Menjadi pakar. Semua orang ingin menjadi pakar. Sebabnya menjadi seorang yang pakar dalam sesuatu bidang bermaksudnya kita akan dibayar lebih. Contohnya bayangkan kita adalah pakar dalam hartanah. Sudah tentu bila kita dipanggil untuk meberikan ceramah atau berkongsi ilmu kita kebiasaaannya akan dibayar tinggi.
Selain itu, menjadi pakar adalah wajib jika kita terlibat dalam sesuatu bidang. Tidak mungkin kita akan dipanggil berceramah jika kita sekadar orang biasa sahaja dalam bidang tersebut. Maksudnya cuba tanya pada diri adakah kita akan memanggil Ustaz Azhar Idrus jika dirinya tidak mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang agama seharian.
Tentu tidak bukan! Kita memanggilnya kerana kita tahu beliau mampu memberi ilmu kerana sememangya beliau hebat dalam bidang itu.Begitu juga dengan doktor pakar. Apabila kita sakit, sudah tentu kita ingin dapatkan khidmat pakar. Kerana kita mahu diberi rawatan terbaik. Kita sangup bayar lebih.
Persoalannya bagaimana untuk menjadi pakar? Adakah ianya sukar? Jawapannya terletak pada prinsip Zulu. Apakah itu prinsip Zulu? Alamak, kita tunggu post blog seterusnya.