Sabtu, 17 Disember 2011

'Allah SWT lebih merindui kita daripada kita merinduiNya'



Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda:

Allah Taala berfirman:

Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku.

Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku.

Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia,

maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka.

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa.

Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan,

Maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.

(Shahih Muslim No.4832)