Isnin, 30 April 2012

Mensyukuri nikmat Allah s.w.t

PADA zaman Saidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Kaabah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit.” Doa beliau didengar Saidina Umar yang melakukan tawaf di Baitullah.

Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda itu. Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa, apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?”

Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf, ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur.”

Pelbagai nikmat dianugerahkan Allah SWT terhadap hamba-Nya. Keseluruhan nikmat dikurniakan perlu ada bukti yang memperlihatkan kesyukuran. Bukti mensyukuri nikmat harta adalah apabila seseorang hamba itu membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT

Pemuda itu menjelaskan, beliau memohon supaya Allah memasukkannya dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu.”

Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran dan nikmat dianugerahkan Allah SWT. Syukur bukan hanya meliputi perkara nikmat, kita juga perlu bersyukur apabila terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana.

Pelbagai nikmat dianugerahkan Allah SWT terhadap hamba-Nya. Keseluruhan nikmat dikurniakan perlu ada bukti yang memperlihatkan kesyukuran. Bukti mensyukuri nikmat harta adalah apabila seseorang hamba itu membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT.

Bukti mensyukuri nikmat kekuasaan diperoleh oleh pemimpin adalah menjadi pemimpin yang adil dan berusaha sekuat tenaga memberikan kesejahteraan kepada orang dipimpinnya. Bukti mensyukuri nikmat ilmu adalah mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.

Begitulah bukti mensyukuri nikmat yang lain dengan menggunakannya kepada jalan Allah SWT. Banyak pengajaran ditunjukkan oleh Allah mengenai mereka yang diazab kerana tidak mensyukuri nikmat-Nya.

Antaranya, Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya kerana kufur terhadap nikmat kekuasaan. Qarun ditenggelamkan ke dalam perut bumi bersama harta bendanya kerana kufur terhadap nikmat harta. Hamman diseksa kerana kufur nikmat kecerdikan Allah SWT berikan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat itu kepada kaum yang lain pula.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

Berdasarkan peristiwa dirakamkan dalam al-Quran, ia membuktikan nikmat Allah SWT yang tidak disyukuri akan dimusnahkan mengikut kadar kekufurannya. Sesungguhnya sangat banyak nikmat yang Allah kurniakan tanpa kita sedari.

Allah menyatakan, jika kita cuba menghitung nikmat dikurniakan kepada kita, nescaya tidak dapat dihitung dan terhitung. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Mereka yang tidak bersyukur dengan nikmat dikurniakan Allah, sedikit atau banyak, mereka itu masih jauh dengan rahmat Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Bersyukur hendaklah diterjemahkan dalam seluruh amalan kehidupan seharian. Orang yang bersyukur pasti ibadahnya bertambah, seluruh hidupnya mengarah kepada tuntutan ibadah diperintahkan Allah SWT.

Kerap kali kita memikirkan sesuatu yang telah hilang sehingga lupa mensyukuri apa yang ada di depan. Kita merasa sedih kerana kekurangan material padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan.

Oleh itu, renungkanlah supaya kita sentiasa bersyukur dan janganlah kita termasuk golongan mereka yang ingkar. Firman Allah yang bermaksud: “Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.” (Surah an-Nahl, ayat 83)

Justeru, sentiasalah bersyukur kepada Allah SWT tanpa bertangguh-tangguh. Jika kita menerima nikmat Allah keseluruhannya wajiblah kita menerima Islam keseluruhannya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang menghayati dan bersyukur dengan pemberian Allah SWT.

Ahad, 29 April 2012

Hak yang wajib ditunaikan terhadap anak


Fiqh Munakahat
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian adik Nurul Nadirah atau Dirang yang hilang dan didapati mati dibunuh dan mayatnya dibakar.Manusia pada hari ini telah menjadi lebih kejam dan semakin hilang sifat perikemanusiaan sehingga sanggup melakukan perbuatan tersebut.

Jika dilihatkan anak merupakan penyeri dan pelengkap kepada kehidupan rumah tangga. Apabila ada pasangan yang berkahwin, perkara pertama yang akan ditanya selepas tamat masa bulan madu ialah: “Dah ada apa-apa?” atau: “Isteri dah mula mengidam?” Dan pelbagai soalan berkaitan menimang cahaya mata.

Namun tidak dapat dinafikan, jodoh pertemuan dan anak adalah milik Allah. Ada seorang rakan yang sudah lama berkahwin, tetapi belum mendapat anak, akhirnya merasa malu ke majlis keramaian kerana tidak larat menjawab soalan mengenai anak.

Kedua-duanya sihat dan hanya memberikan jawapan: “belum rezeki.” Di kalangan orang lelaki pula soalan seperti itu sering mencabar kelakian dan seolah-oleh dia tidak mampu mendapat zuriat dan tidak cukup lelaki.

Apa yang jelas, setiap pasangan yang telah berkahwin inginkan cahaya mata. Jarang sekali kita dengar pasangan yang tidak mahukan anak. Namun di dunia yang serba moden ini ada juga pasangan berkahwin, tidak mahukan anak.

Pasangan ini bercinta sebelum berkahwin dan sebulan selepas bernikah, Allah takdirkan isterinya mengandung.

Suami tidak begitu ghairah dengan berita itu namun tenang melalui proses isterinya mengandung hingga melahirkan. Isteri terlalu gembira sehinggakan dia tidak perasan suami tidak gembira. Isteri pula terlalu menumpu perhatian kepada orang baru hingga terabai tanggungjawabnya kepada suami.

Bayi kecil mana yang tidak kuat menangis. Suami merasa ‘terganggu’ dengan ‘kebisingan’ suara anaknya. Akhirnya, sebelum genap dua tahun umur perkahwinan, suami melafaz talak. Alasannya, dia rimas dengan suasana beranak kecil. Aduhai ayah, ingatlah, anak itu dugaan Allah buatmu.

Kes di atas adalah antara beribu kes yang mana pasangan muda belum bersedia menimang cahaya mata tetapi ramai yang akur bahawa anak itu rezeki yang Allah janjikan dan kuasa Allah sepenuhnya.

Tentunya Allah Maha mengetahui sama ada satu pasangan itu telah bersedia menimang cahaya mata atau sebaliknya. Dengan kehadiran ‘orang baru’ tentunya hubungan dengan pasangan akan melalui proses perubahan dan anak adalah tanggungjawab tambahan kepada pasangan, terutama suami.

Hak anak

Sebagai anak, mereka mempunyai hak-hak yang Allah telah janjikan kepadanya yang wajib digalas oleh ibu dan bapa. Apakah hak anak yang pertama dan utama? Jawapannya ialah mendapat nasab yang sah dan mengetahui siapa ayah ibunya. Ini selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang memperuntukan bahawa adalah menjadi hak seorang kanak-kanak mengetahui asal usulnya dan kewarganegaraannya.

Islam amat mementingkan keturunan yang sah. Melalui nasab yang sah barulah seseorang mempunyai hak-hak yang lain. Tentunya nasab yang sah hanya boleh diperoleh melalui pernikahan yang sah.

Jika ibu bapa seorang anak tidak bernikah semasa anak dikandung dan dilahirkan, maka bayi yang lahir itu adalah anak yang tidak sah taraf. Anak yang tak sah taraf tiada hubungan dengan bapa biologinya.

Orang yang berhak dan ada tanggungjawab terhadapnya hanyalah ibu.

Jika anak itu sah taraf, maka bapanya bertanggungjawab menafkah, mendidik dan jika anak perempuan, menjadi wali. Tentunya jika anak mempunyai nasab yang sah maka ia juga mempunyai hak untuk hidup.

Ini bermakna, walaupun tidak sah taraf, ia tidak boleh dibunuh atau dihalang daripada dilahirkan.

Anak dilahirkan bersih dan suci. Sabda Nabi: Setiap anak itu dilahirkan dalam fitrah (bersih) maka kedua ibu bapa lah yang akan menentukan agamanya, sama ada Yahudi, Kristian mahupun Majusi. (riwayat Bukhari). Ini juga ditegaskan dalam surah al-Isra’ ayat 31. Seterusnya dalam satu hadis Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Nabi: “Kamu mensyirikan Allah dengan menyeru Tuhan yang lain sedangkan Allah mencipta kamu.” Dia bertanya lagi dosa apa selepas itu. Nabi menjawab: “Kamu membunuh anak kamu kerana takut dia makan bersama kamu. (riwayat Bukhari)

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa anak sebaik sahaja ia terbentuk dalam rahim ibunya, berhak untuk dilahirkan dan hidup sebagai manusia. Adalah dosa besar cuba menggugurkan kandungan atau membunuh anak yang telah lahir hanya kerana ia tidak dikehendaki.

Di bawah undang-undang sivil, seseorang yang cuba menggugurkan kandungan atau menggugurkan kandungan boleh disabitkan di bawah Kanun Keseksaan dan dihukum penjara antara tiga ke tujuh tahun. Itu hukuman dunia, akhirat pun akan

Sabtu, 28 April 2012

Balasan bagi golongan yang tidak tahu bersyukur


ADA empat kategori manusia di akhirat iaitu orang yang berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat, orang yang tidak berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat, orang yang tidak berjaya di dunia dan berjaya di akhirat dan orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Mungkin ramai yang terpedaya dan hanyut ketika hidup di dunia. Hanyut dalam kelalaian dan kemewahan. Itu yang ditakuti Rasulullah SAW iaitu Baginda Rasul takut umatnya diuji dengan kemewahan. Sebab itu dalam apa juga keadaan, sama ada mewah atau susah kita hendaklah bersyukur kepada Allah.

Negara kita diizinkan Allah untuk menikmati keamanan, keharmonian, hasil ekonomi dan kestabilan politik yang begitu lama. Tidak ada lafaz yang mengesankan melainkan rasa syukur dan terus bersyukur atas nikmat yang diberikan-Nya.

Persoalannya, adakah kita benar-benar bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah? Malah kita perlu merasa bimbang dan takut, setelah sekian banyak menikmati rezeki kurniaan Allah yang kita gunakan sekiranya kita tidak tergolong di kalangan hamba-hamba yang bersyukur.

Allah memberi amaran keras terhadap mereka yang tidak tahu bersyukur atau tidak mahu bersyukur, dengan amaran azab yang dijanjikan. Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kaum terdahulu supaya menjadi pengajaran kepada kita.

Kaum Ad, umat Nabi Hud diberi tanah yang subur untuk dijadikan ladang pertanian. Rezeki mereka melimpah ruah, tetapi kerana tidak bersyukur dan bertindak melampaui batas, Allah menurunkan angin puting beliung yang memusnahkan kampung dan harta benda mereka. Kaum Thamud, umat Nabi Saleh dianugerahkan kekayaan dan kemewahan hidup, tetapi kekayaan menjadikan mereka bangga dan menyombong diri. Mereka tetap tidak bersyukur dan tidak beriman kepada Allah. Akhirnya Allah menurunkan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat menyebabkan kaum itu mati bergelimpangan.

Kaum Lut di Sodom pula diberikan Allah kehidupan yang sangat mewah. Kemewahan ini juga menyebabkan mereka lupa peringatan Allah dengan bertindak keterlaluan iaitu melakukan hubungan sejenis. Bumi kaum Nabi Lut diterbalikkan dan penempatan mereka musnah ditimpa hujan batu berapi.

Begitu juga dengan kisah kaum Nabi Syuib dikenali sebagai Madyan. Mereka bermewah hasil daripada perniagaan yang menjadi budaya hidup tetapi terkenal dengan sikap menipu dalam timbangan dan sukatan. Mereka ingkar amaran Allah dan akhirnya mati dalam gempa bumi yang dahsyat. Kaum Nabi Nuh juga tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Sebaliknya segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Nuh menjadi ejekan mereka. Mereka ingkar dan enggan menurut apa yang diajarkan oleh Nabi Nuh, termasuk anak dan isterinya. Akhirnya Allah menurunkan banjir besar dan kaum itu lenyap dari muka bumi.

Sesungguhnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia tidak terhitung banyaknya termasuk nikmat kesihatan. Apabila badan dan akal fikiran seseorang mukmin sihat, maka kehidupan mereka akan bahagia dan sejahtera. Mereka akan bekerja dan berusaha dengan penuh semangat, lebih berdaya saing serta hasilnya akan terus meningkat. Pembinaan sahsiah, pengukuhan kualiti insan dan kerohanian, perlu ditunjangi dengan akidah dan keimanan kepada Allah SWT.

Selain daripada keimanan yang boleh menjadi benteng kukuh, pembinaan sahsiah atau peribadi seseorang itu, perlu dihiasi dengan akhlak atau sifat terpuji seperti sabar, reda, merendah diri dan sebagainya.

Namun hakikatnya manusia mudah lupa dan senang alpa dengan nikmat yang diberikan Allah untuk menguji sejauh mana keimanan manusia. Sejarah Bani Israel boleh dijadikan bandingan walaupun pernah menjadi bangsa yang dimuliakan Allah. Namun kerana terlalu leka dan lalai dengan nikmat yang Allah kurniakan, mereka bertindak melampaui batas yang Allah tetapkan.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat. (Surah Al-Baqarah, ayat 47).

Mereka, yakni puak Yahudi dan Nasrani ini telah hanyut dengan nikmat Allah sehingga mereka lupa diri dan menjadi sombong dan angkuh. Daripada Abu Sa’id Al-Khudri berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi SAW menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sepatutnya kita menerima nikmat dan pemberian Allah dengan penuh syukur di sebalik kegembiraan yang terpancar itu. Allah mengurniakan nikmat keamanan, nikmat kesenangan, nikmat ekonomi yang melimpah, terhindar daripada bala bencana gempa bumi, banjir, puting beliung dan kemarau dan banyak lagi. Sedangkan Allah tidak pernah lalai daripada mengingati kita. Allah sering memperingati kita atas kelalaian kita mengingati limpah kurnia-Nya. Allah teramat mengasihi dan menyayangi kita lalu diberikan peringatan sebelum terlambat.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?” (Surah Fathir, ayat 3)

Antara wasiat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Muadz bin Jabal: “Aku berwasiat kepadamu wahai Muaz, janganlah engkau meninggalkan doa setelah solat dengan doa: “Ya Allah berilah pertolongan kepadaku untuk sentiasa mengingatimu (zikir), dan mensyukurimu (syukur), serta beribadah dengan baik kepadamu.”( Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan An-Nasai’e)

Syukur kepada Allah bererti kita mengingat segala nikmat yang telah kita terima daripada Allah SWT dan menampakkan-Nya (tidak melupakan-Nya), manakala lawan bagi syukur ialah kufur, yakni melupakan nikmat Allah dengan menutup akan nikmat itu. Syukur sangatlah mudah untuk diucapkan tetapi berat untuk diamalkan. Begitulah apa yang berlaku kepada kaum Saba yang pernah mencapai puncak kegemilangannya.

Firman Allah Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’, ayat 13).

Jumaat, 27 April 2012

Indahnya Ukhwah Melalui Islam

Islam adalah agama yang mementingkan persaudaraan kerana ia menjadi pemangkin ke arah kekuatan, kejayaan dan kecemerlangan. Antara ciri persaudaraan ialah saling membela, yakni membantu dan mempertahankan hak orang Islam lain.

Orang Islam yang tidak mempedulikan nasib saudaranya yang lain dianggap sebagai tidak sempurna imannya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang dalam kalangan kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Prinsip persaudaraan yang kukuh semata-mata kerana patuh kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah faktor kepada kegemilangan umat Islam pada zaman Rasulullah SAW dan empayar Islam selepas itu. Malangnya, sikap membela sesama umat Islam kini di lihat semakin lemah. Faktor ini menjadi punca mengapa umat Islam dalam keadaan lemah dan menjadi mangsa kekejaman musuh Islam. Umat Islam dilihat lebih suka menyokong atau berdamping dengan kuasa bukan Islam semata-mata untuk kepentingan diri.

Muslim sejati tidak akan membiarkan saudaranya dihina dan disiksa. Penderitaan ditanggung saudara muslim diibaratkan turut ditanggung oleh dirinya. Maka, muslim sejati tidak akan membiarkan saudaranya menghadapi bahaya sendirian melainkan wajib baginya membela mengikut kemampuannya.

Pihak yang memerangi muslim wajib diperangi atau ditentang. Islam membenarkan tindakan berperang untuk melindungi keselamatan dan hak. Musuh muslim adalah juga menjadi musuh kepada seluruh muslim lain.

Ironinya, ada muslim yang berikrar akan melindungi musuh nyata yang sekian lama bertindak kejam terhadap umat Islam seperti kekejaman rejim Zionis Israel terhadap umat Islam Palestin. Individu yang berada di pihak musuh muslim, maka dia juga adalah sebahagian daripada musuh seluruh muslim yang mesti ditentang. Ini kerana, Islam menyuruh menolong ke arah kebaikan, bukan mendatangkan keburukan.

Firman Allah bermaksud: “Dan sentiasalah tolong menolong dalam kebaikan dan yang mendorong kepada takwa serta jangan tolong menolong dalam perkara membawa dosa serta permusuhan.” (Surah al-Maidah, ayat 3).

Soalnya, mengapa ada orang Islam termasuk yang bergelar pemimpin sanggup menyokong musuh Islam? Perkara ini tidak harus berlaku jika umat Islam memahami ajaran Islam. Jangan gadaikan maruah dan kepentingan Islam semata-mata untuk mendapat sedikit pertolongan daripada musuh untuk kepentingan peribadi.

Sesungguhnya bantuan yang dihulurkan itu sudah tentu satu jerat yang akan membinasakan diri sendiri dan agama. Persaudaraan muslim tidak dibatasi bangsa dan sempadan geografi. Maka, setiap muslim perlu membantu muslim lain walaupun berlainan bangsa dan berada jauh di negara lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai umat manusia. Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan.” (Surah al-Hujrat, ayat 13).

Setiap muslim perlu menunjukkan kesungguhan untuk membantu muslim lain yang ditimpa bencana atau dizalimi. Apa yang dilakukan itu tidak sia-sia dan mendapat balasan kebaikan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya bantuan yang dihulurkan adalah jalan yang membawa kepada dimurahkan rezeki.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya kalian hanya akan dibantu dan diberikan rezeki oleh Allah jika kalian semua membela orang yang lemah.” (Riwayat Bukhari)

Ingatlah, kekuatan muslim tidak hanya melalui kelompok atau kumpulan tertentu saja. Kekuatan muslim perlu dibina secara keseluruhan kerana ia saling memperkuatkan antara satu sama lain.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ibarat seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seumpama sebuah binaan yang terdiri daripada bahan binaan yang saling sokong menyokong, lengkap melengkapi antara satu sama lain hingga terciptanya sebuah binaan yang tersergam kukuh.” (Riwayat Bukhari).

Khamis, 26 April 2012

Sentiasalah memperbaharui iman kita


Kekuatan iman yang bertapak dalam jiwa sanubari Muslim ada pasang surutnya atau naik turunnya kerana alam semesta ciptaan Ilahi ini terhampar pelbagai cabaran serta ujian sama ada kenikmatan mahupun kesusahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Iman  itu kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun, maka hendaklah kamu perbaharui iman kamu dengan kalimah La Ilaha illallah.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Sabda Baginda lagi yang bermaksud: “Iman seseorang boleh menjadi usang dan lusuh seperti usang dan lusuhnya sehelai pakaian. Maka hendaklah kamu memohon ke hadrat Allah supaya memperbaharui iman kamu yang ada dalam hatimu.” (Hadis riwayat Tabrani dan Hakim)

Rasulullah SAW tidak mengingkari keadaan iman yang sentiasa berubah dan disebabkan itu Baginda memberi galakkan kepada umatnya untuk selalu memperbaharui iman serta memeliharanya dengan baik supaya iman tidak jatuh merudum yang akhirnya mengundang kemurkaan Ilahi.

Keadaan iman yang menurun seperti itu membuka jalan kepada seseorang untuk berbuat dosa dan berani melakukan larangan Allah SWT. Nasihat dan pesanan Rasulullah SAW diberi perhatian oleh sahabat kerana mereka mengakui dan mengalami pasang surut iman.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata kepada sahabatnya yang lain: “Marilah kita perbaharui iman kita.” Pada ketika yang lain, Muaz Jabal berkata: “Marilah duduk bersama kami untuk kita beriman sesaat.”

Perkataan Muaz itu bukan menunjukkan mereka tidak beriman sebaliknya dia mengajak sahabatnya bersama meningkatkan keimanan selepas seharian disibukkan dengan pelbagai urusan dunia yang ada kala menyebabkan kita lalai dan leka seketika pada keadaan iman.

Maksud memperbaharui iman ialah menilai dan menghidupkan kembali kefahaman dan amalan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah kerana kefahaman atau amalan umat Islam boleh jadi terpesong daripada landasan Islam sehingga menuntut pembaharuan kefahaman sebenar.

Dalam erti kata lain, memperbaharui iman adalah amalan penting dilakukan khususnya umat Islam mutakhir ini yang berdepan dengan pelbagai dugaan hebat seperti cabaran globalisasi serta kecanggihan media massa.

Iman bagi Muslim ibarat enjin kereta, jika baik jagaannya, maka lancar pemanduannya. Jika baik iman seseorang Muslim itu dan sentiasa digilap akan baiklah tingkah laku serta keperibadiannya yang menjurus ke arah melakukan ketaatan, menjauhi larangan Ilahi.

Jelas, memperbaharui iman penting kerana iman boleh bertambah dan berkurang. Proses memperbaharui iman dapat dilakukan dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti ibadat kepada Allah SWT di samping memperbanyakkan amal kebajikan sesama manusia.

Selanjutnya, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya memperbanyakkan ucapan La Ilaha illallah sebagai usaha memperbaharui iman. Walaupun tidak memadai sekadar menggerakkan bibir sebaliknya perlu dihayati serta diyakini dalam hati untuk mendapatkan kesan diharapkan.

Memperbanyakkan ucapan zikir membuktikan keteguhan hati melakukan segala-galanya kerana Allah dalam persoalan ibadat, hubungan keluarga, makanan, minuman, akhlak, ekonomi, pendidikan dan lain-lain aspek kehidupan sejagat.

Setiap amalan dilakukan perlu didasari asas tauhid kepada Allah kerana ucapan mempunyai kaitan rapat dengan amalan seperti firman Allah yang bermaksud: “Amat besarlah kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (Surah al-Saff, ayat 3)

Menuntut ilmu juga adalah amalan menambahkan keimanan kerana ilmu boleh mendekatkan seseorang kepada Allah SWT di samping dapat mengenal Allah dengan lebih mendalam. Begitu juga amalan membaca, menelaah dan bertadabur al-Quran.Marilah bersama kita memperbaharui dan mempertingkatkan keimanan kepada Allah. Perbuatan maksiat berpunca daripada kurangnya iman seseorang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jika seseorang Muslim berbuat dosa, maka akan terjadilah dalam hatinya satu titik hitam. Jika dia bertaubat dan meninggalkan perbuatan itu, maka bersihlah kembali hatinya itu. Sebaliknya jika dia tidak bertaubat dan terus melakukan dosa, maka akan bertambahlah titik hitam itu sehingga tertutuplah hatinya. Itu al-Ran disebut dalam al-Quran.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Rabu, 25 April 2012

Rezeki Bagi Yang Beriman


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (Surah al-A‘raf ayat 96)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Talaq ayat 2-3)

Kedua-dua ayat ini menerangkan mengenai janji Allah SWT menambahkan lagi rezeki kepada orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Sumber alam akan tumbuh, berkembang serta semakin bertambah-tambah jika penggunanya beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Rezeki yang bertambah dari Allah SWT inilah dikatakan rezeki yang barakah (berkat). Al-Raghib al-Asfahaniy dalam al-Mufaradat fi Gharib al-Qur’an menyatakan barakah bermaksud berkembang dan bertambah.

Kunci utama untuk mendapatkan rezeki barakah dari Allah SWT ialah iman dan takwa. Keimanan kepada Allah SWT adalah kebebasan daripada memperhambakan diri kepada hawa nafsu dan sesama manusia manakala ketakwaan ialah melakukan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Sebenarnya ketakwaan dapat mengawal segala kegiatan manusia supaya tidak melakukan tindakan keterlaluan, liar, menyeleweng, sombong dan angkuh. Bukan setakat itu, malah orang bertakwa akan dikurniakan tambahan rezeki oleh Allah SWT tanpa disedari dan diketahui.

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, ‘Awf bin Malik al-Asyja‘iy datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Anakku ditangkap musuh, manakala ibunya sangat sedih dan gelisah. Apakah perintah Tuan ke atasku? Rasulullah SAW bersabda: “Aku perintahkan supaya engkau dan isterimu memperbanyakkan mengucap: “La hawla wala quwwata illa billah”. Lalu isterinya berkata: Alangkah eloknya apa yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadamu.

Pasangan suami isteri itu pun memperbanyakkan bacaan. Pada suatu masa, ketika musuh sedang lalai, anaknya yang ditawan musuh itu dapat melepaskan diri. Dia lari dengan membawa seekor kambing yang dirampas dari pihak musuh.

Sebaik saja ‘Awf bin Malik al-Asyja‘iy melihat anaknya membawa balik seekor kambing, beliau segera pergi menemui Rasulullah SAW dan memberitahu hal itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Makanlah ia (kambing itu).”

Peristiwa itu menunjukkan Allah SWT akan menganugerahkan dua kenikmatan kepada orang yang bertakwa dan beriman kepada-Nya. Pertama, Allah SWT memberi jalan penyelesaian bagi sesuatu kesusahan hidup. Kedua, Allah SWT memberi rezeki yang tidak disangka.

Selain iman dan takwa yang menjadi kunci pertambahan rezeki, Allah SWT akan menambahkan rezeki kepada orang yang sentiasa bersyukur.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Sebenarnya barakah tidak hanya terhad dalam bentuk pertambahan rezeki kerana ada juga barakah yang tidak berbentuk pertambahan rezeki tetapi tetap mencukupi. Rezeki yang sedikit jika digunakan sebaik-baiknya akan membawa kebaikan, ketenangan serta kecukupan.

Jelaslah kekayaan yang terpuji atau hakiki adalah kekayaan jiwa. Maksud kekayaan jiwa ialah sentiasa merasa cukup dan puas dengan harta dianugerahkan Allah SWT. Malah tidak mempunyai keinginan dan bersikap tamak untuk menambahkan lagi harta kekayaan.

Muhammad Syukri Salleh dalam buku Tujuh Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam menyatakan rezeki yang barakah membawa kepada rasa cukup, puas, sejahtera dan bahagia. Sesiapa dikurnia rezeki sedikit tetapi barakah lebih baik daripada rezeki banyak tetapi tidak ada barakah.

Selasa, 24 April 2012

Rahsia Mukmin Sejati


Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat Allah kepadanya, maka bertambahlah imannya, sedang mereka itu bertawakal kepada Tuhannya.” (Surah Al-Anfal, ayat 2)

Ayat ini sudah terang lagi bersuluh buat renungan  kita bersama, betapa besarnya kegerunan yang ada dalam diri orang beriman apabila dibacakan ayat Allah kepada mereka. Mukmin sebenar apabila disebut nama Allah gementar hatinya kerana takutkan kebesaran Allah.
Bertambah keimanan mereka apabila membaca ayat al-Quran dan mereka juga sentiasa bertawakal kepada Allah dengan segala daya upaya. Kemanisan melakukan ibadah seperti solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas terhadap Allah SWT.

Dosa kecil dilakukan bagi mereka seperti gunung besar menunggu masa dan tikanya untuk menghempap. Manakala bagi orang yang tidak beriman, mereka tiada gentar dan takut dengan azab Allah serta beranggapan dosa dilakukan seperti berlalunya seekor lalat menghinggapi pipi.

Begitu enteng sekali persoalan dosa pada pandangan mereka padahal dosa dilakukan mereka akan dihumbankan ke neraka Allah SWT. Berlainan pula dengan sikap orang beriman, mereka terlalu takut berbuat dosa kepada Allah walaupun kecil.

Firman Allah bermaksud: “Mereka (para penjual jiwa raga dan harta) adalah orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, rukuk dan sujud, menyuruh melakukan makruf dan melarang melakukan kemungkaran dan memelihara hukum Allah, dan sampaikan berita gembira kepada orang beriman.” (Surah at-Taubah, ayat 112)

Allah SWT memuji hamba-Nya yang rela menjual jiwa dan raganya serta hartanya kepada Allah SWT dengan balasan syurga. Orang yang melakukan jualan dan mengadakan urus niaga ini ialah golongan manusia terpilih yang mempunyai sifat istimewa.

Antaranya, sifat berkaitan diri sendiri dalam hubungan secara langsung dengan Allah SWT. Mereka ini disifatkan orang bertaubat dari dosanya, beribadat kepada tuhannya dalam kata-kata dan perbuatan. Allah SWT memberikan khabar gembira bagi orang mukmin kerana iman itu menjangkau semua sifat baik.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, – Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka mereka orang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang yang berhak mewarisi – Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

Kesempurnaan iman seseorang itu akan mewariskan dia syurga Allah SWT yang tertinggi. Mendapat kedudukan mulia bukan saja di dunia tetapi di akhirat. Kehidupannya dimuliakan bukan saja makhluk dunia, malah dihormati di kalangan makhluk di langit. Bahkan kematiannya diratapi makhluk dunia serta ditunggu- tunggu makhluk langit lantaran keimanannya itu membuatkan makhluk langit tidak sabar-sabar mahu melihat roh mulianya.

Isnin, 23 April 2012

Yahudi bangsa yang paling angkuh


Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya Hushain bin Salam bin Harits, pemimpin Yahudi di Madinah membuat pendedahan kepada Rasulullah SAW siapakah sebenarnya kaum Yahudi itu. Katanya: “Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam, mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenai aku.”

Maka Rasulullah SAW menyembunyikan Abdullah Salam lantas menghantar orang untuk memanggil golongan Yahudi yang kemudiannya menemui Baginda. Rasulullah bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kalian?” Jawab mereka: “Dia terbaik daripada kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin, anak pemimpin kami. Ulama, anak ulama kami”.
Rasulullah SAW bertanya mereka lagi: “Jika dia menganut Islam kalian akan turut menyertainya (menganut Islam)?” Jawab mereka: “Tuhan lindunginya daripada perkara berkenaan.”

Rasulullah kemudian meminta Abdullah bin Salam keluar memberitahu kumpulan Yahudi itu. Abdullah keluar dan menyatakan dengan penuh yakin: “Aku menyaksikan tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Lantas golongan Yahudi berkata: “Dialah orang paling jahat dalam kalangan kami, anak orang paling jahat. Orang paling jahil dalam kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam kepada Rasulullah: “Aku sudah beritahu wahai Rasulullah, Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).

Pendedahan itu memudahkan kita untuk mengenal siapa Yahudi yang begitu kontroversi kepada sebilangan kita hari ini. Memang tidak dinafikan bangsa Yahudi asalnya daripada keturunan mulia apabila dikaitkan dengan Nabi dan Rasul yang dibangkitkan dalam kalangan mereka, namun kemuliaan itu hancur disebabkan tindakan mereka sendiri.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombong diri dengan kesombongan yang besar.” (Surah Al- Isra’, ayat 4)

Bangsa Yahudi ini terkenal dengan keangkuhan dan kebiadapannya. Mereka menganggap bangsa lain setaraf haiwan, malah ada di kalangan mereka yang menganggap lebih teruk daripada itu. Bangsa Yahudi sangat menyanjungi kitab suci mereka, hanya mereka satu-satunya bangsa dipilih untuk menguasai dunia. Dalam catatan kitabnya menyebut: “Hanya bangsa Yahudi adalah manusia, sedangkan bangsa lain bukan manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

Mereka percaya Tuhan memilih mereka sebagai satu-satunya bangsa yang berhak memerintah dunia ini. Manifestasi itu membawa mereka kepada kesombongan yang tinggi sehingga sanggup bersumpah memerangi agama dan bangsa lain. Pegangan mereka adalah kitab Talmud, manakala kitab lain dianggap pembohong.

Halal bagi mereka membunuh bangsa lain khususnya Muslim. Malah dituntut, tidak menjadi kesalahan jika pembunuhan itu dilakukan mereka. Lebih jahat daripada itu mereka sanggup membunuh nabi dan rasul. Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dibunuh kejam.

Hakikat sebenarnya menunjukkan jumlah mereka di atas muka bumi ini tidak ramai, hanya seorang bagi setiap 100 Muslim. Keseluruhan mereka berjumlah 14 juta saja, iaitu tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Sebahagian besarnya berada di Asia Barat dan Eropah termasuk di Israel, Amerika Syarikat, Rusisa (negara Kesatuan Soviet), Poland, Kanada, Jerman, Perancis, England, Sepanyol, Amerika Latin dan Iraq.

Ethnik mereka terdiri daripada Ashkenaz, Sephard, Mizrah dan orang Samaria. Bahasa pertuturan mereka ialah Ibrani, Yiddish, Ladino, Dzhidi Judeo-Aram, Judeo-Arab Juhuri, Krymchak, Karaim, Knaanik, Judeo-Parsi, Yevanik dan Zarphatik, manakala gerakan politik mereka ialah Zionisme Buruh, Zionisme Am, Zionisme Keagamaan, Zionisme Revisionis, Bund dan Kibbutzim. Zionisme ialah ideologi dirumuskan Dr Theodore Hertzl pada akhir abad ke-19. Tujuannya menghimpun seluruh etnik Yahudi yang berselerak.

Bermula penghijrahan beramai-ramai Yahudi ke Palestin pada 1882 dan sehingga 1903, sekitar 20,000 sudah berada di Palestin. Selepas mencapai kemerdekaan dari British pada Oktober 1917, Balfour berjanji kepada orang Yahudi pada 2 November 1917 untuk membina negara Yahudi di Palestin.

Ketika peperangan pada 1948, jumlah penduduk Palestin dua juta berbanding Yahudi 650,000, nisbah 69 peratus penduduk asal dengan 31 peratus pendatang haram Yahudi. Pertambahan berlaku disebabkan kemasukan tentera keamanan di bawah kawalan British ketika perang ini.

Ahad, 22 April 2012

Taubat adalah Ubat Penyakit Dosa

slam telah menentukan garis panduan, apa yang baik dan mana mendatangkan kemudaratan untuk manusia menjalani kehidupan di dunia. Tetapi sikap manusia sejak dulu, tidak pernah akur dengan perintah Allah sehingga ada yang jatuh ke jurang dosa dan kemungkaran.

Menurut Ibnu Qayyim, orang yang melakukan maksiat terhadap Allah akan ditimpa pelbagai musibah sama ada di dunia atau akhirat. Katanya, banyak bencana bakal diterima oleh pelaku maksiat dan diberikan contoh supaya dijadikan pedoman.
Antara kesan buruk itu, orang yang berbuat dosa akan terhalang masuknya ilmu kerana ilmu adalah cahaya yang diletakkan Allah dalam hati seseorang, sedang kemaksiatan akan memadamkan cahaya itu. Sebab itulah, maka umat Islam terdahulu begitu mengambil berat dengan menjauhi dosa kecil apa lagi dosa besar untuk mengelak susahnya mendalami ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi menekuni ilmu agama, maka hendaklah bersih daripada melakukan maksiat.

Hendaklah kita mengingatkan semua akan kesan berbuat dosa, balasannya bukan menanti di akhirat malah ada balasannya akan diterima di dunia lagi. Orang yang banyak melakukan dosa akan lahir jiwa yang kasar dan sikap bengis. Orang yang memiliki jiwa kasar akan merosakkan hubungannya sesama makhluk mahupun dengan Allah.

Pelaku dosa dan maksiat biasanya menunjukkan sikap negatif seperti suka berkata kotor, pemarah dan tidak adanya sikap bertimbang rasa. Apa dinyatakan Ibnu Qayyim ini boleh disaksikan dalam dunia hari ini, kebanyakan pelaku maksiat atau dosa mempunyai imej daif dan keji.

Contohnya, mereka yang suka berjudi dan minum arak langsung tidak menghiraukan rumah tangga. Tiada kebahagiaan dan kedamaian hingga menyebabkan berlaku penderaan yang akhirnya menjurus kepada perceraian. Semua itu akibat kesan dosa. Mereka yang banyak melakukan dosa gagal menilai diri hingga mereka tidak merasa apa-apa apabila orang lain memandang rendah terhadap mereka. Dalam erti kata lain, orang yang bergelumang dosa, hilang rasa malu dalam jiwa mereka.

Maksiat akan melenyapkan nikmat dan kurnia Allah. Sebagai gantinya Allah akan menurunkan seksaan-Nya kerana sesungguhnya tidak akan hilang nikmat seseorang itu melainkan kerana dosa yang dilakukannya.

Contoh mudah dapat kita lihat, tersebarnya penyakit dalam kalangan mereka yang melakukan maksiat seperti berzina, menagih dadah atau melakukan hubungan luar tabii. Penyakit ini didatangkan sebagai balasan maksiat dilakukan.

Maksiat akan menyebabkan hati berpenyakit kerana kesan dosa ke atas hati sama dengan kesan penyakit terhadap jasmani. Bahkan penyakit hati yang disebabkan oleh dosa itu tidak ada ubatnya melainkan bertaubat dan meninggalkan perbuatan mungkar itu.

Allah berfirman yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk kemudaratan dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-Nisa’, ayat 111 )

Jadi dalam hubungannya dengan kenyataan Ibnu Qayyim tadi jelaslah jika kita melakukan dosa maka kesan buruk akan menimpa diri sendiri baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

Marilah bersama renungi firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan neraka jahanam, isinya daripada jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak menggunakannya untuk memahami ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengarkan (seruan Allah). Mereka bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” (Surah Al-A’raf, ayat 179)

Sabtu, 21 April 2012

11 cara memilih sahabat menurut Islam


Bukan semua orang boleh dijadikan sahabat kerana Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang patut dipilih menjadi kawan.”

Oleh itu, rakan yang dipilih mestilah mempunyai beberapa sifat dan perangai istimewa yang menyebabkan kita memilihnya untuk dijadikan rakan atau sahabat. Kesimpulannya, hendaklah sahabat itu seorang yang waras fikiran, baik budi pekerti, tidak fasik, dan tidak terlampau mementingkan hal keduniaan.

Imam Ghazali menyebut dalam kitabnya, Ihya Ulumiddin, sifat waras pemikiran itu menjadi modal atau pokok dalam kehidupan kerana tidak ada gunanya membuat sahabat pada orang bodoh atau kurang akalnya kerana demikian itu akan membawa kepada perasaan tidak tenteram dan perselisihan sekalipun persahabatan itu berjalan begitu lama. Ada pula yang berkata, bahawasanya memutuskan persahabatan dengan orang yang bodoh itu adalah satu pengorbanan (iaitu untuk mendekatkan diri) kepada Allah.

Mengenai budi pekerti mulia itu, setiap orang patut bersifat dengannya kerana tidak ada gunanya bersahabat dengan orang yang sering dikuasai perasaan marah, dipengaruhi nafsu syahwat, kedekut, pengecut atau menurutkan nafsu buruk.

Manakala orang fasik dan tetap pula dengan kefasikannya, tidak mahu bertaubat dan tidak mengendahkan nasihat supaya mengubah sikapnya, maka orang ini juga tidak ada gunanya dijadikan sahabat.

Firman Allah bermaksud: “Maka berpalinglah engkau dari orang yang tidak mempedulikan peringatan Kami dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata.” (Surah an-Najm, ayat 29)

Malah melihat kelakuannya saja akan mendorong jiwa kepada perkara maksiat serta memadamkan rasa benci kepada maksiat dalam hati. Mereka yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai persahabatannya dan tidak dapat ditolak kecurangannya, malah suka bertukar sikap atau pendirian.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati-Ku, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.” (Surah al-Kahf, ayat 28)

Firman Allah lagi bermaksud: “Maka berpalinglah engkau dari orang yang tidak mempedulikan peringatan Kami dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata.” (Surah an-Najm, ayat 29)

Kesimpulannya dalam ayat itu, Allah melarang bersahabat dengan orang fasik. Alqamah berpesan kepada anaknya: “Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang bersifat demikian (iaitu antaranya):

Pertama Jika engkau berbuat baik kepadanya, ia akan melindungimu.

Kedua, jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

Ketiga, jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

Keempat, jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

Kelima, jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

Keenam, jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

Ketujuh, jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

Kelapan, jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

Kesembilan, jika datang sesuatu bencana menimpamu, ia akan meringankan kesusahanmu (iaitu membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

Kesepuluh, jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

Kesebelas, jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu. Kedua belas, jika engkau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.”

Saidina Ali dalam satu syairnya (yang bermaksud): “Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu, ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu, orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu, sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”

Sejarah awal Dajjal


DAJJAL. Inilah "Manusia Iblis" pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir.  Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. Kedua-dua ibubapanya itu adalah merupakan adik beradik seibu sebapa. Mereka bersekududukan tanpa nikah dan apabila orang kampung mengatahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke kampung pendalaman bernama Samiri dinegeri Mesir. Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan juga membelah kayu api.

Setelah beberapa ketika tinggal didalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Sang Isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuag patong anak lembu. Mereka berdua pun membersehkan kuil itu dan memulakan upucara memuja dan memohon pertolongan dewa patong anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulah (didalam haid) didalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.

Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh didalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah siisteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ketelinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan oeang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar didunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi kekuil kecil untuk melahirlan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisek kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam tidurnya, Malikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tampa mengatahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.

Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malikat Jibril as dan diletakkan dibenua Antartik didalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa. Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan membersehkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat tijak kaki kuda Malikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka limparkan kepada Nabi Musa as.

Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dihalayak kaum nabi Musa as iaitu bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada "Tuhan" Nabi Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat tijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patong itu diletakkan dihadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah "tuhan" nabi Musa as. Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patong anak lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan as Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya ?

Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malikat Jibrai as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Bermuda Traingel yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tanggkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggeh untuk perang akhir zaman nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun kepermukaan bumi. Maka peluang itu dimanafaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar dimuka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh balatenteranya, diheret dan disumbatkan didalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Hyaiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.

Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup didunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasullah saw untuk bertarung. Syadina Omar yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tudak akan mati ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal. Jika pun Syadina Omar berjaya membunuhnya disitu, Nabi bersabda, hukuman qisas akan dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tampa sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syarak. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.

Isnin, 16 April 2012

6 Professor AS Masuk Islam Kerana Mengkaji Solat Berjemaah



Professor AS Akui Solat Berjemaah Tersirat Aspek Sains Fizik

SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran professor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

RAHSIA ALLAH TENGTANG SOLAT 5 WAKTU


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Khamis, 12 April 2012

Ibn Kathir qari terkenal Mekah

Qiraat ibn Kathir al-Makki menjadi amalan majoriti penduduk Islam Mekah.
Imam Ibn Kathir adalah tokoh al-Quran di Mekah al-Mukarramah. Nama penuhnya ialah Abdullah Ibn Umar Ibn Abdullah Ibn Zadan. Beliau lahir pada tahun 45 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 hijrah.

Ibn Kathir yang dibincangkan di sini ialah qari yang terkenal di kota Mekah dan bukannya Ibn Kathir yang menulis kitab tafsir yang dikenali sebagai tafsir Ibn Kathir.

Penulis kitab tafsir Ibn Kathir bernama Ismail Ibn Umar Ibn Kathir, lahir pada tahun 700 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 774 hijrah di Syria.

Penjelasan sebegini amat penting kepada awam supaya tidak terkeliru dengan nama Ibn Kathir. Di mana terdapat Ibn Kathir yang alim dalam bidang qiraat dan Ibn Kathir yang alim dalam bidang tafsir.

Di kalangan Qurra Tujuh, jika dilihat dari sudut tarikh lahir, qari yang paling senior ialah Imam Ibn Kathir.

Beliau sempat berjumpa dengan beberapa sahabat Rasulullah SAW dan meriwayat daripada mereka. Antara mereka ialah Abdullah Ibn al-Zubair, Abu Ayyub al-Ansari, Anas Ibnn Malik dan lain-lain.

Dalam pengajian al-Quran, Ibn Kathir menekuni bacaan al-Quran daripada beberapa guru antaranya ialah Dirbas iaitu hamba Ibn Abbas ra, Mujahid Ibn Jabr, Abdullah Ibn al-Saib dan lain-lain. Jalur sanad Ibn Kathir daripada gurunya Abdullah Ibn al-Saib adalah amat hampir dengan Rasulullah SAW.

Di mana Abdullah Ibn al-Saib mengambil al-Quran daripada gurunya Ubay Ibn Kaab dan Umar Ibn al-Khattab r.a. Dan kedua-dua sahabat r.a ini mengambil al-Quran daripada Rasulullah SAW.

Perlu diberi perhatian bahawa Imam Syafie yang membesar di Kota Mekah telah menjadikan qiraat Ibn Kathir sebagai amalannya.

Beliau memujinya dengan berkata: “Qiraat kami adalah qiraat Ibn Kathir dan aku mendapati ia menjadi amalan penduduk Mekah.”

Semasa hayatnya, Ibn Kathir adalah rujukan utama penduduk Mekah dalam permasalahan bacaan al-Quran. Ramai di kalangan mereka yang bertalaqqi al-Quran dan menjadi muridnya.

Antara mereka ialah al-Khalil Ibn Ahmad, Hammad Ibn Salamah, Sufiyan Ibn ‘Uyainah, Abu Amru Ibn al-Ala’ dan lain-lain.

Abu Amru Ibn al-Ala’ pernah menyatakan: “Aku khatam al-Quran di hadapan Ibn Kathir selepas aku khatam di hadapan Mujahid dan Ibn Kathir lebih alim dalam ilmu bahasa arab berbanding Mujahid.”

Walaupun Ibn Kathir mempunyai ramai murid namun perawinya mengambil qiraatnya secara perantaraan.

Perawi pertamanya ialah al-Bazzi. Beliau lahir pada tahun 170 hijrah dan meninggal pada tahun 250 hijrah. Beliau bertugas sebagai bilal di Masjid al-Haram dan juga imam selama 40 tahun.

Perawi keduanya ialah Qunbul. Lahir pada tahun 195 hijrah dan meninggal pada tahun 291 hijrah. Jika dilihat tarikh meninggal Ibn Kathir iaitu pada 120 hijrah dan tarikh lahir kedua perawinya iaitu 170 hijrah dan 195 hijrah, satu persoalan bermain di fikiran kita bagaimana al-Bazzi dan Qunbul boleh menjadi perawi kepada Ibn Kathir?

Jawapannya adalah kedua-duanya adalah perawi Ibn Kathir dan mengambil Qiraat Ibn Kathir secara perantaraan atau disebut wasitah.

Kedua-duanya mengamal Qiraat Ibn Kathir dan mengajarnya kepada penduduk Kota Mekah.

Qiraat Ibn Kathir dan perawinya tidak berkembang sebagaimana Riwayat Hafs, Riwayat Warsy, Qalun atau al-Duri. Maskipun begitu, Qiraat Ibn Kathir boleh dipelajari di pusat pengajian al-Quran sama ada dalam atau luar negara.

Terima suratan takdir dengan hati lapang, penuh keredaan

Tindakan mudarat diri kerana putus cinta ditegah Islam

DALAM kehidupan di dunia ini, cinta dan kasih sayang adalah lumrah manusia kerana perasaan itu suatu anugerah Allah. Bagi yang dapat meneruskan impian hingga ke jenjang pelamin, syukur Alhamdulillah kerana segala hajat dan niat akhirnya tercapai juga dengan izin Allah dan tidak kurang juga ada segelintir pasangan yang terkandas di pertengahan jalan.

Bagi yang kecewa dalam alam percintaan, sedih sudah pasti menyelubungi jiwa dan hati. Tidak kurang juga kita mendengar kisah orang kecewa bercinta membawa diri yang terlalu sedih dan mengambil keputusan nekad untuk berbuat sesuatu tindakan negatif seperti membunuh diri misalnya. Inilah fenomena alam percintaan.

Sesungguhnya perasaan kecewa sehingga mendorong manusia melakukan tindakan memudaratkan diri sendiri sangat ditegah dalam Islam

Sesungguhnya perasaan kecewa sehingga mendorong manusia melakukan tindakan memudaratkan diri sendiri sangat ditegah Islam. Kita seharusnya menerima segala kemungkinan sebagai suratan takdir Allah dengan hati yang lapang dan penuh reda.

Mungkin kisah berikut mampu menjadi terapi kepada kita berkenaan putus cinta ini. Kisah pertama ialah peristiwa terjadi di antara Salman al-Farisi bersama sahabat karibnya, Abu Darda’.

Dilaporkan bahawa Salman al-Farisi mengenali seorang Muslimah solehah daripada kaum Ansar dan berhajat untuk memperisterikannya. Sahsiah peribadi wanita itu begitu memikat hatinya, namun jauh di lubuk hatinya timbul rasa was-was apakah dia layak untuk meminang wanita itu.

Ini memandangkan yang dia bukanlah penduduk asal Madinah. Dia sedar akan hakikat itu, namun hatinya begitu berkeinginan untuk menikahi wanita Ansar itu lalu dia berfikir panjang bagaimana untuk merealisasikan hasrat hatinya itu.

Lalu timbul di benak kotak fikirannya yang dia memerlukan orang lain sebagai jurubicara yang mempunyai latar belakang dan memahami dengan selok-belok adat tradisi penduduk Madinah. Akhirnya Salman al-Farisi memilih sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai orang pengantara. Lagipun, Abu Darda’ adalah sahabat Ansar yang dipersaudarakan dengannya.

Salman tanpa segan-silu kemudian meluahkan hasrat yang terpendam selama ini kepada sahabatnya itu dan disambut dengan gembira apabila Abu Darda’ mendengarnya.

Selepas itu, segala persiapan pun dilakukan dan mereka berdua berangkat ke rumah gadis yang ingin dipinang oleh Salman. Sampai di rumah gadis itu, berkatalah Abu Darda’ selaku jurubicara Salman: “Saya Abu Darda’ dan ini adalah saudaraku, Salman al-Farisi yang berasal dari Parsi. Allah memuliakannya dengan Islam dan dia juga memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW sehingga Baginda menganggapnya sebagai sebahagian daripada ahli keluarga Baginda. Saya datang ini adalah untuk mewakili saudaraku ini untuk melamar anak gadis tuan bagi pihaknya.”

Begitulah teratur dan beradabnya Abu Darda’ mengatur tutur bicara. Kemudian bapa gadis itu pula membalas bicara kata dalam pertemuan itu: “Kami sangat berbesar hati menerima anak berdua, sahabat Rasulullah SAW yang mulia. Kami juga berasa begitu bertuah jika bermenantukan seorang sahabat Rasulullah SAW yang utama. Akan tetapi jawapannya saya serahkan sepenuhnya kepada anak gadis kami.”

Selepas mereka berbincang anak beranak di sebalik tirai, maka si ibu gadis itu mengatakan keputusan anaknya. Kata ibu gadis itu: “Maafkan kami kerana terpaksa berterus-terang. Tetapi kerana anak berdua yang datang, maka dengan mengharapkan reda Allah, saya menjawab bahawa anak gadis kami menolak pinangan Salman. Namun jika yang melamar anak gadis kami ialah Abu Darda’ maka anak gadis kami tidak menolaknya.”

Dalam situasi beginilah kita kita akan dapat satu gambaran budi sahsiah terpuji yang cukup luhur pada diri Salman. Meskipun dia sangat terkejut dengan jawapan berterus terang itu, tetapi sikap berlapang dada nyata begitu tinggi dimiliki oleh sahabat Rasulullah SAW ini.

Pengurusan masa dalam Islam


PEPATAH Arab menyebut, ‘Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.’ Ini menggambarkan kepada kita bahawa masa itu sesuatu yang sangat penting dan amat berharga. Sehinggakan dalam kehidupan kita ada ungkapan masa itu ibarat emas.

Masa sebenarnya adalah nyawa kerana apabila kita diberikan peluang untuk terus bernafas, kita sebenarnya mempunyai masa untuk memperbanyakkan sumbangan dalam kehidupan, memperbaiki kesilapan dan sebagainya.

Di dalam al-Quran, apabila Allah bersumpah dengan sesuatu, maka ia antara lain untuk menggambarkan perkara tersebut sangat penting dan perlu diberi perhatian.

Masa adalah antara banyak perkara yang Allah bersumpah dengannya. Ini membuktikan bahawa masa adalah perkara yang sangat penting. (rujuk al-’Ashr: 1-3)

Malah bukan itu sahaja, sekiranya kita membuka lembaran al-Quran, kita akan dapati di sana terdapat banyak ayat yang menunjukkan Allah SWT bersumpah dengan masa. Antaranya rujuk surah al-Lail: 1-2, adh-Dhuha: 1-2, al-Fajr: 1-2 dan asy-Syams: 1-2.

Namun, apa yang menyedihkan, walaupun telah diperingatkan dengan kepentingan menguruskan masa, berapa ramai di kalangan kita yang lalai dan leka dalam menjaga masanya.

Masa berlalu dengan sia-sia tanpa dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Akhirnya, apabila sudah terlewat, barulah mereka menyesal sehingga meminta untuk diundurkan masa, ibarat kata pepatah ‘Sudah terhantuk baru hendak terngadah.’

Sayangnya, semua itu adalah mustahil. Ibarat kata pepatah ‘nasi sudah menjadi bubur.’ Penyesalan dan rintihan mereka yang mengabaikan masa di dunia telah dimuatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran sebagai pengiktibaran kepada kita semua supaya benar-benar menghargai masa yang ada. (rujuk al-Munafiqun: 10)

Nabi SAW juga banyak mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga masa. Orang yang tidak mementingkan masa dan tidak menguruskannya dengan baik, pasti akan rugi di dunia dan di Akhirat.

Rasulullah SAW bersabda: Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan. (riwayat al-Bukhari)

Peringatan yang diberikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW ini sebenarnya memberikan penekanan tentang bagaimana kita dapat menguruskan masa dengan lebih efisien dan berdisiplin.

Biasanya, kita akan dapat melihat orang yang paling baik dalam menguruskan masa ialah orang yang paling sibuk. Ini dibuktikan melalui pemerhatian kita kepada kehidupan Rasulullah SAW yang terlalu sibuk menguruskan agenda dakwah serta perjuangannya, menjadi pemimpin di negara Islam Madinah, menjadi ketua turus angkatan tentera, menjadi suami kepada isteri-isteri, menjadi ayah kepada anak-anak, menjadi teman kepada sahabat-sahabat dan sebagainya.

Akan tetapi, Baginda dapat menguruskan masa dengan cemerlang untuk melaksanakan urusan dan amanahnya sehingga semua manusia berpuas hati.

Setiap orang ditunaikan haknya dan tiada yang diabaikan oleh Rasulullah SAW. Lalu, persoalan yang perlu ditanya, adakah kita lebih sibuk daripada Rasulullah SAW sehingga kita mengabaikan sebahagian tanggungjawab kita?

Penulis ingin berkongsi di sini bagaimana menguruskan masa secara efisien dan efektif.

Mudah-mudahan dengan beberapa tip ini akan memberikan garis panduan kepada pembaca untuk menjadikan masa yang digunakan lebih berkualiti.

Semoga kita menjadi orang yang lebih berdisiplin dalam menggunakan masa kerana seperti yang diwasiatkan oleh Al Syahid Hassan Albanna bahawa, “Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada. Oleh itu, bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Doa Ketika Hujan dan Ribut

DOA ISTISQA’ MINTA HUJAN
اَللّهُمَّ أَغِـثْناَ ، اَللّهُمَّ أَغِـثْناَ ، اَللّهُمَّ أَغِـثْناَ ،

DOA KETIKA MENDENGAR GURUH
سُبْحَاْنَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلاَ ئِكَتهُ مِنْ خِيْفَتِهِ

DOA SELEPAS TURUN HUJAN
مُطِرْنَاْ بِفَضْلِ اللهِ  وَرَحْمَتِهِ

DOA KETIKA HUJAN TURUN
 اَللّهُمَّ صَـيِّباً نَافِعًا

DOA KETIKA ANGIN BERTIUP (RIBUT)
 اَللّهُمَّ  إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَاْ وَخَيْرَ مَاْ فِيْهَاْ وَخَيْرَ مَاْ أُرْسِلَتْ بِهِ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَاْ وَشَرِّمَاْ فِيْهَاْ وَشَرِّ مَاْ أُرْسِلَتْ بِهِ

DOA KETIKA HUJAN TERLALU LEBAT DITAKUTI MENDATANGKAN MUDHARAT
اَللّهُمَّ حَوَالِيْنَاْ وَﻻَ عَلَيْنَاْ ، اَللّهُمَّ عَلـى اْﻻَ ٰكَاْمِ وَالْظَّرَابِ وَبُطُوْنِ اْﻷَوْدِيَةِ ، وَمَنَاْبِتِ الْشَّجَرِ

Doa Nabi-nabi Dalam al-Quran

 Antara doa nabi-nabi yang tertera dalam al-Quran

 Doa Nabi Adam AS
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Al A’raaf :23)

 Doa Nabi Nuh AS
 قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Hud :47)

 Doa Nabi Hud AS
 إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ  مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا  إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

”Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
(Surah Hud :56)

 Doa nabi Ibrahim AS
 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي  رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ  رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(SurahIbrahim :40-41)

 Doa Nabi Yusuf AS
 رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ  فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ  تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101 )

 Doa Nabi Ayub AS
أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)


Doa nabi Yunus AS
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

(Surah Al-Anbiya’:87).


Doa Nabi Musa AS
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي  وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي  وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي  يَفْقَهُوا قَوْلِي

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha  : 25 -27 )


Doa nabi Sulaiman AS
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )

 Doa Nabi Zakaria AS
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا  وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ  وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا

Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.

( Surah Maryam : 4-6 )


Doa Nabi Isa AS
قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ  وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Nabi Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )

Doa Nabi Muhammad s.a.w
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا  لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ  رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا  رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ  وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

( Surah al-Baqarah : 286 )

Isnin, 9 April 2012

Tazkirah - PERKATAAN "SALAM"

Untuk renungan..

Tazkirah  - PERKATAAN "SALAM"??  apa maksudnya??

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat
tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim
yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang
> bab cara memberi salam.
>
> Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz
> “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim
salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat
dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan
“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di
Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang”
dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka
Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”
Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada
membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Sabtu, 7 April 2012

Ikhlas Membawa Wangian Syurga

Tazkirah Hati:
Segala puji bagi Allah yang memberikan kekuatan untuk kita semua bekerja dan beribadah dihari ini, salawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para Sahabat radhiallahu'anhum sekalian
Nukilan ini terkhas untuk ku memperingati diri ku sendiri, yang dengan Nya ku abadikan semoga menjadi peringatan berkekalan ke atas diri ku sendiri, dan andai kata para Sahabat sekalian dapat manfaat dari nasihat ini, maka alhamdulillah aku ucapan, semoga ianya menjadi ilmu yang berguna untuk kita semua. Insya'Allah.
Amma ba'du.
Telah sampai kepada ku sebuah hadis, dipetik daripada Kitab Tanbihul Ghafilin, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Yang sangat saya khuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil. Sahabat ra berkata: Ya Rasulullah SAW, apakah syirik yang kecil itu? Maka Dijawab baginda SAW: Riya'. Pada Hari Pembalasan kelak Allah berkata kepada mereka : Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka didunia, lihatlah disana kalau-kalau kamu mendapat kebaikan (pahala) dari mereka."
Riya' ialah bila beramal tapi nak mintak puji. Beramal untuk dilihat orang. Penipu semua itu dan kepada siapa mereka menipu? Sesungguhnya tidak lain mereka-mereka itu cuba nak menipu Allah dengan amalan yang penuh dengan riya' itu.
Na'uzubillahi min zalik. Semoga kita semua dilindungi daripada yang sedemikian.
Abu Laits menceritakan dalam kitab nya,
" Saya telah diberitahu oleh orang yang dapat dipercaya dengan sanadnya dari Jabllah Alyahshubi berkata: Ketika kami bersama Abdul Malik bin Marwan dalam sesuatu peperangan, tiba-tiba kami bertemu dengan seseorang yang selalu bangun malam, bahkan tidak tidur malam kecuali sebentar, selama itu kami belum kenal padanya, kemudian kami ketahui bahawa ia sahabat Nabi SAW lalu ia bercerita kepada kami, bahawa ada seseorang bertanya," Ya Rasulullah SAW, dengan apakah dapat dicapai keselamatan kelak? Jawab Nabi SAW: Jangan menipu Allah. Orang bertanya: Bagaimana menipu Allah? Jawabnya: Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tidak kerana Allah. Dan berhati-hatilah kamu dari riya' kerana itu syirik terhadap Allah, orang yang berbuat riya' pada hari kiamat akan dipanggil dimuka umum dengan empat nama: Hai Kafir! Hai Orang Khianat! Hai Penipu!Hai Orang yang Rugi!Hilang semua amalmu dan batal pahalamu, maka tidak ada bahagian bagimu kini, mintalah pahalamu dari orang yang kamu berbuat untuk mereka, wahai Penipu! Saya(Abu Laits) bertanya kepadanya(Sahabat RA) Demi Allah yang Tiada Tuhan Kecuali Dia, apakah benar engkau mendengar sendiri dari Rasulullah SAW? Jawabnya : Demi Allah Yang tiada Tuhan kecuali Dia, sungguh saya telah mendengar sendiri dari Rasulullah SAW kecuali jika saya keliru sedikit yang saya sengaja" Kemudian beliau membaca ayat:
Surah An-Nisaa : 142"Sesungguhnya orang munafik itu akan menipu Allah padahal Allah telah membalas tipudaya mereka"
Makanya, siapa yang ingin mendapat pahala amalnya di akhirat maka harus beramal dengan ikhlas kerana Allah, tanpa ada riya' kemudian jangan dikenang-kenang supaya tidak rosak amalan itu disebabkan ujub... sebab menjaga taat lebih berat daripada mengerjakannya.
Ketahuilah saudaraku, yang pertama sekali yang harus difahami akan keberadaan kita disini hari ini, disaat ini, membaca akan nukilan ini, adalah dengan izin Allah semata. Dengan Izin Nya peringatan yang amat penting untuk kemashlahatan ibadah yang tidak boleh tidak mesti diketahui dan diamalkan, semoga dengan yang demikian itu segala amalan kita tidak menjadi sia-sia lantaran jahilnya kita dengan bahaya yang satu ini, bahaya yang begitu halus menjadi senjata syaithan yang begitu ampuh mematahkan amal soleh seseorang hamba. Adalah suatu perkara yang amat baik, bila seorang hamba itu kembali bertaubat mengadap kepada Tuhannya. Dan adalah sesuatu yang terlebih baik bila seorang hamba itu siap melengkapkan dirinya dengan Ilmu yang bermanfaat yang akan menjaganya. Itulah tujuan dari nukilan ini untuk peringatan diri ini. Jangan biarkan amalan mu menjadi sia-sia, wahai hamba Allah yang bertaubat. Sayangilah dirimu, sebagaimana Kasih Nya Allah Yang menunjukkan kepada Mu serta memberikan inayah dan taufik untuk kamu berada dalam keadaan bertaubat kepada Nya. Kita hamba yang berdosa, sedaya upaya kita memohon keampunan kepada Allah. Namun janganlah, bila hati mu tenang dan damai lantaran penuhnya hati dengan Nur Ilahi, engkau lupa bahawa syaithan sentiasa mengintai untuk menjatuhkan mu. Sentiasalah berhati-hati dengan bisikan yang menipu daya. Tetapkan lah niat mu untuk berjalan di atas jalan yang lurus, menuju terus kepada Allah. Bersihkanlah hatimu daripada angan-angan yang tiada lain akan menjerumus amalan mu ke paritan yang sia-sia.
Surah Al-Israa : 18-19 [18]Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.[19]Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

Ada pujangga mengatakan:
Siapa yang berbuat tuju tanpa tujuan, tidak berguna perbuatannya,
Siapa yang takut tapi tidak berhati-hati, maka tidak berguna takutnya itu,
Siapa yang mengharap pahala dan Syurga tanpa amal, maka tidak berguna harapannya itu,
Siapa yang beristighfar tanpa menyesal, maka tidak berguna istighfarnya itu,
Siapa yang beramal tanpa ikhlas, maka tidak akan berguna amalannya itu.
Abu Hurairah ra berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Akan keluar diakhir zaman suatu kaum (golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakain bulu domba,lidah mereka lebih manis dari madu sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman pada mereka : Apakah terhadap-Ku mereka bermain-main dan melawan, dengan Kebesaran-Ku Aku bersumpah akan menurunkan kepada mereka fitnah ujian sehingga seorang yang berakal tenang akan jadi bingung"

Na'uzubillahiminzalik.
Wahai Allah, Wahai Yang Membolak-balikkan hati, Tetapkanlah hati ku diatas jalan ketaatan kepada Mu.Amiin Ya Rabbal'alamiin.
Telah ditanyakan kepada hukuma dan cendikiawan, apakah tandanya seorang itu ikhlas? Makanya dijawab, Bila kamu sudah menanggalkan istirahat (tetap beribadah), dapat memberikan apa yang ada,(menginfakkan harta), tidak menginginkan kedudukan dan tidak mengharapkan pujian dan tiada terkesan padamu celaan, maka engkau ikhlas.
Nasihat Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahu Wajhah: Tanda orang yang riya' itu empat : malas jika sendirian, tangkas/cergas bila dimata orang, menambah amalnya bila dipuji dan mengurangi amalnya bila dicaci.
Syaqiq bin Ibrahim menyebut : Benteng amal itu ada tiga :
1. Harus merasakan hidayah dan taufik itu datangnya dari Allah, untuk mematahkan rasa ujub.
2. Harus mengharap redha Allah untuk mematahkan hawa nafsu.
3. Harus mengharapkan pahala dari Allah untuk menghilangkan rasa tamak, rakus dan riya'dan benteng kepada benteng tersebut diatas, itulah ikhlas kepada Allah iaitu mengharapkan redha Allah semata agara amal tersebut diredhaiNya dan tidak disebabkan oleh hawa nafsu. sehingga terpengaruh dek pujian ataupun celaan orang.

Tiga kalimat pesanan orang-orang solehin:-
1. Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah akan mencukupkan dunia nya.
2. Siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungan nya dengan sesama manusia.
3. Siapa yang memperbaiki hatinya, maka Allah akan memperbaiki zahirnya.
Maka carilah hati yang sejahtera, nescaya kau selamat.
Akhirkata pesanan Allah buat kita semua,
Firman Allah Azza Wa Jalla, Surah Al-Fajr :
[27](Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -[28]“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -[29]“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -[30]“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “