ َ ﻪْﻨِﻣ ُ ُﻪَّﻧِإ Mughirah bin Syu`bah RA, ia berkata: Tidak ada seorang yang bertanya kepada Nabi SAW tentang Dajjal lebih banyak dari apa yang aku tanyakan. Beliau bersabda: Kenapa kamu bersusah-payah menanyakan hal itu? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, mereka mengatakan bahwa Dajjal itu membawa makanan dan sungai? Beliau menjawab: Perkaranya lebih ringan di hadapan Allah dari itu. Hadis riwayat Muslim ٍﻖِﻓﺎَﻨُﻣَو ﺲْﻴَﻟ َ ﻪَﻟ ُ ﻦِﻣ ْ ﺎَﻬِﺑﺎَﻘِﻧ ﺐْﻘَﻧ ٌ َّﻻِإ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﺔَﻜِﺋَﻼَﻤْﻟا ُ ﻦﻴِّﻓﺎَﺻ َ ﺎَﻬَﻧﻮُﺳُﺮْﺤَﻳ ﻢُﺛ َّ ﻒُﺟْﺮَﺗ ُ ﺔَﻨﻳِﺪَﻤْﻟا ُ ﺎَﻬِﻠْﻫَﺄِﺑ ثَﻼَﺛ َ تﺎَﻔَﺟَر ٍ جِﺮْﺨُﻴَﻓ ُ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻞُﻛ َّ ٍﺮِﻓﺎَﻛ ْﻦَﻋ ﺲَﻧَأ ُ ﻦْﺑ ُ ﻚِﻟﺎَﻣ ٍ ﻲِﺿَر َ ﻪَّﻠﻟا ُ ُﻪْﻨَﻋ ﻦَﻋ ْ ﻲِﺒَّﻨﻟا ِّ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ لﺎَﻗ َ ﺲْﻴَﻟ َ ﻦِﻣ ْ ﺪَﻠَﺑ ٍ َّﻻِإ هُﺆَﻄَﻴَﺳ ُ لﺎَّﺟَّﺪﻟا ُ َّﻻِإ ﺔَّﻜَﻣ َ َﺔَﻨﻳِﺪَﻤْﻟاَو Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. ﺲْﻴَﻟ َ رَﻮْﻋَﺄِﺑ هَرَﺬْﻧَأ ُ ﻪَﻣْﻮَﻗ ُ ﺪَﻘَﻟ ْ هَرَﺬْﻧَأ ُ حﻮُﻧ ٌ ﻪَﻣْﻮَﻗ ُ ﻦِﻜَﻟَو ْ لﻮُﻗَأ ُ ﻢُﻜَﻟ ْ ﻪﻴِﻓ ِ ًﻻْﻮَﻗ ﻢَﻟ ْ ﻪْﻠُﻘَﻳ ُ ﻲِﺒَﻧ ٌّ ﻪِﻣْﻮَﻘِﻟ ِ اﻮُﻤَّﻠَﻌَﺗ ﻪَّﻧَأ ُ رَﻮْﻋَأ ُ نَأَو َّ ﻪَّﻠﻟا َ كَرﺎَﺒَﺗ َ ﻰَﻟﺎَﻌَﺗَو ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻲِﻓ سﺎَّﻨﻟا ِ ﻰَﻨْﺛَﺄَﻓ ﻰَﻠَﻋ ﻪَّﻠﻟا ِ ﺎَﻤِﺑ ﻮُﻫ َ ﻪُﻠْﻫَأ ُ ﻢُﺛ َّ ﺮَﻛَذ َ لﺎَّﺟَّﺪﻟا َ لﺎَﻘَﻓ َ ﻲِّﻧِإ هﻮُﻤُﻛُرِﺬْﻧَُﻷ ُ ﺎَﻣ ﻦِﻣ ْ ﻲِﺒَﻧ ٍّ َّﻻِإ ْﺪَﻗَو رﺎَﺜَﻓ َ ﻦْﺑا ُ دﺎَّﻴَﺻ ٍ لﺎَﻘَﻓ َ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻮَﻟ ْ ﻪْﺘَﻛَﺮَﺗ ُ ﻦَّﻴَﺑ َ لﺎَﻗ َ ﻢِﻟﺎَﺳ ٌ لﺎَﻗ َ ﺪْﺒَﻋ ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻦْﺑ ُ ﺮَﻤُﻋ َ مﺎَﻘَﻓ َ لﻮُﺳَر ُ ِﻪَّﻠﻟا دﺎَّﻴَﺻ ٍ لﻮُﺳَر َ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻮُﻫَو َ ﻲِﻘَّﺘَﻳ عوُﺬُﺠِﺑ ِ ﻞْﺨَّﻨﻟا ِ ﺖَﻟﺎَﻘَﻓ ْ ﻦْﺑِﻻ ِ دﺎَّﻴَﺻ ٍ ﺎَﻳ فﺎَﺻ ِ ﻮُﻫَو َ ﻢْﺳا ُ ﻦْﺑا ِ دﺎَّﻴَﺻ ٍ اَﺬَﻫ ٌﺪَّﻤَﺤُﻣ هاَﺮَﻳ ُ ﻦْﺑا ُ دﺎَّﻴَﺻ ٍ هآَﺮَﻓ ُ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻮُﻫَو َ ﻊِﺠَﻄْﻀُﻣ ٌ ﻰَﻠَﻋ شاَﺮِﻓ ٍ ﻲِﻓ ﺔَﻔﻴِﻄَﻗ ٍ ﻪَﻟ ُ ﺎَﻬﻴِﻓ ﺔَﻣَﺰْﻣَز ٌ تَأَﺮَﻓ ْ مُأ ُّ ِﻦْﺑا ﻞَﺧَد َ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻞْﺨَّﻨﻟا َ ﻖِﻔَﻃ َ ﻲِﻘَّﺘَﻳ عوُﺬُﺠِﺑ ِ ﻞْﺨَّﻨﻟا ِ ﻮُﻫَو َ ﻞِﺘْﺨَﻳ ُ نَأ ْ ﻊَﻤْﺴَﻳ َ ﻦِﻣ ْ ﻦْﺑا ِ دﺎَّﻴَﺻ ٍ ﺎًﺌْﻴَﺷ ﻞْﺒَﻗ َ ْنَأ لﻮُﻘَﻳ ُ ﻖَﻠَﻄْﻧا َ ﺪْﻌَﺑ َ ﻚِﻟَذ َ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻲَﺑُأَو ُّ ﻦْﺑ ُ ﺐْﻌَﻛ ٍ يِرﺎَﺼْﻧَْﻷا ُّ ﻰَﻟِإ ﻞْﺨَّﻨﻟا ِ ﻲِﺘَّﻟا ﺎَﻬﻴِﻓ ﻦْﺑا ُ دﺎَّﻴَﺻ ٍ ﻰَّﺘَﺣ اَذِإ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ نِإ ْ ﻪْﻨُﻜَﻳ ُ ﻦَﻠَﻓ ْ ﻂَّﻠَﺴُﺗ َ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ نِإَو ْ ﻢَﻟ ْ ﻪْﻨُﻜَﻳ ُ َﻼَﻓ ﺮْﻴَﺧ َ ﻚَﻟ َ ﻲِﻓ ﻪِﻠْﺘَﻗ ِ لﺎَﻗَو َ ﻢِﻟﺎَﺳ ُ ﻦْﺑ ُ ﺪْﺒَﻋ ِ ﻪَّﻠﻟا ِ ﺖْﻌِﻤَﺳ ُ ﺪْﺒَﻋ َ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻦْﺑ َ َﺮَﻤُﻋ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﺄَﺴْﺧا ْ ﻦَﻠَﻓ ْ وُﺪْﻌَﺗ َ كَرْﺪَﻗ َ لﺎَﻘَﻓ َ ﺮَﻤُﻋ ُ ﻦْﺑ ُ بﺎَّﻄَﺨْﻟا ِ ﻲِﻧْرَذ ﺎَﻳ لﻮُﺳَر َ ﻪَّﻠﻟا ِ بِﺮْﺿَأ ْ ﻪَﻘُﻨُﻋ ُ لﺎَﻘَﻓ َ ﻪَﻟ ُ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ُﻪَّﻠﻟا لﺎَﻗ َ ﻪَﻟ ُ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻲِّﻧِإ ﺪَﻗ ْ تْﺄَﺒَﺧ ُ ﻚَﻟ َ ﺎًﺌﻴِﺒَﺧ لﺎَﻘَﻓ َ ﻦْﺑا ُ دﺎَّﻴَﺻ ٍ ﻮُﻫ َ خُّﺪﻟا ُّ لﺎَﻘَﻓ َ ﻪَﻟ ُ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ُﻪَّﻠﻟا ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ اَذﺎَﻣ ﻯَﺮَﺗ لﺎَﻗ َ ﻦْﺑا ُ دﺎَّﻴَﺻ ٍ ﻲِﻨﻴِﺗْﺄَﻳ قِدﺎَﺻ ٌ بِذﺎَﻛَو ٌ لﺎَﻘَﻓ َ ﻪَﻟ ُ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻂِّﻠُﺧ َ ﻚْﻴَﻠَﻋ َ ﺮْﻣَْﻷا ُ َّﻢُﺛ ﻲِّﻧَأ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻪَﻀَﻓَﺮَﻓ ُ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ لﺎَﻗَو َ ﺖْﻨَﻣآ ُ ﻪَّﻠﻟﺎِﺑ ِ ﻪِﻠُﺳُﺮِﺑَو ِ ﻢُﺛ َّ لﺎَﻗ َ ﻪَﻟ ُ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ُﻪَّﻠﻟا لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﺮَﻈَﻨَﻓ َ ﻪْﻴَﻟِإ ِ ﻦْﺑا ُ دﺎَّﻴَﺻ ٍ لﺎَﻘَﻓ َ ﺪَﻬْﺷَأ ُ ﻚَّﻧَأ َ لﻮُﺳَر ُ ﻦﻴِّﻴِّﻣُْﻷا َ لﺎَﻘَﻓ َ ﻦْﺑا ُ دﺎَّﻴَﺻ ٍ لﻮُﺳَﺮِﻟ ِ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ُﺪَﻬْﺸَﺗَأ ﻰَّﺘَﺣ بَﺮَﺿ َ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ هَﺮْﻬَﻇ ُ هِﺪَﻴِﺑ ِ ﻢُﺛ َّ لﺎَﻗ َ لﻮُﺳَر ُ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻦْﺑِﻻ ِ دﺎَّﻴَﺻ ٍ ﺪَﻬْﺸَﺗَأ ُ ﻲِّﻧَأ ﻲِﻓ ﻂْﻫَر ٍ ﻞَﺒِﻗ َ ﻦْﺑا ِ دﺎَّﻴَﺻ ٍ ﻰَّﺘَﺣ هَﺪَﺟَو ُ ﺐَﻌْﻠَﻳ ُ ﻊَﻣ َ نﺎَﻴْﺒِّﺼﻟا ِ ﺪْﻨِﻋ َ ﻢُﻃُأ ِ ﻲِﻨَﺑ ﺔَﻟﺎَﻐَﻣ َ ﺪَﻗَو ْ بَرﺎَﻗ َ ﻦْﺑا ُ دﺎَّﻴَﺻ ٍ ﺬِﺌَﻣْﻮَﻳ ٍ ﻢُﻠُﺤْﻟا َ ﻢَﻠَﻓ ْ ْﺮُﻌْﺸَﻳ ﻦَﻋ ْ ﻢِﻟﺎَﺳ ِ ﻦْﺑ ِ ﺪْﺒَﻋ ِ ﻪَّﻠﻟا ِ هَﺮَﺒْﺧَأ ُ نَأ َّ ﺪْﺒَﻋ َ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻦْﺑ َ ﺮَﻤُﻋ َ ُهَﺮَﺒْﺧَأ نَأ َّ ﺮَﻤُﻋ َ ﻦْﺑ َ بﺎَّﻄَﺨْﻟا ِ ﻖَﻠَﻄْﻧا َ ﻊَﻣ َ لﻮُﺳَر ِ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ َﻢَّﻠَﺳَو Dari Salim bin Abdullah, beliau telah diberitahu oleh Abdullah bin Umar RA: Bahwa Umar bin Khathab pergi bersama Rasulullah SAW dalam suatu rombongan menuju tempat Ibnu Shayyad dan menjumpainya sedang bermain dengan anak-anak kecil di dekat gedung Bani Maghalah, sedangkan pada waktu itu Ibnu Shayyad sudah mendekati usia baligh. Ia tidak merasa kalau ada Nabi SAW sehingga beliau menepuk punggungnya lalu Nabi berkata kepada Ibnu Shayyad: Apakah kamu bersaksi bahwa aku ini utusan Allah? Ibnu Shayyad memandang beliau lalu berkata: Aku bersaksi bahwa engkau adalah utusan orang-orang yang buta huruf. Lalu Ibnu Shayyad balik bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah engkau bersaksi bahwa aku utusan Allah? Beliau menolaknya dan bersabda: Aku beriman kepada Allah dan para rasul-Nya. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya: Apa yang kamu lihat? Ibnu Shayyad berkata: Aku didatangi orang yang jujur dan pendusta. Maka Rasulullah SAW bersabda: Perkara ini telah menjadi kabur bagimu. Lalu Rasulullah melanjutkan: Aku menyembunyikan sesuatu untukmu. Ibnu Shayyad berkata: Asap. Beliau bersabda: Pergilah kau orang yang hina! Kamu tidak akan melewati derajatmu! Umar bin Khathab berkata: Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal lehernya! Beliau bersabda: Kalau dia Dajjal, dia tidak akan dapat dikalahkan, kalau bukan maka tidak ada baiknya kamu membunuh dia. Salim bin Abdullah berkata: Aku mendengar Abdullah bin Umar berkata: Sesudah demikian, Rasulullah dan Ubay bin Kaab Al-Anshari pergi menuju ke kebun kurma di mana terdapat Ibnu Shayyad. Setelah masuk ke kebun beliau segera berlindung di balik batang pohon kurma mencari kelengahan untuk mendengarkan sesuatu yang dikatakan Ibnu Shayyad sebelum Ibnu Shayyad melihat beliau. Maka Rasulullah SAW dapat melihat ia sedang berbaring di atas tikar kasar sambil mengeluarkan suara yang tidak dapat dipahami. Tiba-tiba ibu Ibnu Shayyad melihat Rasulullah SAW yang sedang bersembunyi di balik batang pohon kurma lalu menyapa Ibnu Shayyad: Hai Shaaf, (nama panggilan Ibnu Shayyad), ini ada Muhammad! Lalu bangunlah Ibnu Shayyad. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Seandainya ibunya membiarkannya, maka akan jelaslah perkara dia. Diceritakan oleh Salim, bahwa Abdullah bin Umar berkata: Maka Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah orang banyak lalu memuji Allah dengan apa yang layak bagi-Nya kemudian menyebut Dajjal seraya bersabda: Sungguh aku peringatkan kamu darinya dan tiada seorang nabi pun kecuali pasti memperingatkan kaumnya dari Dajjal tersebut. Nabi Nuh as. telah memperingatkan kaumnya, tetapi aku terangkan kepadamu sesuatu yang belum pernah diterangkan nabi-nabi kepada kaumnya. Ketahuilah, Dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan Allah Maha Suci lagi Maha Luhur tidak buta. Hadis riwayat Muslim لﺎَﻗ َ ﻲِﻟ ﻲِﻓ ﺮِﺧآ ِ ﻪِﻟْﻮَﻗ ِ ﺎَﻣَأ ﻪَّﻠﻟاَو ِ ﻲِّﻧِإ ﻢَﻠْﻋََﻷ ُ هَﺪِﻟْﻮَﻣ ُ ﻪَﻧﺎَﻜَﻣَو ُ ﻦْﻳَأَو َ ﻮُﻫ َ لﺎَﻗ َ ﻲِﻨَﺴَﺒَﻠَﻓ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ لﻮُﻘَﻳ ُ َﻻ ﻞُﺧْﺪَﻳ ُ ﺔَﻨﻳِﺪَﻤْﻟا َ َﻻَو ﺔَّﻜَﻣ َ ﺖْﻠُﻗ ُ ﻰَﻠَﺑ لﺎَﻗ َ ﺪَﻘَﻓ ْ تْﺪِﻟُو ُ ﺔَﻨﻳِﺪَﻤْﻟﺎِﺑ ِ اَﺬَﻫَو ﺎَﻧَأ ﺪﻳِرُأ ُ ﺔَّﻜَﻣ َ لﺎَﻗ َ َّﻢُﺛ ﺖْﻌِﻤَﺳ َ لﻮُﺳَر َ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ لﻮُﻘَﻳ ُ ﻪَّﻧِإ ُ َﻻ ﺪَﻟﻮُﻳ ُ ﻪَﻟ ُ لﺎَﻗ َ ﺖْﻠُﻗ ُ ﻰَﻠَﺑ لﺎَﻗ َ ﺪَﻘَﻓ ْ ﺪِﻟُو َ ﻲِﻟ ﺲْﻴَﻟَوَأ َ ﺖْﻌِﻤَﺳ َ َلﻮُﺳَر ﻦَﻋ ْ ﻲِﺑَأ ﺪﻴِﻌَﺳ ٍ يِرْﺪُﺨْﻟا ِّ َلﺎَﻗ ﺖْﺒِﺤَﺻ ُ ﻦْﺑا َ ﺪِﺋﺎَﺻ ٍ ﻰَﻟِإ ﺔَّﻜَﻣ َ لﺎَﻘَﻓ َ ﻲِﻟ ﺎَﻣَأ ﺪَﻗ ْ ﺖﻴِﻘَﻟ ُ ﻦِﻣ ْ سﺎَّﻨﻟا ِ نﻮُﻤُﻋْﺰَﻳ َ ﻲِّﻧَأ لﺎَّﺟَّﺪﻟا ُ َﺖْﺴَﻟَأ Dari Abu Said Al-Khudri RA, ia berkata: Aku menemani Ibnu Shaid pergi ke Mekah, ia berkata kepadaku: Aku telah bertemu dengan beberapa orang yang menganggap bahwa aku adalah seorang Dajjal. Apakah kamu pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Dajjal itu tidak mempunyai anak. Aku jawab: Ya! Ia berkata lagi: Dan aku telah mempunyai anak. Bukankah kamu telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Dajjal itu tidak akan memasuki Madinah dan Mekah. Aku menjawab: Ya! Ia berkata lagi: Dan aku telah dilahirkan di Madinah dan sekarang aku sedang menuju ke Mekah. Kemudian di akhir pertanyaannya dia berkata kepadaku: Demi Allah, sesungguhnya aku tahu waktu kelahirannya, tempatnya dan di mana dia. Ia berkata: Ia telah mengaburkanku tentang perkara itu. Hadis riwayat Muslim ﺮَﻤُﻋ َ ﻒِﻠْﺤَﻳ ُ ﻰَﻠَﻋ ﻚِﻟَذ َ ﺪْﻨِﻋ َ ﻲِﺒَّﻨﻟا ِّ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ ﻢَﻠَﻓ ْ هْﺮِﻜْﻨُﻳ ُ ﻲِﺒَّﻨﻟا ُّ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ َﻢَّﻠَﺳَو ﻦَﻋ ْ ﺪَّﻤَﺤُﻣ ِ ﻦْﺑ ِ رِﺪَﻜْﻨُﻤْﻟا ِ لﺎَﻗ َ ﺖْﻳَأَر ُ ﺮِﺑﺎَﺟ َ ﻦْﺑ َ ﺪْﺒَﻋ ِ ﻪَّﻠﻟا ِ ﻒِﻠْﺤَﻳ ُ ﻪَّﻠﻟﺎِﺑ ِ نَأ َّ ﻦْﺑا َ ﺪِﺋﺎَﺻ ٍ لﺎَّﺟَّﺪﻟا ُ ﺖْﻠُﻘَﻓ ُ ﻒِﻠْﺤَﺗَأ ُ ﻪَّﻠﻟﺎِﺑ ِ لﺎَﻗ َ ﻲِّﻧِإ ُﺖْﻌِﻤَﺳ Dari Muhammad Al-Munkadir ia berkata: Aku melihat Jabir bin Abdullah bersumpah demi Allah bahwa Ibnu Shaid adalah seorang Dajjal, maka aku bertanya: Kenapa kamu bersumpah demi Allah? Dia menjawab: Aku mendengar Umar bersumpah tentang hal itu di hadapan Nabi SAW dan beliau tidak mengingkarinya. Hadis riwayat Muslim ﻢُﻋْﺰَﻳ ُ ﻪَّﻧَأ ُ لﻮُﺳَر ُ ِﻪَّﻠﻟا ﻦَﻋ ْ ﻲِﺑَأ ةَﺮْﻳَﺮُﻫ َ ﻦَﻋ ْ ﻲِﺒَّﻨﻟا ِّ ﻰَّﻠَﺻ ﻪَّﻠﻟا ُ ﻪْﻴَﻠَﻋ ِ ﻢَّﻠَﺳَو َ لﺎَﻗ َ َﻻ مﻮُﻘَﺗ ُ ﺔَﻋﺎَّﺴﻟا ُ ﻰَّﺘَﺣ ﺚَﻌْﺒُﻳ َ نﻮُﻟﺎَّﺟَد َ نﻮُﺑاَّﺬَﻛ َ ﺐﻳِﺮَﻗ ٌ ﻦِﻣ ْ ﻦﻴِﺛَﻼَﺛ َ ْﻢُﻬُّﻠُﻛ Dari Abu Hurairah RA: Dari Nabi SAW, beliau bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum dibangkitkan dajjal-dajjal pendusta yang berjumlah sekitar tiga puluh, semuanya mengaku bahwa ia adalah utusan Allah. Hadis riwayat Muslim

Sumber: http://tayibah.com/eIslam/dajjal3.htm