Isnin, 27 Februari 2012

12 kelompok di Padang Mahsyar

Diceritakan pada satu hari, Mu’adz bin Jabal bertanyakan Rasulallah SAW mengenai maksud firman Allah SWT dalam surah An-Naba’ ayat 18, bermaksud; “Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

Mendengar saja soalan itu, lantas baginda menangis dan bersabda: “Wahai Mu’adz, sesungguhnya engakau bertanyakan sesuatu perkara yang amat besar. Adanya 12 macam umatku nanti yang akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya Allah tukarkan, tidak seperti hidup mereka semasadi dunia. Golongan itu adalah seperti berikut;

·         Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka menganggu jira tetangga.

·         Dibangkitkan dalam keadaan berbentuk babi ialah mereka yangmalas dan lalai dalam solatnya.

·         Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar seperti gunung, dengan di dalamnya penuh ular dan kala jengking kerana di dunia merekatidak membayar zakat.

·         Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka berdusta.

·         Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dari bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.

·         Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

·         Dibangkitkan dengan keadaan tidak berlidah kerana suka berdusta semasa hayatnya.

·         Dibangkitkan dari dalam kubur dengan keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua-dua kakinya diatas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah sewpertiair kerana ketika hidupnya, golongan ini gemar berzina dan mati tanpa sempat  bertaubat.

·         Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketiak diduni, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

·         Dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak kerana ketika hidup menderhaka kepada orang tua.

·         Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perutnya, pula menjulur sampai ke paha dengan perutnya penuh dengan kotoran kerana ketika hidupnya mereka gemar minum arak.

Bagaimanapun, bagi kelompok ke-12, mereka dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti purnama dan melewati titian sirat seperti kilat yang menyambar kerana golongan ini ketika hidupya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat, dan menjaga solat lima waktu dengan berjemaah.

Rasulallah SAW turut bersabda; “Jaminlah untukku enam perkara, maka aku akan menjamin untukmu syurga.”

·         Kalau berbicara, bicaralah yang benar.

·         Kalau berjanji, tepatilah.

·         Kalau diberi amanat, tunaikanlah dengan baik.

·         Pejamkan matamu daripada yang diharamkan.

·         Peliharalah farajmu daripada hubungan seksual yang diharamkan.

·         Peliharalah sepak terajangmu daripada tindakan yang diharamkan.